Cara berpakaian di institusi pendidikan tinggi sememangnya berbeza
ketika berada di alam persekolahan. Jika di sekolah semua pelajar terikat
dengan uniform khas tetapi di IPT, pelajar diberi kebebasan dalam berpakaian.
Pakaian dan style begini tidak sesuai pergi ke kuliah, ok! :) |
Walaupun begitu, kebebasan berpakaian bukanlah lesen untuk pelajar
IPT melanggar etika berpakaian ketika hadir ke kelas atau kuliah. Etika berpakaian
merujuk kepada berpakaian yang bersesuaian dengan majlis, acara dan tempat.
Ketika penulis menuntut di salah sebuah IPT awam dahulu, sebilangan
pelajar-pelajar lelaki gemar hadir ke kelas hanya memakai selipar ‘jepun’ dan
baju tidak berkolar sehingga di tegur sinis oleh pensyarah. Sebilangan pelajar
perempuannya pula, suka mengenakan selendang tipis, berpakaian ketat penuh
warna-warni dan kerlipan serta solekan tebal.
Kini, penulis berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej
swasta di Negeri Sembilan. Penulis juga berhadapan dengan karenah pelajar yang
gagal mematuhi etika berpakaian. Bukan tiada papan besar memaparkan etika
berpakaian yang betul, tetapi para pelajar memandang enteng perkara tersebut.
Etika berpakaian yang betul di kalangan pelajar IPT adalah penting
kerana ia mencerminkan sahsiah individu serta kecemerlangan sesebuah IPT itu.
Kita semestinya sedih apabila melihat cara berpakaian pelajar IPT ke kelas
ibarat mahu berlumba-lumba membuat pertunjukan fesyen. Malah tidak kurang, ada
juga yang kelihatan selekeh sehingga membuatkan kita mengeluh.
Terserlah kewibawaan dan ketrampilan mahasiswa melalui pakaiannya. |
Lebih parah, apabila duit juga habis berbelanja untuk membeli barang
kosmetik dan pakaian berjenama. Apabila diminta untuk membeli buku dengan harga
yang sangat murah, masing-masing mengeluh mengatakan ketiadaan duit. Pelik.
Tetapi inilah realiti yang penulis perlu hadapi. Sehinggakan penulis berfikir,
adakah mereka berhabis duit untuk belajar atau shopping.
Perlu diingatkan kepada pelajar IPT mereka adalah golongan
yang berpendidikan tinggi. Maka penampilan diri terutama aspek berpakaian harus
dipandang penting. Imej sebagai penuntut IPT harus dijaga supaya dapat
Penguatkuasaan undang-undang perlu dijalankan secara konsisten bagi memastikan
pelajar mematuhi etika berpakaian. Begitu juga kerjasama pensyarah. Pensyarah
perlu sedikit tegas dengan cara pemakaian para pelajar ketika menghadiri kelas
atau kuliah ataupun urusan rasmi di pejabat.
Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, kita khuatir ini akan mendatangkan
masalah apabila mereka melangkah keluar dari institusi pengajian, mereka tidak
dapat membezakan pakaian yang sesuai untuk urusan rasmi seperti temuduga.
Terserlah kehebatan pembentangan pelajar kejuruteraan ini melalui pakaiannya. |
Justeru, salah satu aspek penting dalam melahirkan mahasiswa
berketrampilan adalah dengan mendidik mereka mengenai tatacara berpakaian yang
betul sesuai dengan urusan, majlis atau acara rasmi atau tidak rasmi serta
cocok dengan lunas-lunas agama. Penampilan yang kemas dan tidak
berlebih-lebihan memaksimumkan lagi pandangan positif kepada golongan
berpendidikan tinggi ini.
Oleh,
Puan Faridah Mohd Tap
Ketua Jabatan Pengajian Umum, FPPM,
Kolej UNITI, Port Dickson, N9.
0 comments:
Post a Comment