Port Dickson, 29 Januari- Siri pertama program dialog bulanan (Al-Hiwar)
anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)
dengan kerjasama Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) mendapat sambutan
hangat apabila hampir 500 orang pelajar pelbagai program diploma yang mendaftar
subjek Pengajian Malaysia menyertainya di Dewan Za’aba Kolej UNITI pagi ini.
Siri
pertama itu telah mengupas isu semasa berkaitan hak asasi yang secara khususnya
mengetengahkan tuntutan COMANGO yang mencabar asas-asas perlembagaan,
kenegaraan dan Islam.
Panel
jemputan ialah Ustaz Salman Al- Farisi bin Selamat Al-Hafiz, wakil pejabat
pusat Ikatan Muslimin Malaysia juga pemberi tazkirah Jumaat di Masjid Wilayah,
Jalan Duta, Kuala Lumpur telah dipengerusikan oleh Encik Badrul Hisham Ithnin
(cikgu Bad), selaku pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Umum.
Dialog
yang berlangsung hampir dua jam telah menyentuh beberapa tuntutan COMANGO
seperti Kebebasan Agama, hak asasi untuk golongan LGBT (Lesbian, Gay,
Biseksual, Transgender), Syiah, kontrak sosial di Malaysia, pemansuhan enakmen
syariah berkaitan jenayah dalam Islam dan lain-lain.
Beberapa
soalan juga telah dikemukakan oleh pelajar kepada panel berkaitan isu
termasuklah implikasi tuntutan COMANGO kepada negara jika Kerajaan Malaysia
tunduk kepada desakan mereka.
Di
akhir dialog, Encik Zakri Mohd Zain
selaku dekan FPPM telah menyerahkan petisyen menolak COMANGO yang berjaya
mengumpulkan hampir 500 tandatangan pelajar Kolej UNITI kepada panel penceramah
bagi menjayakan Kempen Selamatkan Ummah: Ancaman Tuntutan COMANGO Pengkhianat
Negara untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai pernyataan
bantahan Kolej UNITI kepada tuntutan mereka.
0 comments:
Post a Comment