Showing posts with label Taska Cahaya Tasneem. Show all posts
Showing posts with label Taska Cahaya Tasneem. Show all posts
Monday, 9 April 2018
Wednesday, 14 February 2018
Lima (5) Hikmah Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti Tadika Dan Taska- Nur Akmar Mohd Arif
Penglibatan boleh ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu membantu antara dua pihak atau
beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak
dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta membantu
kejayaannya.
![]() |
| Ibubapa turut serta lawatan sambil belajar Taska Cahaya Tasnee di Pusat Ikan Hiasan |
Jom
ikuti lima hikmah penglibatan ibu bapa dalam aktiviti tadika dan taska:
- Kegembiraan kepada kanak-kanak
Pastinya kanak-kanak akan berasa
gembira akan kehadiran dan penglibatan ibu bapa dalam apa sahaja aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak tadika dan taska. Kanak-kanak akan rasa dihargai dan
selamat sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti tadika/taska kerana
kehadiran orang yang mereka percaya dan sayangi
di sisi mereka selain guru. Menurut Harlow & Zimmmerman, kanak-kanak
memerlukan sentuhan dan perdampingan orang dewasa. Jadi, kehadiran ibu bapa
dalam aktiviti tadika/taska dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri
mereka untuk meneroka dalam persekitaran yang selamat.
- Mengeratkan hubungan ibu bapa,
guru dan kanak-kanak
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
tadika/taska pastinya dapat mengeratkan hubungan kekeluaragaan antara ibu bapa,
anak-anak dan guru. Secara tidak langsung, program yang dianjurkan oleh pihak
tadika/taska memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui dan memahami perkembangan
anak mereka di tadika/taska selain dapat beramah mesra dan mengenali pendidik
anak mereka dengan lebih rapat. Melalui program tadika, ibu bapa dapat melihat
sendiri pergaulan anak mereka dengan rakan sebaya dan serta menilai kualiti
pengurusan pihak tadika/taska terhadap keperluan kanak-kanak sepanjang aktiviti
dijalankan.
- Menambah pengetahuan dan
kemahiran
Penglibatan ibu bapa secara tidak
langsung memberi peluang ibu bapa dan guru saling berbincang dan berkongsi
pendapat mengenai perkembangan anak-anak di tadika dan taska. Ibu bapa dan guru
boleh bertukar pandangan yang membina bagi membantu dalam meningkatkan pencapaian
kanak-kanak dan seterusnya penambahbaikan kualiti pengurusan tadika/taska.
- Mempromosi tadika/taska
Program yang dijalankan oleh pihak
tadika secara tidak langsung dapat menarik perhatian masyarakat apabila
dihebahkan di laman sosial baik melalui media cetak, media elektronik atau pun
‘mouth to mouth’ melalui peranan ibu bapa Sokongan dan kehadiran ibu bapa
terhadap program yang dianjurkan juga dapat memberi pengaruh besar dan daya
tarikan kepada pihak luar untuk mengetahui latar belakang tadika/taska serta
secara tidak langsung merupakan strategi dalam mempromosikan tadika/taska
tersebut.
- Motivasi kepada staf tadika/taska
Sokongan ibu bapa dalam aktiviti
tadika/taska dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan guru
terhadap terhadap ibu bapa serta pembangunan tadika/taska itu sendiri. Guru
akan lebih bermotivasi dan seronok dalam mengendalikan kanak-kanak sepanjang
berlangsungnya program, juga lebih berkreativiti dalam mengadakan program yang
lebih menarik di masa akan datang!
Disediakan oleh,
Cik Nur Akmar binti Mohd Arif,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.
Monday, 11 December 2017
Anak-Anak Taska Cahaya Tasneem Sertai Program Latihan Kebakaran Kolej UNITI Port Dickson
21 November 2017 – Satu program Latihan
Kebakaran anjuran Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI telah diadakan bertempat di
Dewan Za’ba, UNITI Village. Program yang melibatkan penyertaan semua staf dan
pelajar Kolej UNITI ini turut disertai oleh guru dan anak-anak Taska Cahaya
Tasneem Kolej UNITI Port Dickson.
Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada warga Kolej UNITI Port Dickson tentang tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kebakaran, mulai dari saat penggera kebakaran berbunyi serta kedah memadamkan api dengan bimbingan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Menariknya, anak-anak TCT turut hadir bersama dalam program latihan ini, malah sangat seronok dapat berkumpul dan mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Anak-anak kecil ini juga boleh dan bersedia mengikut arahan guru untuk keluar melalui pintu kecemasan dengan bimbingan guru apabila penggera kebakaran dibunyikan.
Aktiviti demonstrasi memadam api juga menarik perhatian kanak-kanak yang terlibat. Selain dapat melihat demonstrasi cara memadamkan api oleh pihak Jabatan Bomba, si cilik ini juga berpeluang melihat guru mereka mensimulasikan kaedah memadam api. Pastinya tepukan gemuruh dan sorakan kecil anak-anak TCT memecah keheningan meraikan kejayaan guru mereka dapat memadam api kebakaran.
Selain itu, anak-anak TCT diberi peluang juga untuk menaiki lori bomba dan bergambar kenangan bersama. Sekembalinya dari program ini, keterujaan anak-anak kecil ini sangat terserlah apabila mereka petah berbicara tentang keseronokan menyertai program Latihan Kebakaran ini. Pastinya pengalaman selama satu jam bersama pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat dalam latihan kebakaran ini meninggalkan satu pengalaman pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna pada anak-anak TCT.
Galeri Foto:
Disediakan
Oleh,
Nur
Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan
Pendidikan,
Fakulti
Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
Friday, 27 October 2017
Tips Keselamatan Semasa Aktiviti Main Air @ Berenang- Nur Akmar Mohd Arif
Aktiviti
main air atau berenang merupakan antara aktiviti yang menjadi kesukaan
kanak-kanak baik di Taska mahupun di Tadika. Aktiviti ini dapat memberi
kegembiraan dan keseronokan kepada kanak-kanak kerana air bersifat terapuitik yang
menjadi terapi menghilangkan tekanan serta kebosanan dalam kalangan
kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, kemalangan atau kecelakaan boleh berlaku di
tempat main air jika aspek keselamatan tidak dititikberatkan sepanjang aktviti tersebut dijalankan. Maka, setiap pendidik di Taska mahupun Tadika perlu
membuat persediaan senarai semak keselamatan semasa aktiviti main air
dijalankan bagi memastikan kanak-kanak beraktiviti dalam persekitaran fizikal
dan emosi yang selamat.
Berikut ialah tiga tips keselamatan semasa aktiviti main air dijalankan di Taska/Tadika yang perlu diberi lebih perhatian:
- Pastikan air bersih
Guru perlu memastikan air yang
digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak keruh, dijauhi daripada
najis binatang, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air
juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran
jejentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
- Pakaian yang sesuai
Guru perlu memastikan pakaian mandi
yang sesuai dan selesa dipakai oleh kanak-kanak semasa main air. Jauhi pakaian
yang boleh menyekat pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti main air bagi
mengelak risiko kemalangan.
- Peralatan main air yang selamat
Peralatan main air yang digunakan
perlulah bersih, tahan lama, tidak berkarat, tidak tajam dan tidak mudah rosak
seperti pelampung, google, gayung dan
apa sahaja yang boleh digunakan, disesuaikan dan dimanfaatkan dalam aktiviti
main air. Ini bagi memastikan kanak-kanak dapat meneroka segala bahan dan
peralatan main air yang selamat dalam persekitaran yang selamat.
- Kedalaman air yang cetek
Kedalaman air yang digunakan untuk
aktiviti main air perlulah cetek dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Ingat! Membiarkan kanak-kanak mandi di kolam renang yang mempunyai kedalaman air
yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan risiko lemas. Air walaupun pada kadar
2.5cm boleh menyebabkan risiko lemas!
- Pemantauan guru
Guru
bertanggungjawab memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan
sebaya tanpa pemantauan guru kerana ‘malang tidak berbau’. Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan
yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke
kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak
kemalangan yang tidak diingini.
Kesimpulannya,
tips keselamatan semasa bermain air perlu diambil berat oleh guru bagi
memastikan kanak-kanak dapat meneroka aktiviti bermain air dalam persekitaran
yang selamat dan meyakinkan!
Galeri Foto:
Disediakan
Oleh,
Nur
Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan
Pendidikan,
Fakulti
Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej
UNITI Port Dickson.
Tuesday, 22 August 2017
6 Aktiviti Tingkatkan Semangat Patriotik Kanak-Kanak Sempena Bulan Kemerdekaan!- Nur Akmar Mohd Arif
Wahhhh Bulan Ogos datang lagi!
Bulan Ogos juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan kerana negara kita saban tahun meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Jom kita lakukan enam aktiviti menarik untuk kanak-kanak di tadika bagi meningkatkan keterujaan dan semangat patriotik dalam diri mereka. Ayuh serlahkan jiwa kemerdekaan si cilik dengan aktiviti yang bermakna sepanjang Bulan Ogos ini!
Pertama, aktiviti melukis dan mewarnakan bendera Malaysia. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak boleh mengenali warna-warna yang terdapat di Bendera Malaysia iaitu kuning, biru, putih dan merah. Sama ada menggunakan pensil warna, crayon atau warna air, kanak-kanak memang suka mewarna! Serlahkan bakat mereka dengan mewarnakan bendera Malaysia di kain rentang untuk sedia dikibarkan dengan bimbingan guru.
