Pages

Showing posts with label Program Artera. Show all posts
Showing posts with label Program Artera. Show all posts

Sunday, 8 April 2018

TUJUH Cara Artera Meningkatkan Kredibiliti Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Nur Akmar Binti Mohd Arif


Arteraaaaaa......Pertama kali dengar tentangnya?

Apa itu Artera?Ada apa dengan artera???

Apakah perkaitannya Artera dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak?

Meh rapat-rapat sini..

Penulis teruja untuk berkongsi info tentang produk Artera ini, iaitu satu sistem pembelajaran melalui permainan (Toys Learning System) yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. 

Memang sesuai sangatlah serta lengkap untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika tau...

Jadi, bolehkah Artera meningkatkan kredibiliti institusi pendidikan awal kanak-kanak masa kini? 
Tapi...apakah kelebihannya?Bagaimana caranya???Jom... check it out!

1. Belajar Sambil Bermain 


Kaedah pembelajaran secara bermain (Toys Learning System) yang digunapakai dalam pembelajaran Artera ini pastinya dapat menarik minat serta memberi keterujaan kepada kanak-kanak yang fitrahnya suka bermain dan meneroka. Pembelajaran kanak-kanak juga berfokuskan pada kemahiran dan bukan lagi akademik semata-mata seiring dengan keperluan dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini.


2. KBAT

Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam produk permainan Artera menjadikan pembelajaran anak-anak lebih kreatif, seronok dan bermakna! Pembelajaran Artera menggalakkan pembelajaran aktif serta penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak.


3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 

Jangan risau...Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) tetap dijadikan rujukan dan disesuaikan dalam sistem pembelajaran mainan Artera. Sistem pembelajaran mainan Artera adalah berdasarkan tema-tema dalam KSPK seperti diri saya, peralatan dan lain-lain lagi. Bukan sahaja menepati keperluan kurikulum tetapi juga mengikut kebolehan kanak-kanak di peringkat umur 4 hingga 6 tahun. 


4. STREAM

Penggunaan Artera yang merentasi semua mata pelajaran merangkumi sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (STREAM) dapat meningkatkan daya pembelajaran kanak-kanak yang lebih kreatif merangkumi semua aspek perkembangan. Pastinya program Artera ini dapat melahirkan arkitek dan jurutera cilik yang kreatif dalam pembelajaran yang menyeronokkan lagi menguji minda!


5. Pengurusan sumber yang berkesan 

Pemerolehan produk Artera yang mudah diakses dan mencukupi untuk keperluan semua kanak-kanak, cara penggunaan Artera yang betul dan selamat, serta penyusunannya di ruang dalam tadika juga perlu dititikberatkan. Hasil binaan model Artera yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak berdasarkan tema-tema dalam KSPK perlulah disusun dan dipamerkan dengan baik di tadika untuk rujukan kanak-kanak, guru dan ibu bapa.


6. Keselamatan


Kualiti produk Artera juga dinilai dari aspek keselamatan bagi memastikan kanak-kanak di tadika menggunakan produk mainan yang diiktiraf tahap keselamatannya. Pendedahan mengenai cara penggunaan produk mainan Artera yang betul dan selamat dalam kalangan kanak-kanak juga perlu dititikberatkan oleh tenaga pengajar di tadika.


7. Latihan Artera Untuk Guru

Kualiti tenaga pengajar juga dititikberatkan di mana para guru diberi latihan untuk mengendalikan produk mainan Artera dengan cara yang betul dan selamat selain boleh menghasilkan pelbagai model binaan yang menarik dan kreatif. Selain rancangan pengajaran berpandukan KSPK, para guru juga didedahkan dengan tutorial video dan manual pemasangan model binaan Artera yang akan dijadikan rujukan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pastinya kelengkapan ini memudahkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika!

Kesimpulannya, Artera adalah produk mainan yang dapat mengasah kemahiran berfikir 
aras tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Keberkesanan produk Artera dapat 
meningkatkan kredibiliti Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan lahirnya ramai 
arkitek dan jurutera cilik yang hebat dan kreatif dalam pembelajaran yang menyeronokkan!


Disediakan oleh,



Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.

Wednesday, 31 January 2018

ARTERA buat rumah saya bersepah hingga tak nampak lantai rumah!- Asyraf Azeman

BERSEPAH!

Begitulah respons yang diterima daripada Puan Lisa, salah seorang penjaga kanak-kanak tadika.

 “Sejak tadika mengikuti program ARTERAToys learning system ini. Habis dilambakkan ARTERA itu di tengah-tengah ruang tamu. Sudah begitu, tidak pernah lagi saya nampak anak ini buat kerja sekolah. Apa yang dibekalkan dari tadika, suruh bina macam-macam model, rumah lah lori lah. Sudah tidak jadi orang anak saya ni. Dengan ayahnya sekali duduk jemaah bercinta dengan ARTERA”..
                                               
Mengapa jadi begitu?
Sayalah Mr.Artera

§  Ya memang ARTERA ialah program pembelajaran melalui bermain. Ini kerana ARTERA meraikan lumrah kanak-kanak iaitu bermain. Apa juga kerja mereka. Sudah tentu bukan bermesyuarat membincangkan kadar kenaikan sen minyak yang lebih kerap berbanding yang turun.

