Showing posts with label Tadika Bijak Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Tadika Bijak Ilmu. Show all posts
Monday, 9 April 2018
Thursday, 24 August 2017
TUJUH kebaikan blok mainan Artera kepada perkembangan kanak-kanak-Nur Filzahana bt. Ramlee
Apabila mendengar permainan berkomponen blok binaan, sudah semestinya ibu bapa dapat bayangkan yang mereka perlu mengutip setiap blok binaan yang bersepah setelah anak-anak bermain dan seterusnya menyesal kerana membelikan blok binaan itu untuk anak-anak. Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya permainan seumpama ini membantu dalam merangsang minda dan perkembangan-perkembangan yang lain, bahkan kepada kanak-kanak autisme!
Permainan seperti blok binaan ini dapat membantu anak-anak memberi tumpuan kepada perkara-perkara asas seperti bentuk dan warna. Mari kita tinjau dengan lebih lanjut TUJUH kebaikan dan kelebihan permainan blok binaan terhadap anak-anak kita.
1) Menguji tahap pemikiran kanak-kanak
Permainan lego ini dapat menguji tahap pemikiran kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun. Permainan ini sebenarnya dapat merangsang deria anak-anak dan membantu mengoptimumkan otak anak-anak. Semakin banyak rangsangan yang kanak-kanak dapat, semakin banyak sel neuron yang akan berhubung. Dan, semakin banyak sel neuron anak anda berhubung, semakin otak anak anda berfungsi dengan baik. Hasilnya, anak anda akan lebih pintar!
2) Merangsang kreativiti anak
Blok binaan juga dapat membantu meningkatkan kreativiti anak-anak kerana permainan ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran. Bayangkan dengan hanya menggunakan komponen-komponen yang ada anak-anak anda mampu menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan kita mereka boleh lakukan dapat peringkat umur mereka. Apa sahaja yang terlintas di fikiran anak-anak ini dapat dizahirkan dengan binaan.
3) Meningkatkan pemikiran kognitif
Blok binaan juga dapat membantu dalam memperkembangkan lagi kemahiran kognitif anak-anak. Bagaimana pula blok binaan ini membantu di dalam perkembangan kognitif ini? Ketika bermain, kanak-kanak akan memasang komponen blok binaan dan mencantumkan ia di antara satu sama lain. Ia dapat membantu otak kanan dan otak kiri saling berhubung dan merangsang sel-sel otak untuk mengembangkan kemampuan berfikir
4) Mengajar bersabar
Ketika kanak-kanak sedang bermain, deria penglihatan, sentuhan, dan pendengaran mereka akan dirangsang. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sedang bermain blok binaan perlu bersabar dalam menyusun kepingan blok tersebut dan mencantumkannya antara satu sama lain untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan kreativiti dan kemahiran mereka, malah juga mengajar kanak-kanak bersikap toleransi dan bersabar secara tidak langsung.
5) Melahirkan perasaan
Tahukah anda bahawa bermain merupakan suatu bentuk kesenian bagi kanak-kanak? Alat permainan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan perasaan mereka. Apabila bermain, kanak-kanak tidak terikat dengan peraturan, dan dengan ini dapat mwujudkan suatu personaliti sihat dan baru. Sekiranya anak-anak bermain blok binaan bersama kawan, ini secara tidak langsung dapat membentuk personaliti untuk bekerjasama dan mengikut peraturan.
6) Koordinasi motor halus
Permainan blok binaan sebenarnya dapat membantu kanak-kanak dalam koordinasi motor halus iaitu kemahiran mata dan tangan. Ketika bermain, mereka akan mencantumkan antara komponen tersebut dengan tepat pada ruangan dan sudut yang betul. Jadi sekali gus ini dapat membantu di dalam kemahiran koordinasi mata dan tangan.
7) Melatih daya ingatan
Permainan ini juga mampu merangsang daya ingatan anak-anak tentang bentuk dan warna yang akan disusun dengan betul. Si manja anda akan mengingati gamabr yang dilihat sebelum mereka mula meyusunnya. Pada ketika ini, kanak-kanak akan sedaya upaya mereka mencantum dan memasang sesuai dengan ingatannya.
Oleh itu, sekiranya anda mencari produk berkomponen blok binaan, maka produk ARTERA merupakan produk yang tepat untuk anak anda. Hantarlah anak anda ke sekolah yang menggunakan produk Artera sebagai alat tambahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja dapat membantu merangsang minda anak, malah membentuk anak-anak anda ke arah menjadi seorang jurutera mahupun arkitek.