Kedua, aktiviti menyanyikan lagu Negaraku. Kanak-kanak perlu diajar berdiri tegak sebagai tanda hormat sepanjang berkumandangnya lagu Negaraku. Si cilik yang berdiri tegak sambil menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat pastinya menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Ketiga, aktiviti menonton filem-filem bersejarah bersama guru juga boleh dilaksanakan di tadika seperti cerita Leftenan Adnan Dan Bukit Kepong. Aktiviti seperti ini boleh membangkitkan semangat patriotik dan sayangkan negara dalam kalangan kanak-kanak ini. Mesej daripada filem yang ditonton ini perlulah disampaikan oleh guru secara santai dan mudah difahami oleh kanak-kanak cilik ini.
Keempat, aktiviti bercerita juga boleh dijalankan di tadika sama ada menggunakan video, surat khabar atau big book. Guru boleh bercerita tentang Hari Kemerdekaan, Tokoh Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia, Bendera Malaysia dan lain-lain lagi. Guru juga boleh bercerita tentang Bunga Kebangsaan iaitu bunga raya.
Kelima, kanak-kanak boleh dilibatkan dengan perarakan kemerdekaan dengan bimbingan guru. Berarak dengan memakai baju kebangsaan sambil mengibarkan bendera Malaysia dapat meningkatkan semangat patriotik dan perasaan cintakan Negara. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak juga didedahkan dalam persekitaran sosial yang sihat dan harmoni.
Keenam, pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan sajak kemerdekaan pastinya meningkatkan keterujaan kanak-kanak. Selain menambah kosa kata dan meningkatkan perbendaharaan kata, aktiviti pertandingan seperti ini juga dapat membangkitkan perkembangan emosi yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
Ayuh! Kobarkan semangat patriotik dan sayangkan negara pada si cilik melalui perancangan aktiviti yang menarik lagi bermakna di tadika.
Disediakan oleh,
Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah (Jabatan Pendidikan),
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
Bulan Ogos juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan kerana negara kita saban tahun meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Jom kita lakukan enam aktiviti menarik untuk kanak-kanak di tadika bagi meningkatkan keterujaan dan semangat patriotik dalam diri mereka. Ayuh serlahkan jiwa kemerdekaan si cilik dengan aktiviti yang bermakna sepanjang Bulan Ogos ini!
![]() |
| Ihsan imej: google |
Kedua, aktiviti menyanyikan lagu Negaraku. Kanak-kanak perlu diajar berdiri tegak sebagai tanda hormat sepanjang berkumandangnya lagu Negaraku. Si cilik yang berdiri tegak sambil menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat pastinya menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Ketiga, aktiviti menonton filem-filem bersejarah bersama guru juga boleh dilaksanakan di tadika seperti cerita Leftenan Adnan Dan Bukit Kepong. Aktiviti seperti ini boleh membangkitkan semangat patriotik dan sayangkan negara dalam kalangan kanak-kanak ini. Mesej daripada filem yang ditonton ini perlulah disampaikan oleh guru secara santai dan mudah difahami oleh kanak-kanak cilik ini.
Keempat, aktiviti bercerita juga boleh dijalankan di tadika sama ada menggunakan video, surat khabar atau big book. Guru boleh bercerita tentang Hari Kemerdekaan, Tokoh Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia, Bendera Malaysia dan lain-lain lagi. Guru juga boleh bercerita tentang Bunga Kebangsaan iaitu bunga raya.
Kelima, kanak-kanak boleh dilibatkan dengan perarakan kemerdekaan dengan bimbingan guru. Berarak dengan memakai baju kebangsaan sambil mengibarkan bendera Malaysia dapat meningkatkan semangat patriotik dan perasaan cintakan Negara. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak juga didedahkan dalam persekitaran sosial yang sihat dan harmoni.
Keenam, pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan sajak kemerdekaan pastinya meningkatkan keterujaan kanak-kanak. Selain menambah kosa kata dan meningkatkan perbendaharaan kata, aktiviti pertandingan seperti ini juga dapat membangkitkan perkembangan emosi yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
Ayuh! Kobarkan semangat patriotik dan sayangkan negara pada si cilik melalui perancangan aktiviti yang menarik lagi bermakna di tadika.
Disediakan oleh,
Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah (Jabatan Pendidikan),
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
Sunday, 23 July 2017
Sambutan Hari Raya Tadika Bijak Ilmu, Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI- Nur Akmar Mohd Arif
Majlis Sambutan Hari Raya
merupakan antara aktiviti tahunan telah diadakan di Tadika Bijak Ilmu dan
Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Kolej UNITI seliaan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson pada 7 Julai (bersamaan 13 Syawal 1438H) dan 14 Julai (bersamaan 20 Syawal 1438 H) lalu.
Majlis yang diadakan bersempena kedatangan bulan Syawal bukan
sahaja untuk menggembirakan kanak-kanak tetapi ia juga merupakan program
tahunan yang menggalakkan penyertaan dan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
anjuran Tadika dan Taska.
Majlis telah mendapat
sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa serta ahli jawatankuasa Tadika dan Taska. Sokongan ibu bapa terhadap aktiviti anjuran Tadika dan Taska
ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, para guru
serta AJK Tadika dan Taska itu sendiri.
Peluang berkumpul dalam aktiviti ini
juga dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengetahui perkembangan
anak-anak mereka serta keadaan semasa tempat anak-anak ini membesar dan menimba
ilmu dalam persekitaran yang meyakinkan.
Program yang diadakan
seperti ini juga memberikan keseronokan dan keterujaan kepada kanak-kanak
kerana dapat meraikan hari bahagia bersama guru dan rakan-rakan sambil dapat
mengumpul duit raya bersama-sama, ditambah lagi dengan kehadiran ibu bapa yang
turut memeriahkan majlis yang dianjurkan.
Program seperti ini secara tidak
langsung juga dapat menambah nilai keberkesanan program-program anjuran Tadika
dan Taska dalam usaha untuk membangunkan serta meningkatkan prestasi Tadika dan
Taska ini sendiri.
Tuntasnya, program tahunan
yang menggalakkan penglibatan ibu bapa seperti ini wajar diadakan di setiap
Tadika dan Taska sebagai tanda sokongan ibu bapa terhadap aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak Tadika dan Taska selain dapat mengeratkan lagi ukhuwah
yang terjalin antara ibu bapa serta warga Tadika dan Taska.
Galeri foto:
Tuesday, 4 October 2016
Lima Ciri-Ciri Pusat Penjagaan Anak-anak Berkualiti- Hidayah Binti Tokiman
Dewasa ini di dada akhbar sering memaparkan pelbagai isu berkaitan tentang pusat penjagaan. Kebimbangan para ibu bapa memuncak apabila terdapatnya pusat penjagaan yang mengambil sambil lewa malahan tidak mementingkan kualiti penjagaan sehingga membawa kemalangan, kecederaan malahan kematian. Perkara ini lebih menyentuh emosi apabila pihak pusat penjagaan seakan tidak mahu bertanggungjawab dan 'lepas tangan' apabila sesuatu perkara buruk terjadi kepada anak-anak di pusat jagaannya.
Terdapat lima ciri-ciri pusat penjagaan yang boleh dijadikan sebagai garis panduan para ibu bapa dalam memilih pusat penjagaan yang berkualiti:
1. Penjagaan kebersihan perkakas atau perlatan yang digunakan seperti tidak mencampurkan dan perlu diasingkan misalnya penggunaan botol susu, bekas makanan, pakaian juga alatan permainan dibasuh dan dibersihkan mengikut keperluan. Ini dapat menghindarkan kanak-kanak dari jangkitan penyakit.
2. Faktor keselamatan termasuklah keselamatan premis di dalam dan luar bangunan. Keselamatan juga merujuk kepada memenuhi keperluan asas kanak-kanak. Selain itu, keselamatan perlu dengan menyediakan persekitaran fizikal yang membantu dalam proses perkembangan kanak-kanak, ruang yang ceria dan menyeronokkan selain mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
3. Mempunyai jadual dan mampu menyediakan aktiviti yang melibatkan rutin harian. Pusat penjagaan yang berkualiti akan menyediakan aktiviti yang mampu mendidik kanak-kanak untuk berdikari sesuai mengikut umur mereka. Ini sebagai persediaan mereka di masa akan datang.
4. Adanya penglibatan aktif ibu bapa dan ini bergantung kepada ibu bapa. Sekiranya hasil dari pemerhatian mendapati anak-anak berkembang dengan sepenuhnya, maka ibu bapa telah berhasil mendapat pusat penjagaan yang berkualiti. Perkembangan anak yang positif juga banyak dibantu oleh kehadiran kakitangan pusat penjagaan yang berkelayakan dan berpengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak. Ini akan meningkatkan lagi kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat penjagaan tersebut.
5. Menyediakan kemudahan atau perkhidmatan lain yang mampu ditawarkan seperti perkhidmatan penjagaan lebih masa, penjagaan di Sabtu Ahad, pakej bayaran yang jelas, pelbagai kemudahan lain seperti kamera litar tertutup, kelas membaca Al-Quran juga program-program pendidikan luar. Ini akan meningkatkan lagi potensi kanak-kanak di tahap maksimum.
Demikian, jelaslah bahawa pemilihan pusat penjagaan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada ibu bapa. Tawaran diberikan, ibu bapa berhak memilih yang terbaik untuk anak mereka.
