Pengenalan
Lembah Swat merupakan sebuah wilayah di Pakistan yang memiliki segala keindahan alam. Ironinya, keindahan itu mula hilang apabila wilayah itu diambil alih oleh puak militan Taliban. Perlaksaan undang-undang dan peraturan yang ketat oleh pengganas Taliban merenggut rasa damai penduduk wilayah itu. Kehidupan yang aman mula dihimpit rasa ketakutan apabila ia menjadi medan pertempuran antara puak Taliban dengan pihak ketenteraan Pakistan. Jika dahulunya, kanak-kanak bebas dan riang ria ke sekolah, tetapi kehadiran Taliban merampas segala-galanya. Pergi ke sekolah untuk kanak-kanak perempuan khususnya diisytihar sebagai satu jenayah!
Berdasarkan pembacaan penulis, sekitar 400 buah sekolah telah ditutup sepanjang pentadbiran Taliban di Lembah Swat. Pergi ke sekolah adalah suatu rutin yang hampir menjadi mustahil di sana. Dalam keadaan yang getir itu, bangkit seorang kanak-kanak perempuan menentang kepada tindakan pengharaman kanak-kanak perempuan ke sekolah. Beliau menulis catatan harian kepada BBC tentang keperitan yang dialaminya dan penduduk yang kampung apabila pertempuran berlangsung.
Beliau menggunakan nama pena sebagai ‘Gul Makai’ dan meluahkan kekecewaan kerana impiannya untuk menamatkan pelajaran dalam jurusan MBA mungkin tidak kesampaian. Justeru, beliau berikrar akan berjuang dalam apa jua cara untuk pastikan hak pendidikan kanak-kanak perempuan dan lainnya dibela. Ketika memulakan advokasi itu, beliau hanya seorang kanak-kanak yang masih berumur 12 tahun.
Sehubungan dengan itu, makalah ini akan menelusuri latar belakang perjuangan Malala Yousafzai sebagai pemudi hebat yang bangkit selepas ‘mati’ sementara memperjuangkan hak pendidikan bagi kanak-kanak seantero dunia yang tercetus daripada pengharaman sekolah bagi kanak-kanak perempuan di wilayahnya.Penulisan ini juga akan mengupas cabaran-cabaran yang dihadapinya serta nilai pengajaran yang boleh dijadikan inspirasi dan pedoman bagi anak muda di negara ini. Penulis berkeyakinan, untuk menyelamatkan masa depan kanak-kanak yang memperoleh hak pendidikan yang baik, perjuangan Malala perlu disambut. Kerana ia bukan tugas individu semata-mata, tetapi dunia mahukan lebih ramai sosok belia bersemangat seperti ikon yang diketengahkan dalam makalah ini.
Kelahiran Malala Yousafzai -tokoh pemudi yang mengubah dunia.
Malala dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1997 merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri Ziauddin Yousafzai dan Toor Pekai. Lahir dalam negara yang begitu mengagungkan budaya patriarki- mengutamakan anak lelaki dalam semua aspek- menjadi cabaran kepada ibubapanya. Figura hebat bapanya yang merupakan seorang guru dan pengasas sekolah bernama ‘Kushal’ dilihat melawan arus budaya masyarakatnya. Malala diberikan peluang untuk belajar dan menimba ilmu dan dibesarkan dalam budaya ilmu seperti terdedah kepada buku-buku. Seringkali juga ayahnya membacakan sajak dan bercerita tentang tokoh-tokoh besar negaranya.
Nama Malala diberikan bersempena dengan seorang srikandi Afghanistan iaitu Malalai yang bangkit meniup api perjuangan tentera Afghanistan ketika menentang British. Walaupun begitu, maksud namanya beerti kedukaan lantaran itu datuknya tidak menggemari namanya itu. ‘Malala akan bebas seperti unggas’ itulah janji ayahnya kepada Malala. Ibunya, Toor Pekai pula sentiasa mendorong Malala agar nasib anak perempuannya itu tidak berakhir sepertinya. Ibunya tidak bersekolah dan hanya mengetahui hal-ehwal rumahtangganya sahaja.Justeru, ibunya menjadi seorang yang pendiam kerana tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi.Ibunya menjadi gambaran kepada ramai wanita di sana. Itulah yang cuba diubah oleh bapanya agar kanak-kanak perempuan juga mempunyai hak yang sama dalam kependidikan. Kombinasi genetik ibubapanya menjadikan Malala memiliki semangat bapa dan kesabaran ibunya.
Malala membesar dalam keadaan politik negaranya tidak stabil. Peralihan kuasa, kemiskinan, bencana alam dan paling kritikal ialah ancaman keganasan. Lembah SWAT yang dikenali juga sebagai “Switzerland Asia’ digambarkan sebagai syurga dunia dengan pohon-pohon yang segar menghijau, gunung-ganang yang memukau, air tasik yang sejernih kristal menjadikan sesiapa yang melihatnya pasti terpana. Militan Taliban mula memasuki Lembah Swat pada tahun 2004. Mereka melobi sokongan penduduk dengan mengatakan mereka akan menjadi mahkamah keadilan kedua yang akan menggantikan mahkamah rasmi sedia ada. Sistem kehakiman di Pakistan tidak mampu membawa keadilan kepada rakyat kerana banyak kes yang tertunggak dan tidak diselesaikan walaupun mangsa yang teraniaya telah mati.
Militan Taliban mengatakan perjuangan mereka bersendikan perjuangan agama, demi Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w dan berjaya mendapat peluang dan sokongan penduduk. Namun, pada tahun 2007, militant Taliban bertukar wajah. Mereka mula melancarkan keganasan sebenarnya.. Lebih 400 buah sekolah diletupkan. Setiap malam, dua ke tiga orang akan menjadi mangsa pembunuhan. Wanita dilarang sama sekali pergi ke pasar apatah lagi ke sekolah. Percampuran jantina di sekolah, dianggap melakukan maksiat. Untuk itu, kanak-kanak perempuan harus dipinggirkan daripada sistem pendidikan.
Dalam keadaan sedemikian, kanak-kanak perempuan di Lembah Swat mula kecewa dan memutuskan untuk menggunakan segala ruang media yang ada agar mereka juga mendapatkan hak pendidikan. Tidak terkecuali yang paling lantang,ialah Malala Yousafzai seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menulis jurnal harian di British Broad Casting (BBC) sebanyak 7 episod (bermula 3 Januari hingga 15 Januari 2004) sebagai Gul Makai menceritakan apa yang berlaku di tempatnya. Tujuannya hanya untuk melihat keamanan untuk penduduk Lembah Swat dan paling utama ialah beliau dan kanak-kanak perempuan lain ditempatnya mendapatkan hak pendidikan.
Kelantangan Malala dalam memperjuangkan pendidikan anak-anak perempuan menjadikan dia target utama militant Taliban selama bertahun-tahun. Namun, Malala tidak sedikitpun menyangka bahawa dia akan mejadi sasaran bunuh. 9 Oktober 2012 ketika beliau 14 tahun, menjadi detik hitam buat Malala apabila diserang oleh dua lelaki bersenjata Taliban dan ditembak dari jarak dekat oleh salah seorang daripadanya ketika beliau di dalam bas pulang dari sekolah bersama teman-temannya.
‘Siapa Malala?’
Itulah perkataan terakhir yang didengar Malalla sebelum ditembak di dahi, dan seterusnya terbenam dilehernya. Kecederaan beliau amat kritikal dan dikejarkan ke Saido Sharif di Swat. Beliau koma selama 10 hari dan dihantar pula ke Peshawar dan Rawalpindi untuk rawatan kecemasan. Beliau kemudiannya diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth, United Kingdom untuk dirawat rapi dan pada hari ke-11, Malala akhirnya sedar dari koma.
Berpantang ajal sebelum maut. Malala Yousafzai bangkit dari keadaan yang amat kritikal dan sembuh sepenuhnya selepas beberapa bulan. Beliau mendapatkan kehidupan baru di United Kingdom dan menyambung semula persekolahannya yang terhenti disana. Namun, jauh disudut hatinya, Lembah Swat terlalu dirindui. Beliau tekad untuk terus memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan namun kali ini advokasi dan aktivisme beliau berskala global.
Kini, beliau baru sahaja mendaftar (Oktober 2017) sebagai pelajar jurusan falsafah, politik dan ekonomi di Universiti Oxford yang terkemuka. Beliau membahagikan masa antara belajar dan tugas-tugas sosial dan advokasi berkaitan pendidikan kanak-kanak di seluruh dunia. Ketahuilah, bahawa beliau tidak bergerak secara bersendirian kerana perjuangan beliau telah mula disambut oleh banyak pihak seluruh dunia.
Perjuangan Malala perlu disambut oleh generasi muda Malaysia.
Peristiwa berdarah ditembak Taliban itu menjadikan beliau memenangi Hadiah Nobel Keamanan 2014 oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Uniknya, ketika itu beliau berusia 16 tahun dan seterusnya penerima anugerah paling muda dalam sejarah PBB. Dalam ucapannya, beliau mendedikasikan penganugerahan itu kepada seluruh kanak-kanak yang mahukan pendidikan, keamanan dan perubahan. Tanggal 12 Julai setiap tahun seterusnya dideklarasikan sebagai ‘Hari Malala’ seluruh dunia dan disambut secara oleh lebih 50 buah negara termasuklah Pakistan dengan pelbagai program yang memperjuangkan pembangunan pendidikan untuk kanak-kanak.
Malala dalam ucapan kemenangan itu juga menegaskan,
“Saya di sini adalah untuk mempertahankan hak kanak-kanak, untuk menjadi jurubicara mereka…Ini bukannya masa untuk sekadar bersimpati kepada mereka, saya ulang, ini bukan masanya untuk mengasihani mereka. Ini adalah waktunya untuk kita mengambil tindakan justeru ia akan menjadi yang terakhir, yang terakhir, yang terakhir menyaksikan kanak-kanak dipinggirkan dalam mendapatkan pendidikan.”
‘Pendidikan ialah suatu rahmat kehidupan, dan salah satu keperluan paling asasi buat manusia.’
‘Kami terlalu dahagakan pendidikan, masa depan kami lebih baik dengan pendidikan di dalam kelas itu..’
‘Apabila pendidikan menjadi satu jenayah, anak-anak perempuan dilarang ke sekolah, dan apabila dunia saya tiba-tiba berubah, maka keutamaan saya juga berubah.
Saya ada dua pilihan; iaitu pertama seorang yang mendiamkan diri dan menunggu waktu untuk dibunuh atau, pilihan kedua ialah bercakap dan dibunuh.
Saya pilih yang kedua, saya akan bercakap mempertahankan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan.’
Dalam sesebuah wawancara The Daily Show with Jon Stewart-Extended Interview with Malala Yousafzai, pengacara progam bual bicara yang membicarakan buku terbaru , ‘I am Malala’ bertanyakan tentang motivasi yang mendorong kecintaan Malala terhadap pendidikan. Beliau mengatakan secara bersahaja,
“Kita manusia, ia sebahagian daripada fitrah semulajadi manusia. Kita hanya akan belajar tentang bernilainya sesuatu itu apabila ia dirampas daripada kita. Di Pakistan apabila kami dilarang ke sekolah, baru kami sedar bahawa pendidikan adalah sesuatu yang sangat penting. Pendidikan merupakan kuasa kepada seorang perempuan; dan pengganas takut kepada pendidikan sebab itu mereka tidak mahu perempuan ke sekolah, pendidikan akan menjadikan perempuan lebih berkuasa.”
Malala juga menegaskan bahawa dia tidak bergerak seorang diri. Dia adalah suara seluruh anak-anak gadis yang tertinggal dalam kepesatan dunia dan kepantasan waktu. Dia ialah suara anak gadis yang mahukan kehidupan yang lebih baik; tidak dipaksa berkahwin ketika masih kanak-kanak, tidak dihalang ke sekolah untuk mencapai impian dan cita-cita, atau tidak dipaksa bekerja kerana hambatan kemiskinan. Hak asasi setiap kanak-kanak ialah hak untuk mendapatkan pendidikan.
Perjuangan beliau tidak akan berhenti selagi masih ada kanak-kanak yang dilarang ke sekolah. Untuk itu, beliau dan ayahnya menubuhkan Yayasan Malala untuk membantu mencapai impiannya itu. Melalui Yayasan itu, Malala menggerakkan aktivisme dan program advokasi beliau dengan lebih terancang. Pada ulangtahun kelahiran ke-17, iaitu 12 Julai 2014 beliau telah ke Nigeria mendesak agar kanak-kanak sekolah perempuan yang diculik oleh ekstrimis Boko Haram dipulangkan ke pangkuan keluarga dengan selamat. Pada ulangtahun kelahiran ke-18 pula, bersamaan 12 Julai 2015, beliau membuka sekolah menengah untuk kanak-kanak perempuan yang menjadi pelarian di Lembah Bekaa, Lubnan. Pada 12 Julai 2016, Malala menyambut hari kelahirannya yang ke-19 di gadis pelarian yang berlindung di Dadaab dan Kakuma, Kenya serta perlindungan Mahama di Rwanda.
Perjuangan dan advokasi beliau semakin bersifat global apabila sebuah dokumentari berjudul ‘He Named Me Malala’ memenangi Anugerah Akademi dipengarah oleh Davis Guggenheim, telah memasuki panggung teater dan membawakan kisah perjuangan beliau kepada 175 negara dengan 11 bahasa yang berlainan. Beliau juga mengadakan kempen #BooksNotBullets dan #YesAllGirls agar dunia bersama-sama dalam memperjuangkan pendidikan untuk anak-anak perempuan.
Sebelum Malala Yousafzai memasuki universiti, beliau telah mengadakan pengembaraan program advokasi beliau iaitu ‘ Girl Power Trip’ bermula April hingga September 2017 ke Amerika Utara, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin untuk bertemu secara bersemuka semua gadis dan mendengar rintihan mereka yang menghalang anak-anak perempuan ke sekolah. Dalam lawatan itu, beliau juga telah mengaturkan belasan pertemuan dengan pemimpin tertinggi dan perdana menteri untuk mendesak mereka menyokong usaha memastikan hak persekolahan kanak-kanak perempuan diberikan salah-satu keutamaan dalam negara mereka. Lawatan ke pelbagai negara dan negeri itu adalah untuk menyelami faktor utama peminggiran kanak-kanak perempuan dalam persekolahan agar program yang akan direncana lebih fokus kepada masalah yang dihadapi.
