Di
usia anak tiga hingga empat tahun, ibu bapa sering keletihan melayani
soalan-soalan lantaran rasa ingin tahu si kecil yang meluap-luap. Sebagai ibu
bapa pasti timbul pelbagai rasa; buntu untuk menjawab, rasa mahu marah kerana
kerap didesak soalan oleh si anak atau tetap senyum apabila soalan-soalan yang
di luar jangkauan fikiran orang tua. Walau apa pun jua rasa yang timbul, ibu
bapa harus akui inilah antara proses perkembangan otak anak yang baik. Apabila
anak bertanya, mereka sebenarnya mengambil peranan aktif dalam pembelajaran
sendiri.
Bertanya
merupakan satu bentuk komunikasi. Amat penting bagi ibu bapa untuk menjawab
setiap soalan dari anak dengan sebaik-baiknya, kerana setiap soalan adalah
peluang untuknya berfikir selain jawapan dari ibu bapa dapat menyelesaikan
masalahnya.
Soalan
boleh tercetus sendiri daripada anak misalnya melihat sesuatu objek atau
individu yang menarik minatnya atau soalan juga boleh dicipta oleh ibu bapa. Justeru,
ada empat aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan bersama anak bagi merangsang
pertanyaan si anak dan menunjukkan rasa ingin tahu iaitu;
11) Komunikasi
yang berkesan iaitu dengan memperbanyakkan soalan. Aktiviti ini memerlukan ibu
bapa untuk membangkitkan persoalan agar anak akan mula berfikir dan ingin tahu
lebih lagi dengan bertanyakan pelbagai lagi bentuk soalan.
22) Berikan
anak satu objek atau barangan yang mampu menarik minatnya untuk diterokai
kerana kanak-kanak mempunyai minat semulajadi untuk belajar tentang
perkara-perkara baru.
33) Membaca
buku bersama. Melalui aktiviti membaca ibu bapa boleh berkongsi banyak idea dan
peluang untuk bertanyakan soalan berdasarkan isi kandungan buku yang dibaca.
Pastikan buku yang dibaca sesuai dengan tahap pemahaman anak-anak.
44)Lakukan
aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak berfikir dan aktiviti yang merangsang
banyak soalan ‘bagaimana, apa, kenapa dan lain-lain lagi’. Antara contoh
aktiviti yang memberikan kanak-kanak peluang untuk berfikir dan meneroka lalu
mencetuskan soalan adalah bermain pasir, bermain air, menghasilkan kraf juga
bermain dengan persekitaran.
Disediakan oleh,
Hidayah Binti Tokiman,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment