Pages

Sunday, 16 March 2014

LAPORAN SIMULASI KESELAMATAN KANAK-KANAK & PERLINDUNGANNYA

Port Dickson, 17 MAC- Para pelajar Diploma Pendidikan Pra Sekolah (semester 6), Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI  telah berjaya menyempurnakan keperluan kurikulum bagi subjek keselamatan kanak-kanak dan perlindungannya (DPP 3243) yang berlangsung selama dua minggu bermula 5 Mac hingga 15 MAC 2014.






Tugasan  DPP 3243 ini berbentuk simulasi keselamatan dan perlindungan kanak-kanak itu antaranya mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak, pertolongan cemas, latihan kebakaran, program keselamatan di jalan raya, keselamatan ketika bermain air, di tempat makan dan ketika melakukan aktiviti luar.





" Simulasi ini adalah untuk mencungkil kreativiti bakal guru prasekolah dalam mengendalikan program keselamatan kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelaran yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak. Kami juga membantu dan menggalakkan pelajar menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik daripada bahan-bahan terbuang serta pencetusan idea-idea baru, nilai dan pengajaran mengenai isu-isu keselamatan kanak-kanak yang semakin membimbangkan melalui aktiviti debat, forum dan drama yang menarik dan kreatif," terang Nur Akmar Mohd Arif. 





Selain itu, simulasi ini juga ingin memupuk kerjasama dalam tugasan berkumpulan, keberanian dan keyakinan diri di kalangan bakal-bakal guru prasekolah keluaran Kolej UNITI ini.


 





Barisan pensyarah yang terlibat adalah Nur Akmar Binti Mohd Arif, selaku penyelaras subjek,Nurul Hidayah Bte Sahrom dan Nur Shafiqa Binti Mohtar. 


Simulasi ini mencapai sasarannya apabila para pelajar menunjukkan komitmen bagi menjayakannya sebelum tamat untuk latihan praktikal tidak lama lagi. 

'Kami mengharapkan para pelajar dapat mempraktikkan segala latihan dan tunjuk ajar para pensyarah untuk mereka menghadapi realti sebenar ketika latihan pratikum di tadika-tadika pilihan, " tambah Nur Akmar lagi.




Disediakan oleh,
Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Penyelaras Subjek Keselamatan Kanak-kanak & Perlindungannya.

0 comments:

Post a Comment