Pages

Wednesday 29 January 2014

SAMBUTAN HANGAT SIRI 1 PROGRAM DIALOG (AL-HIWAR): HAK ASASI MANUSIA; SEJAUHMANA BATASANNYA.

Port Dickson, 29 Januari- Siri pertama program dialog bulanan (Al-Hiwar) anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) dengan kerjasama Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) mendapat sambutan hangat apabila hampir 500 orang pelajar pelbagai program diploma yang mendaftar subjek Pengajian Malaysia menyertainya di Dewan Za’aba Kolej UNITI pagi ini.



            Siri pertama itu telah mengupas isu semasa berkaitan hak asasi yang secara khususnya mengetengahkan tuntutan COMANGO yang mencabar asas-asas perlembagaan, kenegaraan dan Islam.


Panel jemputan ialah Ustaz Salman Al- Farisi bin Selamat Al-Hafiz, wakil pejabat pusat Ikatan Muslimin Malaysia juga pemberi tazkirah Jumaat di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah dipengerusikan oleh Encik Badrul Hisham Ithnin (cikgu Bad), selaku pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Umum.


Dialog yang berlangsung hampir dua jam telah menyentuh beberapa tuntutan COMANGO seperti Kebebasan Agama, hak asasi untuk golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender), Syiah, kontrak sosial di Malaysia, pemansuhan enakmen syariah berkaitan jenayah dalam Islam dan lain-lain.

 
Beberapa soalan juga telah dikemukakan oleh pelajar kepada panel berkaitan isu termasuklah implikasi tuntutan COMANGO kepada negara jika Kerajaan Malaysia tunduk kepada desakan mereka.



Di akhir  dialog, Encik Zakri Mohd Zain selaku dekan FPPM telah menyerahkan petisyen menolak COMANGO yang berjaya mengumpulkan hampir 500 tandatangan pelajar Kolej UNITI kepada panel penceramah bagi menjayakan Kempen Selamatkan Ummah: Ancaman Tuntutan COMANGO Pengkhianat Negara untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai pernyataan bantahan Kolej UNITI kepada tuntutan mereka. 




Thursday 23 January 2014

SEMUA DIJEMPUT HADIR