Permainan seperti blok binaan ini dapat membantu anak-anak memberi tumpuan kepada perkara-perkara asas seperti bentuk dan warna. Mari kita tinjau dengan lebih lanjut TUJUH kebaikan dan kelebihan permainan blok binaan terhadap anak-anak kita.
1) Menguji tahap pemikiran kanak-kanak
Permainan lego ini dapat menguji tahap pemikiran kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun. Permainan ini sebenarnya dapat merangsang deria anak-anak dan membantu mengoptimumkan otak anak-anak. Semakin banyak rangsangan yang kanak-kanak dapat, semakin banyak sel neuron yang akan berhubung. Dan, semakin banyak sel neuron anak anda berhubung, semakin otak anak anda berfungsi dengan baik. Hasilnya, anak anda akan lebih pintar!
2) Merangsang kreativiti anak
Blok binaan juga dapat membantu meningkatkan kreativiti anak-anak kerana permainan ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran. Bayangkan dengan hanya menggunakan komponen-komponen yang ada anak-anak anda mampu menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan kita mereka boleh lakukan dapat peringkat umur mereka. Apa sahaja yang terlintas di fikiran anak-anak ini dapat dizahirkan dengan binaan.
3) Meningkatkan pemikiran kognitif
Blok binaan juga dapat membantu dalam memperkembangkan lagi kemahiran kognitif anak-anak. Bagaimana pula blok binaan ini membantu di dalam perkembangan kognitif ini? Ketika bermain, kanak-kanak akan memasang komponen blok binaan dan mencantumkan ia di antara satu sama lain. Ia dapat membantu otak kanan dan otak kiri saling berhubung dan merangsang sel-sel otak untuk mengembangkan kemampuan berfikir
4) Mengajar bersabar
Ketika kanak-kanak sedang bermain, deria penglihatan, sentuhan, dan pendengaran mereka akan dirangsang. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sedang bermain blok binaan perlu bersabar dalam menyusun kepingan blok tersebut dan mencantumkannya antara satu sama lain untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan kreativiti dan kemahiran mereka, malah juga mengajar kanak-kanak bersikap toleransi dan bersabar secara tidak langsung.
5) Melahirkan perasaan
Tahukah anda bahawa bermain merupakan suatu bentuk kesenian bagi kanak-kanak? Alat permainan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan perasaan mereka. Apabila bermain, kanak-kanak tidak terikat dengan peraturan, dan dengan ini dapat mwujudkan suatu personaliti sihat dan baru. Sekiranya anak-anak bermain blok binaan bersama kawan, ini secara tidak langsung dapat membentuk personaliti untuk bekerjasama dan mengikut peraturan.
6) Koordinasi motor halus
Permainan blok binaan sebenarnya dapat membantu kanak-kanak dalam koordinasi motor halus iaitu kemahiran mata dan tangan. Ketika bermain, mereka akan mencantumkan antara komponen tersebut dengan tepat pada ruangan dan sudut yang betul. Jadi sekali gus ini dapat membantu di dalam kemahiran koordinasi mata dan tangan.
7) Melatih daya ingatan
Permainan ini juga mampu merangsang daya ingatan anak-anak tentang bentuk dan warna yang akan disusun dengan betul. Si manja anda akan mengingati gamabr yang dilihat sebelum mereka mula meyusunnya. Pada ketika ini, kanak-kanak akan sedaya upaya mereka mencantum dan memasang sesuai dengan ingatannya.
Oleh itu, sekiranya anda mencari produk berkomponen blok binaan, maka produk ARTERA merupakan produk yang tepat untuk anak anda. Hantarlah anak anda ke sekolah yang menggunakan produk Artera sebagai alat tambahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja dapat membantu merangsang minda anak, malah membentuk anak-anak anda ke arah menjadi seorang jurutera mahupun arkitek.
Disediakan oleh,
Nur Filzahana bt. Ramlee,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment