Pages

Sunday 16 March 2014

LAPORAN SIMULASI KESELAMATAN KANAK-KANAK & PERLINDUNGANNYA

Port Dickson, 17 MAC- Para pelajar Diploma Pendidikan Pra Sekolah (semester 6), Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI  telah berjaya menyempurnakan keperluan kurikulum bagi subjek keselamatan kanak-kanak dan perlindungannya (DPP 3243) yang berlangsung selama dua minggu bermula 5 Mac hingga 15 MAC 2014.






Tugasan  DPP 3243 ini berbentuk simulasi keselamatan dan perlindungan kanak-kanak itu antaranya mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak, pertolongan cemas, latihan kebakaran, program keselamatan di jalan raya, keselamatan ketika bermain air, di tempat makan dan ketika melakukan aktiviti luar.





" Simulasi ini adalah untuk mencungkil kreativiti bakal guru prasekolah dalam mengendalikan program keselamatan kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelaran yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak. Kami juga membantu dan menggalakkan pelajar menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik daripada bahan-bahan terbuang serta pencetusan idea-idea baru, nilai dan pengajaran mengenai isu-isu keselamatan kanak-kanak yang semakin membimbangkan melalui aktiviti debat, forum dan drama yang menarik dan kreatif," terang Nur Akmar Mohd Arif. 





Selain itu, simulasi ini juga ingin memupuk kerjasama dalam tugasan berkumpulan, keberanian dan keyakinan diri di kalangan bakal-bakal guru prasekolah keluaran Kolej UNITI ini.


 





Barisan pensyarah yang terlibat adalah Nur Akmar Binti Mohd Arif, selaku penyelaras subjek,Nurul Hidayah Bte Sahrom dan Nur Shafiqa Binti Mohtar. 


Simulasi ini mencapai sasarannya apabila para pelajar menunjukkan komitmen bagi menjayakannya sebelum tamat untuk latihan praktikal tidak lama lagi. 

'Kami mengharapkan para pelajar dapat mempraktikkan segala latihan dan tunjuk ajar para pensyarah untuk mereka menghadapi realti sebenar ketika latihan pratikum di tadika-tadika pilihan, " tambah Nur Akmar lagi.




Disediakan oleh,
Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Penyelaras Subjek Keselamatan Kanak-kanak & Perlindungannya.

Tuesday 11 March 2014

LAPORAN PROGRAM KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN PERLINDUNGANNYA

PORT DICKSON, 8 MAC- Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) dengan kerjasama Balai Polis Pasir Panjang telah berjaya menganjurkan sebuah program Keselamatan dan Perlindungan Diri Kanak-kanak bertempat di Dewan Za'aba, Kolej UNITI.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi telah dihadiri oleh 360 orang pelajar semester enam bagi program Diploma Pendidikan Prasekolah.






Menurut penganjur diwakili oleh saudari Nur Akmar Binti Mohd Arif selaku Penyelaras Subjek Keselamatan Kanak-kanak Dan Perlindungannya, obejktif program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kepada bakal guru pendidikan prasekolah mengenai keselamatan kanak-kanak yang semakin membimbangkan. 



" Selain sebagai memenuhi kurikulum subjek DPP3234, program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan kes jenayah di kalangan kanak-kanak termasuklah kes penderaan, pengabaian kanak-kanak, dasar perlindungan kanak-kanak serta peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan", tambah Nur Akmar. 


Program berbentuk ceramah ini telah menjemput khas Ketua Polis Balai Pasir Panjang, Port Dickson, SI Abdul Razak Bin Dami bagi memperincikan lagi isu-isu berkaitan keselamatan kanak-kanak dan perlindungannya. 

Program ini mendapat sambutan yang baik apabila ramai dikalangan audiens yang hadir bertanyakan soalan di sesi soal jawab sebelum ia berakhir dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah oleh pihak penganjur.


Turut hadir adalah barisan pensyarah FPPM yang berdedikasi iaitu grup Pensyarah DPP3243, Timbalan Dekan FPPM, Puan Siti Zaleha Ahmad, Syazwani Binti Abd Jalani, Noor Hanim Binti Harun, Noor Badriah Binti Zolkffree, Syarfa' Husna Mohamad Semsudin, Hidayah Binti Tokiman dan Asyraf Bin Azeman.











Laporan Disediakan Oleh,

Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif

Penyelaras Subjek Keselamatan Kanak-kanak Dan Perlindungannya.

Wednesday 5 March 2014

KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN DIRI KANAK-KANAK


Assalamualaikum W.B.T  & Selamat Sejahtera…

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) akan mengadakan satu program ceramah ‘Keselamatan & Perlindungan Diri Kanak-kanak’ dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson. 

Program ini diadakan khusus untuk para pelajar Semester 6 Diploma Pendidikan Prasekolah bagi memenuhi keperluan kurikulum bagi subjek  DPP 3243 (Keselamatan Kanak-kanak Dan Perlindungannya).

Program ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari.
Tempat : Dewan Za’ba, UV.

Justeru itu, semua pensyarah FPPM dialu-alukan untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.