Pages

Wednesday 26 July 2017

Tinkle, Tinkle Little Car- Cecilia L. Goodbody



Tinkle, Tinkle Little Car
By Cecilia L. Goodbody

Tinkle, Tinkle little car
How I wonder what you are.

Leaking oil every day
Having it your own way.

Going up hills real slow
I don't want you any more.

Tinkle, Tinkle little car
Boy, what a lemon you are.

On the Ning Nang Nong
by Spike Milligan

On the Ning Nang Nong
Where the Cows go Bong!
and the monkeys all say BOO!
There's a Nong Nang Ning

Where the trees go Ping!
And the tea pots jibber jabber joo.
On the Nong Ning Nang
All the mice go Clang
And you just can't catch 'em when they do!

So its Ning Nang Nong
Cows go Bong!
Nong Nang Ning
Trees go ping
Nong Ning Nang
The mice go Clang

What a noisy place to belong
is the Ning Nang Ning Nang Nong!!





Sunday 23 July 2017

PERLAKSANAAN ARTERA SECARA RASMI DI TADIKA BIJAK ILMU- Nur Akmar Mohd Arif

Kolej UNITI, Port Dickson, 17 JULAI 2017- Satu majlis ringkas penyerahan produk Artera kepada para guru di Tadika Bijak Ilmu (TBI) telah diadakan dengan jayanya sebagai simbolik penggunaan produk Artera secara rasmi di Tadika Bijak Ilmu yang bernaung di bawah Kolej UNITI.

Majlis penyerahan produk Artera yang merupakan satu program baru dari Kolej UNITI ini telah disampaikan oleh CEO SERVCO UNITI, Encik Taufiq Rosidi kepada Puan Norashikin dan Puan Marsella selaku guru di Tadika Bijak Ilmu serta diiringi oleh Pengurus Tadika Bijak Ilmu, En Asyraf Azeman.

Majlis ini turut dihadiri oleh Team UNITI Early Child Care, Cik Nurshaqila Binti Toha dan Cik Nur Filzahhana Binti Ramlee yang juga merupakan pensyarah dari Jabatan Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) Kolej UNITI.


Apa itu Artera?

Artera merupakan satu sistem pembelajaran alat mainan yang paling lengkap untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kreatif di peringkat prasekolah yang dilengkapi dengan rancangan pengajaran, tutorial video dan manual pemasangan bagi memudahkan pengajaran serta pembelajaran merentasi mata pelajaran sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (STREAM).


Tadika Bijak Ilmu telah menjadikan Artera sebagai salah satu program pembelajaran aktif dalam usaha untuk mengasah kemahiran pemikiran aras tinggi dan penyelesaikan masalah. Pembelajaran secara bermain (toys learning system) yang digunapakai ini pastinya dapat menarik minat dan memberi keterujaan kepada kanak-kanak TBI ini selain dapat mencungkil bakat dan kreativiti mereka.


Produk hebat ini dijangka dapat meningkatkan daya pembelajaran dan kreativiti anak-anak di Tadika Bijak Ilmu serta memberi pengalaman yang sangat berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran STREAM yang lebih menyeronokkan dan berkesan.




Disediakan oleh,


Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM),
Kolej UNITI Port Dickson



Galeri Foto:









Sambutan Hari Raya Tadika Bijak Ilmu, Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI- Nur Akmar Mohd Arif

Majlis Sambutan Hari Raya merupakan antara aktiviti tahunan telah diadakan di Tadika Bijak Ilmu dan Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Kolej UNITI seliaan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson pada 7 Julai (bersamaan 13 Syawal 1438H) dan 14 Julai  (bersamaan 20 Syawal 1438 H) lalu. 


Majlis yang diadakan bersempena kedatangan bulan Syawal bukan sahaja untuk menggembirakan kanak-kanak tetapi ia juga merupakan program tahunan yang menggalakkan penyertaan dan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anjuran Tadika dan Taska.


Majlis telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa serta ahli jawatankuasa Tadika dan Taska. Sokongan ibu bapa terhadap aktiviti anjuran Tadika dan Taska ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, para guru serta AJK Tadika dan Taska itu sendiri. 


Peluang berkumpul dalam aktiviti ini juga dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka serta keadaan semasa tempat anak-anak ini membesar dan menimba ilmu dalam persekitaran yang meyakinkan.


Program yang diadakan seperti ini juga memberikan keseronokan dan keterujaan kepada kanak-kanak kerana dapat meraikan hari bahagia bersama guru dan rakan-rakan sambil dapat mengumpul duit raya bersama-sama, ditambah lagi dengan kehadiran ibu bapa yang turut memeriahkan majlis yang dianjurkan. 


Program seperti ini secara tidak langsung juga dapat menambah nilai keberkesanan program-program anjuran Tadika dan Taska dalam usaha untuk membangunkan serta meningkatkan prestasi Tadika dan Taska ini sendiri.



Tuntasnya, program tahunan yang menggalakkan penglibatan ibu bapa seperti ini wajar diadakan di setiap Tadika dan Taska sebagai tanda sokongan ibu bapa terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Tadika dan Taska selain dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin antara ibu bapa serta warga Tadika dan Taska.


Galeri foto:
















Sunday 16 July 2017

Hanya 140 pakar psikologi di Malaysia-Portal Islam dan Melayu


KUALA LUMPUR, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Malaysia hanya mempunyai 140 ahli psikologi klinikal yang berkhidmat di seluruh negara, kata Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, ahli psikologi klinikal penting ketika ini untuk merawat mereka yang terjebak kemurungan atau petanda awal penderitaan mental menggunakan kaedah psikoterapi.

Ini kerana katanya, kecenderungan untuk bunuh diri dalam kalangan remaja yang dikaitkan dengan masalah kesihatan mental perlu ditangani segera.

Tambahan pula ketika ini, nisbah ahli psikiatri kepada jumlah penduduk di Malaysia ialah 1:200,000 (satu doktor merawat 200,000 pesakit mental) jauh lebih rendah daripada 1:10,000 yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jelas beliau lagi, ahli psikologi berbeza dengan pakar psikiatri, sebagai doktor perubatan dan memberikan ubat kepada pesakit yang disahkan menghidap sakit jiwa.

“Selain kekurangan pakar psikologi, negara juga menghadapi kekurangan ahli psikiatri dengan sebanyak 360 pakar psikiatri berdaftar di sektor awam dan swasta di seluruh negara.

“Negara masih kekurangan 3,000 pakar psikiatri untuk mencapai nisbah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam satu kenyataan.

Keperluan kaunselor kian mendesak- Utusan Malaysia

Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang masih hilang hingga kini, dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, telah membuka mata pelbagai pihak bahawa pentingnya keperluan kaunselor bagi memberi perkhidmatan sokongan ke arah kesejahteraan komuniti.


Keprihatinan kerajaan terhadap anggota keluarga mangsa penumpang dan kru pesawat, dengan memberikan khidmat kaunseling bagi menangani trauma, secara tidak langsung telah membawa kesan besar, yang menuntut masyarakat membuat penyesuaian dalam cara berfikir, bertindak, dan membuat keputusan agar ia diuruskan dalam cara terbaik.


Selama ini, ramai tidak menyedari peranan kaunselor, sedangkan saban waktu negara kita bergelut dengan permasalahan masyarakat yang melibatkan aspek-aspek psikologi dan emosi seperti kemurungan, tekanan perasaan, kesedihan, pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah dan gangsterisme.


Permasalahan ini sedikit sebanyak telah mengganggu produktiviti organisasi serta masyarakat.


Mengapakah gejala sosial seperti ini masih terus berleluasa? Adakah kerana kurangnya kesedaran dan rasa tanggungjawab individu serta masyarakat sendiri, atau masyarakat tidak mempercayai kemampuan kaunselor untuk memberi bantuan kepada mereka sekiranya tiada penyelesaian yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga dan saudara terdekat?


Dalam konteks profesion kaunselor itu sendiri, mereka dilihat sebagai model sosial yang baik dan positif, yang memainkan peranan besar dalam menentukan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan yang dihulurkan.