Walaupun Malala telah mendaftar diri di Universiti Oxford, keprihatinan dan komitmen beliau tetap diteruskan. Perjuangannya untuk mendapatkan keadilan pendidikan kepada 130 juta kanak-kanak perempuan seluruhh dunia telah disambut oleh pelbagai pihak dan telah mempunyai rangkaian antarabangsa melalui wakil-wakilnya di setiap negara. Advokasi beliau juga lebih pelbagai seperti melalui medium pembikinan filem, buku dan komik. Justeru itu, Malala Yousafzai selayaknya menjadi ikon contoh yang hidup untuk anak muda negara ini untuk dijadikan inspirasi. Beliau merupakan pemudi yang berani, berstrategi, dedikasi, komitd dan berwawasan jauh yang merupakan satu set sifat kepimpinan yang perlu ada pada setiap anak muda untuk keluarkan segala potensi diri sebagai agen pengubah dunia yang lebih baik.
Kesimpulan
Di akhir ucapan Malala di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau menggesa semua pihak termasuk semua individu untuk menyumbang bakti, usaha, tenaga, masa dan material kerana ia merupakan tanggungjawab bersama untuk melihat keamanan dunia melalui pendidikan. Beliau mendesak agar semua anak muda yang mahukan kehidupan yang baik memainkan peranan dengan menjadi generasi pertama dan akhir yang menghentikan segala bentuk penindasan akibat kemiskinan, peperangan, keganasan yang membawa kepada keciciran kanak-kanak dalam pendidikan.
Malala Yosafzai meyakini hanya pendidikan yang boleh menyelesaikan semua masalah yang ada. Peperangan dan senjata tidak akan memberikan apa-apa makna melainkan kesengsaraan kepada generasi manusia kemudiannya. Perjuangan ini mestilah melalui keamanan, dan untuk mencipta dunia yang lebih bermakna buat kanak-kanak ialah melalui dialog dan pendidikan.
“One child, one teacher, one book and one pen can change the world. Education is the only solution. Education first.”
Perjuangan Malala ini perlu disahut oleh anak muda Malaysia. Keterlibatan golongan remaja belia dalam perlakuan devian, aktiviti keganasan dan gejala sosial hanya merugikan masa depan negara. Perlu diingatkan bahawa waktu muda adalah waktu untuk bersusah-payah mengenal pasti dan membina segala potensi diri untuk kebaikan keluarga, masyarakat, agama, negara dan dunia. Benarlah kata pepatah, ‘pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa. Jika rosak pemuda negara, tunggulah kerosakan yang lebih dasyat lagi kepada masyarakat, agama dan negara.
Jadi anak muda, jadilah yang berjasa! Pilih perjuangan anda, laksanakan hingga dunia turut terasa. Ayuh anak muda, hidup biar berjasa sepertimana Malala memberikan kita makna apa itu pemudi dan pemuda harapan dunia.
Akhir sekali, FPPM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI BELIA MALAYSIA dan SELAMAT HARI GURU kepada semua.
Showing posts with label Diploma Pendidikan Pra Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Diploma Pendidikan Pra Sekolah. Show all posts
Tuesday, 15 May 2018
Sunday, 8 April 2018
APABILA SI KECIL BEREMOSI..JANGAN CEPAT MELATAH, IA NORMAL. IKUTI LANGKAH INI UNTUK PERKEMBANGAN EMOSI POSITIF ANAK-ANAK- Puan Hidayah Tokiman
Emosinya dia…
“Mama tadi kan kakak belajar, cikgu cakap dalam keluarga ada lima orang. Ada ayah, ada mama, ada kakak, ada abang, ada adik. Tapi kenapa kakak tak ada abang? Kakak sedih laa tak ada abang.”
Anak ini sedang beremosi nampaknya. .
Dah diduga soalan ini akan ditanya. Getus dihati.
Apa nak jawab ni?
Tenang-tenang sahaja kerana ia proses normal perkembangan kanak-kanak.
Sebagai ibu, saya berterus-terang dan jelaskan padanya bahawa dia adalah anak pertama, maka tiada abang dalam keluarga kecil kami.
Bagaimana kita boleh membimbing anak-anak kecil berhadapan konflik emosi?
Menurut Rohani Abdullah (2001), emosi merupakan tindak balas sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Sementara ahli fisiologi dan psikologi berpendapat bahawa emosi melibatkan gerak hati, perasaan, pernyataan emosi dan tindak balas fisiologi. Kematangan emosi akan mempengaruhi perkembangan menyeluruh yang lain.