§  ARTERA mempunyai 124 biji komponen pelbagai warna, bentuk dan saiz. Jadi itu yang membuatkan kanak-kanak bangga dengan kekayaan mereka. Bila dah kaya, lambakkan lah harta. Kira satu-satu, susun cantik-cantik.

§  Berdasarkan buku manual yang dibekalkan di dalam set ARTERA, kanak-kanak boleh membina sehingga 20 model dalam satu-satu masa. Kalau berdasarkan imaginasi kanak-kanak sendiri, bukan setakat rumah dan lori malah istana pun mereka boleh persembahkan.

§  Program ARTERA berintegrasi dengan Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Apa maknanya? ARTERA bukan mainan, tetapi dibina khusus bagi memenuhi keperluan silibus prasekolah. Menjadi seolah-olah buku teks, kanak-kanak diberikan tugasan di rumah menggunakan set ARTERA untuk disiapkan dan akan dibincangkan bersama guru dan rakan di tadika.

§  Bagaikan roti yang boleh dimakan oleh setiap peringkat umur, set ARTERA boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja. Seorang ayah boleh meluangkan masa berkualiti bersama anaknya untuk menyiapkan binaan model ARTERA. Seorang Ketua Kampung pun boleh bermain set ARTERA jika ia adalah seorang ayah kepada kanak-kanak tadika yang menyertai program ini.

Nampak? 

Mahu bercinta lagi seperti suami Puan Lisa? Usah tersenyum sendiri. Mari sertai kami berARTERA di FPPM Kolej UNITI Port Dickson.

“Habis tu, hendak main sahaja? Bila mahu baca buku pula?” kata Puan Lisa bertalu-talu.

 Belum habis lagi rupanya.

 Nanti ya puan. Kami sedang bangunkan ARTERA TODD.

APA TODD?! – Puan Lisa


Thursday, 24 August 2017

TUJUH kebaikan blok mainan Artera kepada perkembangan kanak-kanak-Nur Filzahana bt. Ramlee

Apabila mendengar permainan berkomponen blok binaan, sudah semestinya ibu bapa dapat bayangkan yang mereka perlu mengutip setiap blok binaan yang bersepah setelah anak-anak bermain dan seterusnya menyesal kerana membelikan blok binaan itu untuk anak-anak. Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya permainan seumpama ini membantu dalam merangsang minda dan perkembangan-perkembangan yang lain, bahkan kepada kanak-kanak autisme!


Permainan seperti blok binaan ini dapat membantu anak-anak memberi tumpuan kepada perkara-perkara asas seperti bentuk dan warna. Mari kita tinjau dengan lebih lanjut TUJUH kebaikan dan kelebihan permainan blok binaan terhadap anak-anak kita.


1) Menguji tahap pemikiran kanak-kanak

Permainan lego ini dapat menguji tahap pemikiran kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun. Permainan ini sebenarnya dapat merangsang deria anak-anak dan membantu mengoptimumkan otak anak-anak. Semakin banyak rangsangan yang kanak-kanak dapat, semakin banyak sel neuron yang akan berhubung. Dan, semakin banyak sel neuron anak anda berhubung, semakin otak anak anda berfungsi dengan baik. Hasilnya, anak anda akan lebih pintar!


2) Merangsang kreativiti anak

Blok binaan juga dapat membantu meningkatkan kreativiti anak-anak kerana permainan ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran. Bayangkan dengan hanya menggunakan komponen-komponen yang ada anak-anak anda mampu menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan kita mereka boleh lakukan dapat peringkat umur mereka. Apa sahaja yang terlintas di fikiran anak-anak ini dapat dizahirkan dengan binaan.


3) Meningkatkan pemikiran kognitif

Blok binaan juga dapat membantu dalam memperkembangkan lagi kemahiran kognitif anak-anak. Bagaimana pula blok binaan ini membantu di dalam perkembangan kognitif ini? Ketika bermain, kanak-kanak akan memasang komponen blok binaan dan mencantumkan ia di antara satu sama lain. Ia dapat membantu otak kanan dan otak kiri saling berhubung dan merangsang sel-sel otak untuk mengembangkan kemampuan berfikir


4) Mengajar bersabar 

Ketika kanak-kanak sedang bermain, deria penglihatan, sentuhan, dan pendengaran mereka akan dirangsang. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sedang bermain blok binaan perlu bersabar dalam menyusun kepingan blok tersebut dan mencantumkannya antara satu sama lain untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan kreativiti dan kemahiran mereka, malah juga mengajar kanak-kanak bersikap toleransi dan bersabar secara tidak langsung.