Walaupun diakui bahawa tidak mungkin kaunselor dapat menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi, tetapi sekurang-kurangnya mereka berkeupayaan untuk membantu masyarakat memilih arah serta sumber yang bersesuaian bagi mengubah corak kehidupan.


Ada juga dalam kalangan kita menganggap sesi kaunseling boleh diadakan walaupun hanya di kedai kopi bersama orang yang kita percayai tanpa sebarang kelulusan dalam bidang psikologi.


Hakikatnya, realitinya hanya kaunselor yang berdaftar sahaja mempunyai kelayakan tersebut.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, ketika ditemui dalam Seminar Kaunseling Lembaga Kaunselor 2014 di Institut Sosial Malaysia baru-baru ini berkata, dalam suasana yang penuh dengan cabaran, kaunselor perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang khusus serta berkualiti.


“Hanya dengan cara tersebut, segala permasalahan dalam masyarakat akan dapat ditangani dengan baik dan berkesan. Kecekapan seorang kaunselor dalam mengendalikan profesionnya akan diadili oleh sesetengah individu secara keseluruhan terhadap profesion kaunselor itu sendiri.


“Begitu juga sebaliknya, apabila ketidakcekapan berlaku, maka seluruh profesion kaunselor akan dikaitkan dengan tanggapan negatif dan sudah pasti ia membentuk stereotaip yang tidak menggalakkan.


“Justeru, seluruh profesional dalam bidang ini perlu bersedia dan mencari jalan untuk memperbaiki pencapaian dan keberkesanan kaunseling bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap profesion ini,” ujarnya,


Beliau menambah, setiap kaunselor perlu menerapkan pendekatan kebersamaan (togetherness) dalam urusan penyampaian perkhidmatan.


Ia boleh dicapai melalui kerjasama berpasukan dalam bentuk jaringan kerja yang produktif dan efektif antara pengamal kaunselor dengan pengamal dalam bidang kesihatan mental supaya dapat menangani pelbagai permasalahan yang dihadapi.


Menurutnya, kompetensi dan komitmen yang khusus dalam bidang kaunseling dari pelbagai organisasi dan pertubuhan sukarela, dapat digabungkan untuk memperoleh tenaga holistik dan berkesan dalam usaha membawa transformasi kepada masyarakat.

“Pendekatan ini merupakan cara terbaik untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan peranan kaunselor dalam membantu menangani permasalahan sosial masa kini.

“Ia juga bagi meningkatkan ketrampilan kaunselor dalam menyampaikan perkhidmatan kaunseling yang bersesuaian dengan konteks semasa di Malaysia,” katanya,

Menurut Rohani lagi, permasalahan lain seperti masalah perkahwinan, rumah tangga, hubungan suami isteri hinggalah kepada permasalahan dalam dunia pekerjaan meliputi masalah komunikasi di pejabat, motivasi pekerja, serta gangguan emosi, memerlukan khidmat mereka untuk memulihkan anggota masyarakat.

Bukan sahaja di sekolah dan hospital, malah khidmat mereka mendapat tempat dalam kebanyakan organisasi sebagai salah satu keperluan utama dalam melengkapkan penyaluran perkhidmatan kepada kumpulan sasar masing-masing.

Dalam pada itu, statistik sehingga akhir Julai tahun ini, hanya 5,445 orang kaunselor telah didaftarkan di bawah Akta Kaunselor 1998.


Lebih membimbangkan bilangan kaunselor tersebut dilihat tidak mampu menampung kes-kes yang berlaku dengan nisbah 700 penduduk bagi seorang kaunselor.


Taburan penempatan kaunselor berdaftar juga berlaku ketidakseimbangan sangat ketara kerana hampir 92 peratus daripadanya tertumpu kepada perkhidmatan awam dan sekolah, serta selebihnya dalam sektor swasta serta badan bukan kerajaan(NGO).


Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan kaunselor semakin diperlukan tetapi kerajaan masih mengawal dan memantau perkhidmatan itu supaya ianya dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar sahaja agar masyarakat tidak dimudaratkan dengan perkhidmatan kaunseling bukan profesional.