Manakala, Teori Psikososial Erickson menyatakan perkembangan berlaku mengikut tahap dan mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Disini saya kongsikan perkara yang dapat membantu dalam memberikan kesan yang positif kepada perkembangan emosi kanak-kanak :
1. Memberitahu bahawa kita sayang padanya. Kata-kata sayang kita perlu selari dengan perbuatan juga.
2. Memuji usaha anak walaupun hasilnya tidak memuaskan misalnya “pandainya kakak tolong mama lipatkan baju adik, terima kasih kakak”.
3. Beri pilihan dan beri anak buat keputusan sendiri dalam masa yang sama tetap masih memerlukan bimbingan dari ibu bapa.
4. Minta bantuan anak untuk membantu membuat kerja rumah yang mudah dan lakukan bersama-sama misalnya mengemas barang mainan.
5. Memberikan kepercayaan dan bimbing anak dalam membuat sesuatu perkara.
6. Berikan anak ruang dan peluang untuk mereka bercerita, galakkan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak menerusi soal jawab dan lazimkan bertanya mengenai aktiviti mereka di sekolah atau di rumah pengasuh. Dengan bercerita, mendengar dan memberi respon kepada mereka, anak-anak akan berasa dihargai.
Demikian adalah sangat penting bagi semua guru, ibu bapa dan pihak yang berinteraksi secara bersemuka dengan kanak-kanak supaya dapat berperanan dalam menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak secara berkesan. Walaupun dimata dewasa kita perkara di atas dianggap remeh namun pada kanak-kanak ia memberi impak yang besar kepada emosi mereka.
Disediakan oleh:
Pn. Hidayah Binti Tokiman,
Dekan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.
“Mama tadi kan kakak belajar, cikgu cakap dalam keluarga ada lima orang. Ada ayah, ada mama, ada kakak, ada abang, ada adik. Tapi kenapa kakak tak ada abang? Kakak sedih laa tak ada abang.”
Anak ini sedang beremosi nampaknya. .
Dah diduga soalan ini akan ditanya. Getus dihati.
Apa nak jawab ni?
Tenang-tenang sahaja kerana ia proses normal perkembangan kanak-kanak.
Sebagai ibu, saya berterus-terang dan jelaskan padanya bahawa dia adalah anak pertama, maka tiada abang dalam keluarga kecil kami.
Bagaimana kita boleh membimbing anak-anak kecil berhadapan konflik emosi?
![]() |
| Ihsan imej: Pinterest.com |
Manakala, Teori Psikososial Erickson menyatakan perkembangan berlaku mengikut tahap dan mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Disini saya kongsikan perkara yang dapat membantu dalam memberikan kesan yang positif kepada perkembangan emosi kanak-kanak :
1. Memberitahu bahawa kita sayang padanya. Kata-kata sayang kita perlu selari dengan perbuatan juga.
2. Memuji usaha anak walaupun hasilnya tidak memuaskan misalnya “pandainya kakak tolong mama lipatkan baju adik, terima kasih kakak”.
3. Beri pilihan dan beri anak buat keputusan sendiri dalam masa yang sama tetap masih memerlukan bimbingan dari ibu bapa.
4. Minta bantuan anak untuk membantu membuat kerja rumah yang mudah dan lakukan bersama-sama misalnya mengemas barang mainan.
5. Memberikan kepercayaan dan bimbing anak dalam membuat sesuatu perkara.
6. Berikan anak ruang dan peluang untuk mereka bercerita, galakkan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak menerusi soal jawab dan lazimkan bertanya mengenai aktiviti mereka di sekolah atau di rumah pengasuh. Dengan bercerita, mendengar dan memberi respon kepada mereka, anak-anak akan berasa dihargai.
Demikian adalah sangat penting bagi semua guru, ibu bapa dan pihak yang berinteraksi secara bersemuka dengan kanak-kanak supaya dapat berperanan dalam menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak secara berkesan. Walaupun dimata dewasa kita perkara di atas dianggap remeh namun pada kanak-kanak ia memberi impak yang besar kepada emosi mereka.
Disediakan oleh:
Pn. Hidayah Binti Tokiman,
Dekan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.
Sunday, 21 January 2018
SIRI TRAVELOG; AKU MAHASISWA KOLEJ UNITI PORT DICKSON- 'ASSIGNMENT KENE REJECT'- Syaza Haziqah (DPS)
Sebelum aku sambung kisah aku sebagai mahasiswa di Kolej UNITI Port Dickson, ayuh kita selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita menjadi ummat Nabi Muhammad yang Berjaya dunia akhirat untuk membantu agama Allah. In shaa Allah.
Okay, lifestyle sebagai student kolej ni, kita takkan lari dari macam-macam konflik. Buat assignment atau projek-projek untuk tugasan yang diberi pensyarah. Konflik besar yang aku rasa bagi impak pada diri aku adalah ketika aku sem 3.
Impak dia sampai aku menangis tiga hari berturut-turut. Ini bukan cerita tipu. Memang real!
Orang cuti midsem bahagia, aku pula cuti tenggelam dalam dilema dan sedih. Ini semua gara-gara assignment aku ditolak. Aduh!!! Sakitnya tu disini (sambil penumbuk tangan didada). Inilah first time rasa sedih assignment ditolak. Termenung tiga hari balik rumah.
Aku sambung semula cerita patah hati aku. Sakitnya tugasan kena tolak ni lebih perit dari putus cinta (hohoho).
Sakit sebab selama belajar di Kolej UNITI Port Dickson tak pernah ditolak dengan rasa sedih macam ni. Ni la satu-satunya masalah yang aku rahsiakan dari mama ayah aku sebab aku takut mereka sedih dan kecewa dengan aku. (tapi sekarang dah bagitahu fuhh lega…Anak solehah sangat aku ni, huuu.)
Tugasan kena ‘reject’ buat aku dan kawan-kawan bergaduh sesama sendiri. Ni paling sakit sebab kami tak pernah bergaduh sampai macam ni sekali. Wallahi kawan-kawan rumah aku ibarat tulang belakang aku. Mereka sentiasa menyokong aku walaupun aku jatuh tersungkur macam mana pun.
Tapi Allah itu Maha Hebat, Dia mahu uji persahabatan kami ini. Alhamdulillah kami sedar akan kesilapan kami. Aku rasa serba-salah pada kawan-kawan sekiranya markah tugasan rendah. Namun begitu, kami tetap berbaik semula kerana dah macam famili. Macam peribahasa orang Melayu tu, ‘air dicincang tak akan putus’. (Ewaahh..)
Siapa yang pernah emosi tugasan kena “reject”?
Sakit kan?
Ok, apa yang kami buat untuk pastikan kami dapat peluang kedua?
Aku dan kawan-kawan pergi memohon maaf kepada pensyarah. Ini ‘trick’ ya kawan-kawan. Boleh cuba.
Minta maaf dan janji buat lebih baik bagi memikat semula hati pensyarah itu. Lagipun, Mamaku pernah berpesan
“mohon maaf dekat guru kita kalau kita ada buat salah atau buat dia kecil hati. Jangan kita sombong dengan guru kita walaupun kita dah habis belajar. Dimana kita bertemu dengan dia, tegurlah dia. Dia tak jemu mencurahkan ilmu kepada kita walaupun time tu kita nakal, tak dengar cakap tapi dia bersabar mendidik kita”.
Kata-kata itulah aku pegang sehingga hari ini.
Selain itu, jangan nak rapat dengan pensyarah semata-mata nak markah lebih atau nak dapat perhatian lebih. Jangan sekali-sekali niat begini (sambil geleng kepala). Berdendam lagi tak boleh.
Ikhlaskan hati dalam perhubungan bersama pensyarah kita. Kerana mereka ibarat ibubapa kita di tempat kita belajar. Jangan sombong dengan mereka, sentiasalah mendoakan mereka. Itulah yang aku pegang sehingga kini. In shaa Allah.Ini aku sangat-sangat syorkan korang buat. Berkat.
Bila dah kena reject assignment tu, jangan pula biarkan konflik menguasai diri, sebab akhirnya memudaratkan diri kita semula. Silap-silap boleh gagal subjek. Fuhhh…Ini paling ‘scary’ dan ‘worst’ dalam dunia mahasiswa.
Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian. Kalau disimpan dan dipendam ia mampu memakan hati. Jika ada masalah dengan pensyarah jumpa dengan pensyarah. Jika ada masalah dengan kawan cepat-cepat minta maaf. Kalau malu Whatsapp kan ada hihihi. Tapi sebaiknya kalau dengan pensyarah tu ‘face to face’ lah. ‘Act like a Woman, Be like a gentleman’ giteww. In shaa Allah pensyarah akan bagi peluang kedua.
Anggap sahaja ujian sewaktu belajar itu lumrah kehidupan mahasiswa. Kalau dalam drama pun ada waktu ‘up and down’ untuk jadikan plot cerita menarik inikah pula ceritera kehidupan mahasiswa. Baru real!!!
Daripada ujian yang diberi pada kitalah kita dapat mengambil pengajaran. Mana yang benar dijadikan tauladan dan mana yang salah dijadikan pengajaran.
Pesan akak yang dah menjengah semester empat ni di Kolej UNITI Port Dickson, sentiasalah kuat dalam menempuh dunia mahasiswa. Ni baru ujian kecil belum lagi yang lebih besar. Moga hati kita sentiasa kuat dalam menempuh ujian mahasiswa.
Sentiasalah meminta kata-kata semangat dari ibubapa, pensyarah dan sahabat sahabat yang kita percayai. Paling penting, jangan sesekali kita tinggalkan solat. Sesibuk mana pun kita dengan assignment solat jangan diabaikan.
Jika something wrong terjadi dalam hidup kita, check semula solat kita. Kerana disitulah segalanya bermula. ‘Hayya ‘AlalFallah’ Marilah menuju kejayaan!. In shaa Allah.
Syaza Haziqah
Diploma Pendidikan Pra Sekolah
Semester 4
Kolej UNITI Port Dickson
![]() |
| Banggunan belajar boleh dilihat dari asrama penginapan |

| Surau Perempuan Uniti Village, Kolej UNITI Port Dickson |
Jika something wrong terjadi dalam hidup kita, check semula solat kita. Kerana disitulah segalanya bermula. ‘Hayya ‘AlalFallah’ Marilah menuju kejayaan!. In shaa Allah.
Syaza Haziqah
Diploma Pendidikan Pra Sekolah
Semester 4
Kolej UNITI Port Dickson
Thursday, 11 January 2018
Travelog Aku Seorang Mahasiswa Kolej UNITI Port Dickson (Bhgn 2): Mengapa Diploma Pendidikan Prasekolah?- Syaza Haziqah (DPS)
![]() |
| Antara hasil sepanjang aku belajar DPS di Kolej UNITI Port Dickson. |
****
Entri yang lepas, aku berhadapan konflik apabila gagal mengawal perasaan ‘kecewa’ kerana belajar di Kolej UNITI Port Dickson.
Tapi, aku silap.
Belajar di Kolej UNITI Port Dickson adalah sebahagian takdirku. Siapa pula aku untuk tidak redha dengan aturan Tuhan Yang Maha Mulia yang tahu segala terbaik untukku?
Kali ini, aku ingin menceritakan mengapa aku memilih bidang pendidikan prasekolah untuk pengajian diploma selama tiga tahun ini.
Begini permulaan ceritaku.
Aku seringkali ditanya orang, “Kenapa guru?” “Kenapa mesti cikgu tadika?”
Sudahlah gaji tak seberapa. Kerjanya pula penat melayan kanak-kanak.
Apalah sangat cikgu tadika ni dan bla blaa blaaa.
Begitulah seterusnya.
Jujurnya, ‘mama’ku yang tercinta yang menasihatkan agar aku mendaftar diri dalam bidang pendidikan pra sekolah.
Sebagai anak yang baik (ehem), aku percaya apa yang ‘mama’ lakukan adalah yang terbaik. ‘Mama’ lebih mengenali aku berbanding diriku sendiri. Aku ikut sahaja.
Tapi, (nanti dulu…)
Bukan sepenuhnya keputusan ‘mama’ku.
Yes!!!! Sejak kecil aku sudah berangan ingin bergelar seorang guru.
Jap, meh aku nak ‘throwback’ sikit kenapa aku cakap aku bercita-cita menjadi cikgu.
“Waktu kecil aku suka main cikgu-cikgu dengan sedara mara. Aku suka pergi kedai RM1.99 beli pen ‘marker’ banyak-banyak (sambil mendepakan tangan). Konon-konon macam cikgu la ni. Cita-cita nak jadi cikgu matematik di sekolah menengah.Guru sekolah rendah aku yang bernama Cikgu Izzah menjadi inspirasiku. Dialah idola matematik aku.”
Jadi, mungkin dari situ, “mama” merasakan bidang pendidikan pra sekolah yang ditawarkan oleh Kolej UNITI Port Dickson adalah yang cocok untukku. ‘Mama’ memintaku terima tawaran Kolej UNITI Port Dickson melalui ‘SMS’.
Kenapa tak mohon UPU dulu? Mesti korang nak tanya soalan ni kan… Jangan tipulah, semua yang masuk kolej mesti ditanya soalan ini.
Begini, bukan aku tak mohon UPU. Aku dah mohon. Cuma bila check online katanya permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap.
Macam kena panah halilintar aku rasa. Sedih buka kepalang kot. Hmmm….(Apa nak buat, tak ada rezeki)
Semua permohonan UPU dulu adalah berkaitan dengan bidang akaun. Kahkah… Nampak tak lari dari cikgu dan akauntan? Dua dunia yang berbeza.
Sebelum itu, ‘mama’ tak percaya aku boleh teruskan dalam bidang akaun.
Banyak kali mama tanya,
“Betul ke jaja (nama panggilan aku dekat rumah) nak ambil bidang akaun ni?
“Jaja boleh bawa ke?”