Disediakan oleh,
Hidayah Binti Tokiman,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson
Terdapat lima ciri-ciri pusat penjagaan yang boleh dijadikan sebagai garis panduan para ibu bapa dalam memilih pusat penjagaan yang berkualiti:
1. Penjagaan kebersihan perkakas atau perlatan yang digunakan seperti tidak mencampurkan dan perlu diasingkan misalnya penggunaan botol susu, bekas makanan, pakaian juga alatan permainan dibasuh dan dibersihkan mengikut keperluan. Ini dapat menghindarkan kanak-kanak dari jangkitan penyakit.
2. Faktor keselamatan termasuklah keselamatan premis di dalam dan luar bangunan. Keselamatan juga merujuk kepada memenuhi keperluan asas kanak-kanak. Selain itu, keselamatan perlu dengan menyediakan persekitaran fizikal yang membantu dalam proses perkembangan kanak-kanak, ruang yang ceria dan menyeronokkan selain mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
![]() |
| Kanak-kanak di pusat jagaan Taska Cahaya Tasneem Kolej UNITI |
4. Adanya penglibatan aktif ibu bapa dan ini bergantung kepada ibu bapa. Sekiranya hasil dari pemerhatian mendapati anak-anak berkembang dengan sepenuhnya, maka ibu bapa telah berhasil mendapat pusat penjagaan yang berkualiti. Perkembangan anak yang positif juga banyak dibantu oleh kehadiran kakitangan pusat penjagaan yang berkelayakan dan berpengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak. Ini akan meningkatkan lagi kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat penjagaan tersebut.
5. Menyediakan kemudahan atau perkhidmatan lain yang mampu ditawarkan seperti perkhidmatan penjagaan lebih masa, penjagaan di Sabtu Ahad, pakej bayaran yang jelas, pelbagai kemudahan lain seperti kamera litar tertutup, kelas membaca Al-Quran juga program-program pendidikan luar. Ini akan meningkatkan lagi potensi kanak-kanak di tahap maksimum.
Demikian, jelaslah bahawa pemilihan pusat penjagaan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada ibu bapa. Tawaran diberikan, ibu bapa berhak memilih yang terbaik untuk anak mereka.
Disediakan oleh,
Hidayah Binti Tokiman,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson
Monday, 29 August 2016
Merangsang Anak Bercakap, Kesan dan Tindakan- Hidayah Tokiman
Dewasa ini kegusaran ibu bapa terhadap
anak yang masih belum boleh bertutur dengan baik atau anak lambat bercakap amat
membimbangkan hingga timbul tekanan di kalangan ibu bapa. Kebimbingan ibu bapa
ini banyak dipengaruhi oleh cerita-cerita negatif yang akhirnya memberi tekanan
secara tidak langsung kepada perkembangan anak mereka sendiri tanpa mereka
sedari.
Bagi ibu bapa yang
berkemampuan, mereka mempunyai pelbagai pilihan yang lebih meyakinkan misalnya
merujuk anak ke pakar-pakar yang lebih khusus di klinik atau hospital swasta.
Kebimbangan ini amat dirasai oleh ibu bapa yang mempunyai pendapatan sederhana
mahupun golongan tidak mampu dari segi ekonomi keluarga. Tambahan lagi ianya
akan terkesan kepada ibu bapa yang tiada atau kurang dalam pengetahuan
pendidikan perkembangan anak-anak. Oleh demikian, ini akan membawa kepada
ketinggalan perkembangan berbahasa kanak-kanak dan jika kanak-kanak mampu
bercakap di lewat usia 6 ke 7 tahun, maka akan berlakunya krisis keyakinan diri
kanak-kanak di peringkat perkembangan yang seterusnya.
Justeru, penulis
berpendapat, terdapat tiga cara bagi merangsang anak untuk bercakap. Pertama
adalah langkah paling mudah yang mampu dikuasai oleh semua ibu bapa iaitu ajak
anak untuk berbual. Teknik berbual atau bercerita ini boleh dipraktikkan sejak
anak di dalam kandungan lagi seterusnya apabila anak lahir. Kekerapan ibu bapa
untuk berbual dan melapangkan masa untuk anak-anak secara tidak langsung
memberi kesan positif bukan sahaja dari perkembangan bahasa anak-anak malahan
dapat merangsang emosi positif anak-anak. Kanak-kanak akan rasa dihargai dan
diberi perhatian. Ketika ibu bapa berbual bersama anak, anak-anak akan melalui
proses peniruan. Di dalam proses peniruan akan ada proses pengulangan, ketika
inilah anak akan mengumpul perbendaharaan kata.
