Pages

Thursday 3 October 2013

BENGKEL SIMULASI LATIHAN MENGAJAR



Unit Praktikum, FPPM telah menganjurkan sebuah Bengkel Simulasi Latihan Mengajar bagi 58 orang pelajar semeter enam bagi program Diploma Pendidikan Pra Sekolah pada 28 September 2013 bersamaan Sabtu yang lalu. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Kuliah 1, 2, 3, 10 dan 12 pada jam 9 pagi sehingga 5:30 petang. 

Bengkel dianjurkan untuk mencapai beberapa objektif iaitu:-

1. Mendedahkan pelajar kepada penulisan ilmiah yang betul dalam penyediaan laporan praktikal.

2. mensiap-siagakan pelajar dengan latihan praktikal menjelang Januari 2014.

3. Memantau dan menilai simulasi latihan mengajar bagi setiap pelajar yang terlibat berdasarkan Rancangan  Mengajar (KSPK).

Bengkel ini telah dikelolakan oleh lima pensyarah wanita DPS yang juga bertindak sebagai fasilitator iaitu:

1.       Cik Noor Hanim Harun (Koordinator Praktikum) selaku ketua fasilitator
2.       Cik Syazwani Abd Jalani
3.       Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
4.       Cik Nurul Hidayah Bte Sahrom
5.    Puan Siti Nurul Nazuwah Bte Ahmad Hassan

Berikut adalah beberapa kepingan gambar ketika bengkel simulasi sedang berlangsung:-









Disediakan oleh,

Nur Akmar Binti Mohd Arif
Unit Praktikum, FPPM
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI, Port Dickson.