“Jangan pandang gaji bila kerja, tapi jaja yakin jaja boleh bawa?”Bertalu mamaku tanya.
Jujur cakaplah, aku sendiri tak yakin yang aku boleh bawa bidang akaun ni. Mungkin sebab aku pandang gaji sebagai akauntan ni tinggi. Sebab tu aku nak terjun ke bidang ni.
Tapi Allah Maha Hebat dan Maha Mengetahui segalanya, bukan takdir aku untuk menceburi bidang akaun ini.
Jadi mama suruh aku ambil Kos Diploma Pendidikan Prasekolah di Kolej UNITI Port Dickson.
“Mama tak mahulah jadi cikgu tadika, Aja mana pernah ada jiwa kesitu. Aja nak cikgu sekolah menengah”, aku merungut dengan mama.
Mama pun memujukku, dengan sabar.
“ Jaja, kalau Jaja jadi cikgu tadika. Jaja masih boleh jadi cikgu sekolah menengah. Tengok kawan mama, dulu dia ambil kos prasekolah tapi sekarang jadi cikgu pendidikan khas untuk sekolah menengah. Jaja jangan pandang gaji, tapi Jaja kena yakin. Mama yakin Jaja boleh jadi cikgu. Sambung belajar lepas habis diploma. Sambung belajar macam mama ayah buat dulu.”
Aku akui, aku malu untuk duduk dalam ‘course’ ni ketika itu, tetapi kata-kata mama buat aku kuat.
Aku terima tawaran sambul belajar diploma di Kolej UNITI Port Dickson.
Alhamdulillah, aku kini di semester 4 pada 23.1.2018 ini (tak lama je lagi). Aku masih bertahan dalam jalan ini. Bila aku fikirkan semula, kata-kata ‘mama’ itulah sebenarnya buat aku kuat. Buat aku bertahan.
Ramai je yang perlekehkan bidang ini, tapi aku pekakkan telinga butakan mata. Peduli dengan kata-kata itu.
Jadi langkah dengan yakin, in shaa Allah kerana seorang perlekehkan kita, masih ramai yang menyokong kita dibelakang..(Ewah…gitu Jaja.)
Tiba-tiba aku teringat satu situasi.
Aku ikut ayah ke sekolah tempatnya mengajar. Aku ikut dia masuk ke kelas. Lalu air mataku mengalir serta merta.
Aku tertunduk dan istighfar.
Aku berkata dalam hati, “ Ya Allah, kau berkatilah hidup ayah aku ini Ya Allah.”
Sungguh bukan senang untuk didik anak istimewa tetapi dia la Engkau pilih ya Allah. Ayahku hebat dan tabah.
Ketika itu, anak muridnya seoarang autism menunjukkan hasil mewarnanya. Ayahku memuji hasil anak itu dengan penuh gembira. Memang ayahku memang pendidik yang tabah.
Melihat ayah buat aku semakin semangat meneruskan pengajian dalam pendidikan pra sekolah di Kolej UNITI Port Dickson ini. Ini yang aku pilih. Bukan lagi ‘mama’. Tapi ini adalah pilihanku sendiri.
![]() |
| Ini barang-barang wajib ada untuk aku hasilkan tugasan kursus yang menarik. |
Aku berkeyakinan suatu hari nanti, aku bakal ajar anak yang akan menjadi pemuda dan pemudi harapan bangsa, agama dan negara.
Mengapa aku perlu malu?
Mengapa aku perlu takut dan tunduk dengan kata-kata yang menjatuhkan aku?
Segala langkah yang aku ambil ada hikmah dari-Nya.
Jadi, jangan kita takut dengan mereka yang menjatuhkan, ingat itu juga adalah ujian kasih sayang dari Allah.
Dia mahu lihat samaada kita akan terus melangkah dan yakin akan takdir dari-Nya, atau menoleh dan mengalah begitu saja. Jadilah pendidik kerana-Nya. Maka segala langkah kita kearah itu akan dibantu oleh-Nya . in shaa Allah!
Doakan aku kawan-kawan.
Aku tanam azam didalam hatiku, aku mahu jadi pendidik yang berjaya!
Aku mahu jadi pendidik seperti mama dan ayahku!
Aku mahu buktikan pada semua bahawa bidang ini, bukanlah bidang biasa-biasa tetapi luar biasa.
Bidang ini bukanlah perkara yang terburuk yang aku pilih. Doakan aku moga aku dapat buka cawangan tadika sendiri satu hari nanti! Tadika untuk kanak-kanak normal dan istimewa. In shaa Allah!
![]() |
| Aku sebahagian daripada Diploma Pendidikan Pra Sekolah |
Bersambung….
(Korang pun 'share'lah story kenapa pilih bidang pengajian korang skrg...sporting ahh sikit. Boleh bina semangat ingin berjaya bersama-sama...)