Dengan adanya, Lembaga Kaunselor Malaysia diharap berperanan sebagai pemangkin ke arah membantu kerajaan dalam usaha memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik dan seterusnya melahirkan masyarakat yang sejahtera.



Oleh NURSYAMIMI SAIDI nursyamimi.saidi@utusan.com.my
11 November 2014 12:39 PM


Thursday 13 July 2017

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH ISLAM KOLEJ UNITI PORT DICKSON PILIHAN TERBAIK ANDA!

Gambar ihsan: Imej Google
Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah merupakan sebuah program baru di bawah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej  UNITI Port Dickson, Negeri Sembilan. Pembangunan program ini merupakan satu tindakan proaktif pihak Kolej bagi memenuhi keperluan masa depan dalam pendidikan Negara.


Bagi sekolah Kerajaan, subjek pendidikan Islam mula dimasukkan dalam jadual murid sekolah rendah pada tahun 1961 dengan kadar 2 jam seminggu.Falsafah disebalik penawaran subjek pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lebih kepada membentuk peribadi murid agar terbangun segala potensi dirinya dengan menjadikan Islam sebagai satu gaya hidup.


Kita juga boleh lihat akhir-akhir ini permintaan ibubapa untuk memasukkan anak ke sekolah aliran agama semakin meningkat. Maka, boleh dilihat kemunculan Sekolah-sekolah Rendah Islam Swasta (SRIS). Menurut data sehingga 30 Jun 2012, terdapat 32 buah sekolah swasta berdaftar sepertimana rekod yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Swasta , Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun begitu, pengkaji mengatakan jumlah sekolah tersebut lebih banyak berbanding data tersebut terutama apabila dilihat di bandar-bandar besar. ( Asmawati  Suhid, Abd. Muhsin Ahmad, Syaza Mohd Sabri, Azreen Efendy Mohamad, 2015).


Berikut merupakan statistik sekolah-sekolah agama di Malaysia yang dilaporkan dalam laman web SIMPENI, Jakim.  
SEKOLAH AGAMA
Bilangan Sekolah Agama
Peringkat
Bilangan Sekolah
Tadika
1058
Rendah
1579
Menengah
347
Rendah & Menengah
199
Tahfiz
666
Kolej
9
Pondok/Madrasah
175
JUMLAH
4033


Selain itu, sekolah-sekolah rendah Islam swasta seperti SERI dan Al-Amin merupakan dua buah sekolah yang dikelolakan oleh pertubuhan Islam yang agak terkemuka di Malaysia. Malah pencapaian anak muridnya juga tidak mengecewakan mendorong ibu bapa untuk menjadikan ia sebagai alternatif kepada sekolah harian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kelebihan DPISR Kolej UNITI ialah pelajar didedahkan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dan aktif yang khusus untuk kanak-kanak sekolah rendah Islam. Malah, pelajar didedahkan pelbagai program khas lain sebagai nilai tambah pelajar sepanjang belajar di Kolej ini antaranya teknik bacaan Al-Qur’an  melalui kaedah Al-Barqy dan Teknik Mengajar Bahasa Arab Sekolah Rendah.


Paling menarik, pelajar DPISR akan didedahkan dengan ilmu keusahawanan agar pelajar bukan lagi terikat dengan kerjaya makan gaji semata-mata, tetapi juga menjadi pencipta kerjaya kepada orang lain. Inilah keunikan DPISR Kolej UNITI yang tidak mungkin ditawarkan oleh ipts lain.


Syarat kemasukan yang minima dengan tiga kredit dalam Sijil Mata Pelajaran Malaysia tidak menjadikan anda pelajar second class. Kolej UNITI Port Dickson merupakan pilihan terbaik kerana ia merupakan intitusi pendidikan tinggi swasta yang komited membangunkan potensi pelajar dalam apa jua bidang yang dipilih agar mencapai kecemerlangan dunia akhirat.

Apa lagi, jom daftar DPISR hari ini juga!




Disediakan oleh,

Puan Faridah Mohd Tap,
Unit Media,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson, Negeri Sembilan.