5) Melahirkan perasaan

Tahukah anda bahawa bermain merupakan suatu bentuk kesenian bagi kanak-kanak? Alat permainan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan perasaan mereka. Apabila bermain, kanak-kanak tidak terikat dengan peraturan, dan dengan ini dapat mwujudkan suatu personaliti sihat dan baru. Sekiranya anak-anak bermain blok binaan bersama kawan, ini secara tidak langsung dapat membentuk personaliti untuk bekerjasama dan mengikut peraturan.


6) Koordinasi motor halus


Permainan blok binaan sebenarnya dapat membantu kanak-kanak dalam koordinasi motor halus iaitu kemahiran mata dan tangan. Ketika bermain, mereka akan mencantumkan antara komponen tersebut dengan tepat pada ruangan dan sudut yang betul. Jadi sekali gus ini dapat membantu di dalam kemahiran koordinasi mata dan tangan.


7) Melatih daya ingatan


Permainan ini juga mampu merangsang daya ingatan anak-anak tentang bentuk dan warna yang akan disusun dengan betul. Si manja anda akan mengingati gamabr yang dilihat sebelum mereka mula meyusunnya. Pada ketika ini, kanak-kanak akan sedaya upaya mereka mencantum dan memasang sesuai dengan ingatannya.


Oleh itu, sekiranya anda mencari produk berkomponen blok binaan, maka produk ARTERA merupakan produk yang tepat untuk anak anda. Hantarlah anak anda ke sekolah yang menggunakan produk Artera sebagai alat tambahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja dapat membantu merangsang minda anak, malah membentuk anak-anak anda ke arah menjadi seorang jurutera mahupun arkitek.


Disediakan oleh, 

Nur Filzahana bt. Ramlee, 
Pensyarah, 
Jabatan Pendidikan, 
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI Port Dickson.

4 SEBAB ARTERA PILIHAN TERBAIK SETIAP TADIKA- Asyraf Azeman

Antara perkara utama yang menganggu benak usahawan tadika ialah untung dan rugi serta pendapatan dan kos. Jika kanak-kanak yang belajar di tadika itu ramai, terukir sedikit senyuman manis di bibir pengusaha sesebuah tadika, namun kalau kurang yang datang, pahit dan tawar perlu ditelan jua.

Sama ada pendapatan melebihi perbelanjaan atau pun sebaliknya, ia menjadi kerisauan utama pengusaha tadika. Namun, dengan adanya program Artera yang baru diperkenalkan, ia memberikan impak yang positif terhadap pengurusan kewangan yang perlu ditangani oleh pengusaha tadika. 

 Bagaimana?

Disini, penulis berikan Empat sebab kenapa program Artera pilihan terbaik untuk pengusaha tadika:

Program Artera ini adalah  #pelaburan bijak yang boleh digunakan oleh para pengusaha tadika. Guru memerlukan alat bantuan mengajar yang pelbagai setiap kali pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi beberapa tunjang berlaku di tadika. Demi mencapai objektif pengajaran secara berkesan,guru terpaksa menyediakan bahan bantuan pengajaran  yang menelan kos yang banyak. Tetapi, dengan program Artera, harapan untuk membina dan memiliki pelbagai alat bantuan mengajar itu dapat dicapai hanya dengan sekali kos pemilikan. Ya, sekali kos sahaja! Bijak bukan?


Selain itu, melalui program Artera ini  setiap kanak-kanak yang belajar di tadika perlu memiliki set individu Artera. Jika tidak, mereka tidak dapat mengikuti perjalanan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Artera. Justeru, ini dapat membantu para pengusaha tadika #menjana pendapatan sampingan selain daripada yuran tahunan daripada hasil jual beli set individu Artera pada setiap kanak-kanak di tadika anda.


Hasil binaan model yang menarik berdasarkan tema-tema di dalam KSPK boleh didapati melalui program Artera ini. Setiap model ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk membinanya. Kanak-kanak yang boleh dan dapat serta berjaya membina model-model ini secara tidak langsung akan terdorong untuk membina model-model lain yang ada dalam imaginasi mereka. Keadaan ini hanya boleh diperoleh di tadika-tadika yang turut serta di dalam program Artera.


Kanak-kanak di luar program Artera yang inginkan pengalaman pembelajaran Artera mahu tidak mahu, harus belajar di dalam tadika yang berArtera juga. Inilah peluang rezeki dan #daya penarik tadika buat para pengusaha.


Usah berlengah lagi mencari alasan yang sudah ada jawapan. Mari bersama para pengusaha tadika yang telah berArtera.


Disediakan oleh,


Asyraf bin Azeman,
Pengurus Tadika Bijak Ilmu,
(Juga Pensyarah di Jabatan Pendidikan, FPPM, Kolej UNITI Port Dickson)