Disediakan oleh,
Nur Filzahana bt. Ramlee,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI Port Dickson.
4 SEBAB ARTERA PILIHAN TERBAIK SETIAP TADIKA- Asyraf Azeman
Antara perkara utama yang menganggu benak usahawan tadika ialah untung dan rugi serta pendapatan dan kos. Jika kanak-kanak
yang belajar di tadika itu ramai, terukir sedikit senyuman manis di bibir
pengusaha sesebuah tadika, namun kalau kurang yang datang, pahit dan tawar perlu ditelan jua.
Sama ada pendapatan melebihi perbelanjaan atau pun sebaliknya, ia menjadi kerisauan utama pengusaha tadika. Namun, dengan adanya program
Artera yang baru diperkenalkan, ia memberikan impak yang positif terhadap pengurusan kewangan yang perlu ditangani oleh pengusaha tadika.
Bagaimana?
Disini, penulis berikan Empat sebab kenapa program Artera pilihan terbaik untuk pengusaha tadika:
Program Artera ini adalah #pelaburan bijak yang boleh digunakan oleh para
pengusaha tadika. Guru memerlukan alat bantuan mengajar yang pelbagai setiap kali pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
beberapa tunjang berlaku di tadika. Demi mencapai objektif pengajaran secara
berkesan,guru terpaksa menyediakan bahan bantuan pengajaran yang menelan
kos yang banyak. Tetapi, dengan program Artera, harapan
untuk membina dan memiliki pelbagai alat bantuan mengajar itu dapat dicapai hanya dengan sekali kos pemilikan. Ya, sekali kos sahaja! Bijak bukan?
Selain itu, melalui program Artera ini setiap kanak-kanak yang belajar di tadika
perlu memiliki set individu Artera. Jika tidak, mereka tidak dapat mengikuti perjalanan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Artera. Justeru, ini dapat membantu para
pengusaha tadika #menjana pendapatan sampingan selain daripada yuran tahunan daripada hasil jual beli set individu Artera pada setiap kanak-kanak di tadika anda.
Hasil binaan model yang menarik berdasarkan tema-tema di dalam KSPK boleh
didapati melalui program Artera ini. Setiap model ini dapat menarik minat
kanak-kanak untuk membinanya. Kanak-kanak yang boleh dan dapat serta berjaya
membina model-model ini secara tidak langsung akan terdorong untuk membina
model-model lain yang ada dalam imaginasi mereka. Keadaan ini hanya boleh diperoleh
di tadika-tadika yang turut serta di dalam program Artera.
Kanak-kanak di luar
program Artera yang inginkan pengalaman pembelajaran Artera mahu tidak mahu, harus belajar di dalam tadika yang berArtera juga. Inilah peluang rezeki dan #daya penarik tadika buat para pengusaha.
Usah berlengah lagi mencari alasan yang sudah ada jawapan. Mari bersama
para pengusaha tadika yang telah berArtera.
Disediakan oleh,
Asyraf bin Azeman,
Pengurus Tadika Bijak Ilmu,
(Juga Pensyarah di Jabatan Pendidikan, FPPM, Kolej UNITI Port Dickson)
Tuesday, 22 August 2017
6 Aktiviti Tingkatkan Semangat Patriotik Kanak-Kanak Sempena Bulan Kemerdekaan!- Nur Akmar Mohd Arif
Wahhhh Bulan Ogos datang lagi!
Bulan Ogos juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan kerana negara kita saban tahun meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Jom kita lakukan enam aktiviti menarik untuk kanak-kanak di tadika bagi meningkatkan keterujaan dan semangat patriotik dalam diri mereka. Ayuh serlahkan jiwa kemerdekaan si cilik dengan aktiviti yang bermakna sepanjang Bulan Ogos ini!
Pertama, aktiviti melukis dan mewarnakan bendera Malaysia. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak boleh mengenali warna-warna yang terdapat di Bendera Malaysia iaitu kuning, biru, putih dan merah. Sama ada menggunakan pensil warna, crayon atau warna air, kanak-kanak memang suka mewarna! Serlahkan bakat mereka dengan mewarnakan bendera Malaysia di kain rentang untuk sedia dikibarkan dengan bimbingan guru.