Langkah kedua adalah ajar
anak-anak menggunakan perkataan positif. Langkah ini dapat dibentuk ketika
proses berbual atau bercerita bersama anak tadi. Ibu bapa boleh mendorong anak
untuk bercakap dengan bahasa yang mudah dan sopan misalnya ucapkan “terima
kasih mama”, “minta maaf ayah”, “janji tak buat lagi” dan sebagainya. Mungkin
pada mulanya anak-anak agak sukar untuk mengucapkannya tetapi apabila ada
kelaziman, maka ucapan ini akan mudah digunakan dengan tindakan yang selaras
dengan ucapan contohnya meminta maaf sambil bersalaman. Ini membawa kepada
perkembangan nilai-nilai murni dalam diri anak. Disamping pengunaan perkataan
positif, harus ada pemantauan bagi ucapan kata-kata negatif. Ibu bapa adalah
cermin bagi anak, demikian anak akan bertingkah laku dan bertindak mengikut
pantulan cermin itu. Tegak cermin itu, tegaklah pantulan itu dan sebaliknya.
Walaubagaimanapun,
pendedahan di luar kawalan ibu bapa menyebabkan anak-anak mudah meresap dan
meniru pertuturan kata yang tidak sesuai. Perkara pertama wajib dibuat oleh ibu
bapa adalah tegur sejurus perkataan yang tidak sesuai diucapkan. Teguran ini
dibuat bagi menyedarkan anak-anak bahawa ucapan yang digunakan adalah salah dan
tidak sopan. Jika teguran di buat dalam masa yang sesuai, selitkan bersama
nasihat dan nyatakan alasan mengapa tidak boleh menggunakan perkataan yang
tidak sopan. Pastikan ibu bapa menasihati anak dalam keadaan yang waras. Jangan
pula nasihat anak dalam keadaan emosi marah kerana apabila marah tidak mustahil
ibu bapa akan menggunakan kata-kata negatif yang secara tidak langsung akan
menurunkan motivasi anak. Ibu bapa juga perlu melatih diri untuk memberi
nasihat secara berhikmah dan tidak berlebih-lebihan.
Seterusnya, langkah ketiga
bagi merangsang anak untuk bercakap adalah dengan melatih anak untuk
menggunakan sebutan yang betul. Situasi yang selalu kita lihat pada hari ini
ialah ibu bapa pula yang berlebih-lebihan bercakap pelat di hadapan anak-anak.
Ini akan menggalakkan anak-anak untuk meniru dan mengulang percakapan pelat.
Tindakan awal yang dapat ibu b
Ibu bapa berperanan sebagai
model tingkah laku yang terbaik dalam usaha untuk menggalakkan anak bercakap.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tegasnya hanya
kesedaran, kesabaran dan keprihatinan ibu bapa sahaja yang dapat membantu dalam
proses perkembangan anak untuk bercakap dengan lebih lancar.
Disediakan oleh:
Hidayah Binti
Tokiman,
Pensyarah
(Jabatan Pendidikan)
Fakulti
Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
Kolej Uniti
Port Dickson.
Wednesday, 10 August 2016
Pengusaha tadika swasta wajib daftar
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Semua pengusaha institusi pendidikan prasekolah swasta di negara ini wajib mendaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan.
Ketua Penolong Pengarah bahagian itu, Marzita Omar berkata, kegagalan mereka berbuat demikian adalah satu kesalahan.
“Mengikut Akta Pendidikan 1996, semua institusi pendidikan swasta termasuk untuk pendidikan prasekolah hendaklah didaftarkan bagi mengelakkan daripada dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden ECCE, Dr. Azhar Md Adnan.
Marzita berkata, ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti pendidikan prasekolah boleh membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan daerah atau negeri jika mendapati tadika swasta anak mereka itu tidak berdaftar dengan pihak kementerian.
“Jika ibu bapa mahu tadika anak mereka itu diiktiraf oleh kerajaan walaupun dikendalikan oleh pihak swasta, mereka perlu membuat aduan supaya pihak kementerian mengambil tindakan terhadap pengusaha tadika terbabit.
“Ini supaya tadika berkenaan dapat dipantau dan kita dapat mengenalpasti segala kelebihan dan kekurangan tadika tersebut yang menjadi sebahagian dari sistem pendidikan yang penting di negara ini,” katanya.
Menurutnya, sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 31 tadika swasta di negara ini telah diambil tindakan dan dikenakan kompaun oleh kementerian atas pelbagai kesalahan termasuk tidak berdaftar dengan kementerian.
Sementara itu Dr. Azhar berkata, Forum Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 2016 akan diadakan di seluruh negara bermula 26 Mac ini.
Forum julung-julung kali diadakan itu bagi meningkatkan lagi tahap dan kualiti pendidikan prasekolah di negara ini termasuk kesemua pengendali dan guru-guru tadika swasta mesti mempunyai kelayakan dan kelulusan sekurang-kurangnya diploma menjelang tahun 2020.
“Forum turut melibatkan isu-isu aspek pengurusan, perguruan, kualiti program pendidikan, kerjasama antara sekolah dan para ibu bapa serta aspek kualiti keselamatan, kesihatan dan nutrisi yang tinggi.
“Selain bagi mengumpulkan seramai mungkin kesemua pengusaha dan pengendali sekolah-sekolah tadika di negara ini diharapkan dengan adanya siri jelajah forum ini akan memberikan banyak manfaat kepada semua pihak terutama para pelajar itu sendiri,” katanya.
(Sumber: Astro Awani)
Monday, 20 June 2016
BELAJAR SAMBIL BERMAIN DI TASKA CAHAYA TASNEEM KOLEJ UNITI, PORT DICKSON- Nur Akmar Mohd Arif
TASKA
merujuk kepada Taman Asuhan Kanak-kanak yang diperuntukkan sebagai premis untuk
penjagaan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Akta TASKA 1984 (Akta 308) di
bawah Seksyen 2 mendefinisikan TASKA sebagai ‘Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur
empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga
dengan upah’.
TASKA
Cahaya Tasneem Kolej UNITI (TCT KU) telah ditubuhkan pada tahun 2016 dimana telah
beroperasi secara rasmi pada 1 April 2016. TASKA ini dikendalikan di bawah
pengurusan Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI Port
Dickson, di bawah pimpinan Dekan Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
(FPPM), Puan Siti Zaleha Binti Ahmad. FPPM dipertanggungjawabkan untuk
menerajui pengurusan TASKA Cahaya Tasneem Kolej UNITI (TCT KU), dari semua
aspek, sebelum penubuhan sehinggalah tertubuhnya TASKA pada hari ini dengan
sokongan padu daripada pihak pengurusan atasan Kolej UNITI Port Dickson. Penubuhan
TASKA ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kolej UNITI Port Dickson,
En Hamdan Bin Ikram dalam satu ‘Majlis Perasmian dan Doa selamat TASKA Cahaya
Tasneem Kolej UNITI’ yang telah diadakan pada 31 Mac 2016 bagi meraikan
penubuhan TASKA ini selain mendoakan kesejahteraan serta kelangsungan TASKA ini.
OBJEKTIF PENUBUHAN TASKA
TASKA
Cahaya Tasneem Kolej UNITI (TCT KU) ini
telah ditubuhkan untuk menyediakan satu pusat penjagaan, pengasuhan dan
pembelajaran yang berkualiti khusus untuk anak-anak staf Kolej UNITI Port
Dickson yang berumur di bawah 4 tahun. Penubuhan TASKA ini juga adalah atas
inisiatif pihak pengurusan atasan Kolej UNITI Port Dickson untuk memberi
perkhidmatan kebajikan dalam penjagaan anak-anak staf Kolej UNITI Port Dickson pada
kadar yang rendah. Selain itu, penubuhan TASKA ini juga adalah bertujuan untuk
menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan TASKA di Tempat Kerja yang
berkualiti. Kewujudan TASKA ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada
staf Kolej UNITI Port Dickson yang mempunyai anak, seiring dengan keyakinan
mereka kepada pihak Kolej UNITI Port Dickson untuk memberi perkhidmatan kebajikan
yang berkualiti dalam penjagaan anak-anak staf. Ini bertujuan untuk memenuhi
keperluan si kecil yang semakin membesar dalam meransang perkembangan yang
sempurna dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Sehingga
1 Julai 2016, seramai 3 orang anak staf Kolej UNITI yang telah didaftarkan di
TASKA Cahaya Tasneem Kolej UNITI (TCT KU).
Pada peringkat awal penubuhan TASKA ini, Ahli Jawatankuasa TASKA Cahaya
Tasneem Kolej UNITI yang terdiri daripada para pensyarah Diploma Pendidikan
Prasekolah (DPS) dari FPPM telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan
pengasuhan serta sesi pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak di TASKA
ini. Tanggungjawab ini telah dilaksanakan dengan cemerlang dalam memastikan
anak-anak staf yang dihantar ke TASKA ini berasa selesa, seronok dan selamat
sepanjang berada di TASKA ini. Para pensyarah DPS yang terlibat juga telah
memiliki Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (kini disebut sebagai Kursus
PERMATA) yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dalam
menjalankan tanggungjawab pengasuhan ini.
Pada
12 April 2016, Cik Siti Junainah Binti Bahari telah dilantik sebagai guru di
TASKA Cahaya Tasneem Kolej UNIT I(TCT KU). Beliau merupakan bekas pelajar Kolej
UNITI yang mengambil jurusan dalam bidang Diploma Pendidikan Prasekolah. Kewujudan
TASKA ini juga adalah relevan dengan produk Diploma Pendidikan Prasekolah (DPS)
dan Diploma Pendidikan Dan Asuhan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) yang ditawarkan di
bawah Fakulti FPPM. TASKA ini juga akan berfungsi sebagai makmal kajian
perkembangan kanak-kanak, khusus untuk pelajar DPS dan DPAKK dalam memahami perkembangan
dan keperluan dan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Selain itu, kajian
‘Helping Boys And Nurturing Girls’ juga dapat diperkukuhkan dengan kewujudan
TASKA ini dimana aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan fitrah anak lelaki
sebagai pemimpin dan anak perempuan yang sentiasa ingin dibelai.
KONSEP BELAJAR SAMBIL
BERMAIN
Konsep
belajar sambil bermain diterapkan dalam pembelajaran di sini seiring dengan
minat kanak-kanak dan memenuhi naluri mereka yang sentiasa ingin meneroka dan
bermain. Memetik kata pepatah daripada Imam Al Ghazali, ‘If you don’t allow them to play. You will kill their soul’.
Hakikatnya, fitrah anak kecil itu memang dilahirkan dengan naluri ingin
bermain. Jadi, minat kanak-kanak untuk bermain itu perlu dimanipulasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna baik di rumah
mahupun di TASKA.Ini secara tidak langsung dapat menarik minat dan mencungkil
bakat dalam diri kanak-kanak comel ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Aktiviti sahsiah, sosioemosi dan
kerohanian, Aktiviti Awal Matematik Dan Pemikiran Logik, Aktiviti Perkembangan
Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran, Aktiviti Bahasa, Komunikasi Dan Awal
Literasi, Aktiviti Estetika Dan Kreativiti,
Aktiviti Fizikal, ‘Nature Walk’, Membaca dan Main Luar. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan ini dapat meransang perkembangan kanak-kanak seiring dengan
perkembangan umur mereka. Kemahiran motor halus dan motor kasar kanak juga
diasah melalui aktiviti-aktiviti yang menggembirakan dan bermakna di dalam dan
di luar TASKA, sesuai dengan keupayaan dan kebolehan kanak-kanak ini serta
minat kanak-kanak ini yang sentiasa ingin meneroka dan bermain.
INTEGRASI STEM DAN KURIKULUM
PERMATA
Sesi
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di TASKA Cahaya Tasneem Kolej UNITI (TCT
KU) adalah berdasarkan kurikulum PERMATA. Kaedah STEM (Science, Technology,
Engineering & Mathematics) akan diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang diintegrasikan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Melalui
pendidikan STEM, kanak-kanak akan diberi galakan oleh pendidik untuk bertanya
soalan, berkomunikasi dengan pendidik dan rakan-rakan secara aktif. Mereka juga
digalakkan untuk bekerja dalam satu pasukan selain bersama menghargai alam
semulajadi dan mencintai alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan di TASKA ini seperti ‘Nature Walk’ dan aktiviti berkebun.
Model Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Projek
(PIP) paling sesuai dilaksanakan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah empat
tahun ini, mengikut sukatan pelajaran dan tahap kebolehan kanak –kanak ini. Ini
bagi meningkatkan perasaan ingin tahu, seiring dengan minat kanak-kanak yang
ingin meneroka dan mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka. Terdapat empat
fasa dalam ‘Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Projek’ ini iaitu dimulai dengan
Fasa 1: Inkuiri, Fasa 2: Penerokaan, Fasa 3: Reka cipta dan Fasa 4: Refleksi.
Model PIP ini paling sesuai dan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
untuk belajar STEM. Pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna
ini dapat meningkatkan minat kanak-kanak dalam melakukan penerokaan,
bereksperimen dan seterusnya memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna di
TASKA Cahaya Tasneem Kolej UNITI (TCT KU).
Dekan
FPPM, Puan Siti Zaleha Binti Ahmad selaku Penasihat TASKA Cahaya Tasneem Kolej
UNITI (TCT KU) telah hadir ke Persidangan Antarabangsa PERMATA 2016 bertema
'Children Beyond Tomorrow', selama tiga hari pada 31 Mei 2016 sehingga 2 Jun
2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Persidangan ini dihadiri bagi meningkatkan pemahaman terhadap
pembangunan pertumbuhan optimum kanak-kanak serta Integrasi Pedagogi STEM dan
PERMATA Negara dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pengalaman yang
diperoleh dalam Persidangan yang dianjurkan oleh Program PERMATA ini akan
dimanfaatkan dalam memastikan kelangsungan dan kesejahteraan TASKA Cahaya
Tasneem Kolej UNITI (TCT KU) serta memenuhi keperluan dan fitrah
semulajadi kanak-kanak seiring dengan
objektif penubuhan TASKA ini seperti yang diusulkan oleh pihak pengurusan atasan
Kolej UNITI Port Dickson.
Disediakan oleh,
Cik Nur Akmar Mohd Arif,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI,
Port Dickson.
Galeri Foto:










































