PORT
DICKSON, 29 Mei -
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI telah menerima
kunjungan 40 wakil dari Himpunan Pendidik dan Tenaga Kependidikan Anak Usia
Dini (HIMPAUDI) dari wilayah Jawa Timur.
Majlis lawatan itu
bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara Kolej UNITI dan rakan
nusantara Indonesia dalam pendidikan pra sekolah. Selain itu, perkongsian antara
dua pihak juga sekitar usaha-usaha pendidikan kanak-kanak pra sekolah yang
bertujuan mencari ruang dan peluang kerjasama bagi memantapkan lagi bidang ini.
Perkongsian telah
dimulakan oleh Dekan FPPM, Encik Zakri Mohd Zain yang memulakan perkongsian
dengan menekankan kekuatan UNITI yang merupakan antara industri pendidikan terawal
dalam menawarkan Diploma Pra Sekolah di Malaysia dengan 2500 pelajar telah
bergraduat dengan Diploma Pendidikan Pra Sekolah (DPS) di UNITI.
Peluang kerjaya bagi graduan
DPS UNITI terbentang luas sebagai guru di tadika kerajaan (KEMAS) dan tadika
swasta. Malah graduan DPS juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi dengan beberapa universiti tempatan seperti UPSI, UM, UKM, UNIMAS,
UPM dan UNITAR.
“FPPM sendiri giat mengenalpasti
dan mengusahakan peluang-peluang dalam industri keusahawanan kepada
pelajar-pelajar DPS seperti perkhidmatan fasilitator kanak-kanak di Legoland
dan Kidzania, pusat spa bayi, penulis buku kanak-kanak dan usahawan tadika dan
taska.” Terang Encik Zakri.
“Enrolmen pelajar dalam
bidang pra sekolah ini secara puratanya adalah sekitar 450 ke 500 orang bagi
satu-satu pengambilan kerana ia merupakan bidang yang semakin dituntut hari ini.
Ini didorong oleh dasar kerajaan yang mensasarkan guru pra sekolah memiliki
diploma dan 80 peratus akses pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara. Ini
seterusnya merancakkan lagi persaingan dalam dunia pendidikan kanak-kanak.” Tambah
Encik Zakri lagi.
Perkongsian daripada pihak
FPPM juga menyentuh beberapa cabaran dalam menyediakan pendidikan berkualiti
termasuklah keusahawanan dan Helping Boys Nurturing Girls bagi menghadapi
persaingan yang semakin sengit dalam industri pendidikan pra sekolah di
Malaysia.
Manakala, perkongsian
dari HIMPAUDI telah dibentangkan oleh Dr. Siti Fatimah Soenaryo yang merupakan
ketua HIMPAUDI Jatim, Pensyarah PGSO FKIP UMM. Di Indonesia pendidikan awal
kanak-kanak dikenali sebagai Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) yang terbahagi
kepada dua bahagian iaitu penyelengaraan PAUD Jatim Formal dan Non Formal.
Menurut Dr. Siti Fatimah, Indonesia sangat serius dalam PAUD kerana ia terkandung didalam undang-undang negara bangsa. Malah mereka serius dalam strategi meningkatkan pengembangan kecekapan dalam rangka pembinaan karier PTK PAU supaya menjadi professional dan bermanfaat. HIMPAUDI juga berinisiatif dana mandiri iaitu berswadaya dalam aspek kewangan.
Menurut Dr. Siti Fatimah, Indonesia sangat serius dalam PAUD kerana ia terkandung didalam undang-undang negara bangsa. Malah mereka serius dalam strategi meningkatkan pengembangan kecekapan dalam rangka pembinaan karier PTK PAU supaya menjadi professional dan bermanfaat. HIMPAUDI juga berinisiatif dana mandiri iaitu berswadaya dalam aspek kewangan.
Perkongsian antara dua
pihak telah membuahkan hasil yang memberangsangkan untuk kerjasama di masa akan
datang. Keseriusan ini telah dipaparkan dengan pelbagai persoalan dan jawapan
antara pihak FPPM dan HIMPAUDI. Lawatan berakhir dengan sesi pertukaran cendermata, fotografi dan
jamuan.
Dilaporkan oleh,
FARIDAH
MOHD TAP
Pensyarah
Jabatan Pengajian Umum, FPPM, Kolej UNITI.