Kedua, aktiviti menyanyikan lagu Negaraku. Kanak-kanak perlu diajar berdiri tegak sebagai tanda hormat sepanjang berkumandangnya lagu Negaraku. Si cilik yang berdiri tegak sambil menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat pastinya menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Ketiga, aktiviti menonton filem-filem bersejarah bersama guru juga boleh dilaksanakan di tadika seperti cerita Leftenan Adnan Dan Bukit Kepong. Aktiviti seperti ini boleh membangkitkan semangat patriotik dan sayangkan negara dalam kalangan kanak-kanak ini. Mesej daripada filem yang ditonton ini perlulah disampaikan oleh guru secara santai dan mudah difahami oleh kanak-kanak cilik ini.
Keempat, aktiviti bercerita juga boleh dijalankan di tadika sama ada menggunakan video, surat khabar atau big book. Guru boleh bercerita tentang Hari Kemerdekaan, Tokoh Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia, Bendera Malaysia dan lain-lain lagi. Guru juga boleh bercerita tentang Bunga Kebangsaan iaitu bunga raya.
Kelima, kanak-kanak boleh dilibatkan dengan perarakan kemerdekaan dengan bimbingan guru. Berarak dengan memakai baju kebangsaan sambil mengibarkan bendera Malaysia dapat meningkatkan semangat patriotik dan perasaan cintakan Negara. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak juga didedahkan dalam persekitaran sosial yang sihat dan harmoni.
Keenam, pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan sajak kemerdekaan pastinya meningkatkan keterujaan kanak-kanak. Selain menambah kosa kata dan meningkatkan perbendaharaan kata, aktiviti pertandingan seperti ini juga dapat membangkitkan perkembangan emosi yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
Ayuh! Kobarkan semangat patriotik dan sayangkan negara pada si cilik melalui perancangan aktiviti yang menarik lagi bermakna di tadika.
Disediakan oleh,
Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah (Jabatan Pendidikan),
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
Bulan Ogos juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan kerana negara kita saban tahun meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Jom kita lakukan enam aktiviti menarik untuk kanak-kanak di tadika bagi meningkatkan keterujaan dan semangat patriotik dalam diri mereka. Ayuh serlahkan jiwa kemerdekaan si cilik dengan aktiviti yang bermakna sepanjang Bulan Ogos ini!
![]() |
| Ihsan imej: google |
Kedua, aktiviti menyanyikan lagu Negaraku. Kanak-kanak perlu diajar berdiri tegak sebagai tanda hormat sepanjang berkumandangnya lagu Negaraku. Si cilik yang berdiri tegak sambil menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat pastinya menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Ketiga, aktiviti menonton filem-filem bersejarah bersama guru juga boleh dilaksanakan di tadika seperti cerita Leftenan Adnan Dan Bukit Kepong. Aktiviti seperti ini boleh membangkitkan semangat patriotik dan sayangkan negara dalam kalangan kanak-kanak ini. Mesej daripada filem yang ditonton ini perlulah disampaikan oleh guru secara santai dan mudah difahami oleh kanak-kanak cilik ini.
Keempat, aktiviti bercerita juga boleh dijalankan di tadika sama ada menggunakan video, surat khabar atau big book. Guru boleh bercerita tentang Hari Kemerdekaan, Tokoh Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia, Bendera Malaysia dan lain-lain lagi. Guru juga boleh bercerita tentang Bunga Kebangsaan iaitu bunga raya.
Kelima, kanak-kanak boleh dilibatkan dengan perarakan kemerdekaan dengan bimbingan guru. Berarak dengan memakai baju kebangsaan sambil mengibarkan bendera Malaysia dapat meningkatkan semangat patriotik dan perasaan cintakan Negara. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak juga didedahkan dalam persekitaran sosial yang sihat dan harmoni.
Keenam, pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan sajak kemerdekaan pastinya meningkatkan keterujaan kanak-kanak. Selain menambah kosa kata dan meningkatkan perbendaharaan kata, aktiviti pertandingan seperti ini juga dapat membangkitkan perkembangan emosi yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
Ayuh! Kobarkan semangat patriotik dan sayangkan negara pada si cilik melalui perancangan aktiviti yang menarik lagi bermakna di tadika.
Disediakan oleh,
Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah (Jabatan Pendidikan),
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
Sunday, 23 July 2017
PERLAKSANAAN ARTERA SECARA RASMI DI TADIKA BIJAK ILMU- Nur Akmar Mohd Arif
Kolej UNITI, Port Dickson, 17 JULAI 2017- Satu majlis ringkas penyerahan produk Artera kepada para guru di Tadika Bijak Ilmu (TBI) telah diadakan dengan jayanya sebagai simbolik penggunaan produk Artera secara rasmi di Tadika Bijak Ilmu yang bernaung di bawah Kolej UNITI.Majlis penyerahan produk Artera yang merupakan satu program baru dari Kolej UNITI ini telah disampaikan oleh CEO SERVCO UNITI, Encik Taufiq Rosidi kepada Puan Norashikin dan Puan Marsella selaku guru di Tadika Bijak Ilmu serta diiringi oleh Pengurus Tadika Bijak Ilmu, En Asyraf Azeman.
Majlis ini turut dihadiri oleh Team UNITI Early Child Care, Cik Nurshaqila Binti Toha dan Cik Nur Filzahhana Binti Ramlee yang juga merupakan pensyarah dari Jabatan Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) Kolej UNITI.
Apa itu Artera?
Artera merupakan satu sistem pembelajaran alat mainan yang paling lengkap untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kreatif di peringkat prasekolah yang dilengkapi dengan rancangan pengajaran, tutorial video dan manual pemasangan bagi memudahkan pengajaran serta pembelajaran merentasi mata pelajaran sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (STREAM).
Tadika Bijak Ilmu telah menjadikan Artera sebagai salah satu program pembelajaran aktif dalam usaha untuk mengasah kemahiran pemikiran aras tinggi dan penyelesaikan masalah. Pembelajaran secara bermain (toys learning system) yang digunapakai ini pastinya dapat menarik minat dan memberi keterujaan kepada kanak-kanak TBI ini selain dapat mencungkil bakat dan kreativiti mereka.
Produk hebat ini dijangka dapat meningkatkan daya pembelajaran dan kreativiti anak-anak di Tadika Bijak Ilmu serta memberi pengalaman yang sangat berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran STREAM yang lebih menyeronokkan dan berkesan.
Disediakan oleh,
Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM),
Kolej UNITI Port Dickson
Galeri Foto:
Sambutan Hari Raya Tadika Bijak Ilmu, Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI- Nur Akmar Mohd Arif
Majlis Sambutan Hari Raya
merupakan antara aktiviti tahunan telah diadakan di Tadika Bijak Ilmu dan
Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Kolej UNITI seliaan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson pada 7 Julai (bersamaan 13 Syawal 1438H) dan 14 Julai (bersamaan 20 Syawal 1438 H) lalu.
Majlis yang diadakan bersempena kedatangan bulan Syawal bukan
sahaja untuk menggembirakan kanak-kanak tetapi ia juga merupakan program
tahunan yang menggalakkan penyertaan dan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
anjuran Tadika dan Taska.
Majlis telah mendapat
sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa serta ahli jawatankuasa Tadika dan Taska. Sokongan ibu bapa terhadap aktiviti anjuran Tadika dan Taska
ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, para guru
serta AJK Tadika dan Taska itu sendiri.
Peluang berkumpul dalam aktiviti ini
juga dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengetahui perkembangan
anak-anak mereka serta keadaan semasa tempat anak-anak ini membesar dan menimba
ilmu dalam persekitaran yang meyakinkan.
Program yang diadakan
seperti ini juga memberikan keseronokan dan keterujaan kepada kanak-kanak
kerana dapat meraikan hari bahagia bersama guru dan rakan-rakan sambil dapat
mengumpul duit raya bersama-sama, ditambah lagi dengan kehadiran ibu bapa yang
turut memeriahkan majlis yang dianjurkan.
Program seperti ini secara tidak
langsung juga dapat menambah nilai keberkesanan program-program anjuran Tadika
dan Taska dalam usaha untuk membangunkan serta meningkatkan prestasi Tadika dan
Taska ini sendiri.
Tuntasnya, program tahunan
yang menggalakkan penglibatan ibu bapa seperti ini wajar diadakan di setiap
Tadika dan Taska sebagai tanda sokongan ibu bapa terhadap aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak Tadika dan Taska selain dapat mengeratkan lagi ukhuwah
yang terjalin antara ibu bapa serta warga Tadika dan Taska.
Galeri foto: