Pages

Tuesday 11 March 2014

LAPORAN PROGRAM KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN PERLINDUNGANNYA

PORT DICKSON, 8 MAC- Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) dengan kerjasama Balai Polis Pasir Panjang telah berjaya menganjurkan sebuah program Keselamatan dan Perlindungan Diri Kanak-kanak bertempat di Dewan Za'aba, Kolej UNITI.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi telah dihadiri oleh 360 orang pelajar semester enam bagi program Diploma Pendidikan Prasekolah.






Menurut penganjur diwakili oleh saudari Nur Akmar Binti Mohd Arif selaku Penyelaras Subjek Keselamatan Kanak-kanak Dan Perlindungannya, obejktif program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kepada bakal guru pendidikan prasekolah mengenai keselamatan kanak-kanak yang semakin membimbangkan. 



" Selain sebagai memenuhi kurikulum subjek DPP3234, program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan kes jenayah di kalangan kanak-kanak termasuklah kes penderaan, pengabaian kanak-kanak, dasar perlindungan kanak-kanak serta peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan", tambah Nur Akmar. 


Program berbentuk ceramah ini telah menjemput khas Ketua Polis Balai Pasir Panjang, Port Dickson, SI Abdul Razak Bin Dami bagi memperincikan lagi isu-isu berkaitan keselamatan kanak-kanak dan perlindungannya. 

Program ini mendapat sambutan yang baik apabila ramai dikalangan audiens yang hadir bertanyakan soalan di sesi soal jawab sebelum ia berakhir dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah oleh pihak penganjur.


Turut hadir adalah barisan pensyarah FPPM yang berdedikasi iaitu grup Pensyarah DPP3243, Timbalan Dekan FPPM, Puan Siti Zaleha Ahmad, Syazwani Binti Abd Jalani, Noor Hanim Binti Harun, Noor Badriah Binti Zolkffree, Syarfa' Husna Mohamad Semsudin, Hidayah Binti Tokiman dan Asyraf Bin Azeman.











Laporan Disediakan Oleh,

Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif

Penyelaras Subjek Keselamatan Kanak-kanak Dan Perlindungannya.

0 comments:

Post a Comment