Sedang
memandu ke tempat kerja, terdengar sebuah berita di saluran radio mengenai
kematian seorang kanak-kanak di Petaling Jaya yang diklasifikasikan sebagai kes
bunuh selepas proses bedah siasat melaporkan terdapat kecederaan serius di
kepala, kaki dan belakang badan kanak-kanak malang tersebut. Sebelum ini, kanak-kanak tersebut dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh tangga
Setelah
sampai di pejabat, seperti biasa penulis akan membaca sepintas lalu di beberapa saluran berita dan
hati ini sangat sedih membaca berita mengenai kes penderaan kanak-kanak lelaki
yang ditemui diikat tangan dan kaki di rumah pengasuh yang ditemui oleh ibunya
sendiri setelah membuat pemeriksaan mengejut di rumah pengasuh anaknya di
Kepala Batas. Di laman sosial pula kecoh mengenai video seorang kanak-kanak
perempuan yang didera pengasuh ketika makan. Penulis tidak sampai hati
menontonnya.
Ini
bukan kes baru. Sebelum ini banyak kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak
yang bukan sahaja melibatkan pengasuh, tetapi lebih memilukan ia melibatkan ibu
bapa kandung sendiri. Bukan sahaja kecederaan ringan, tetapi juga yang membawa kepada kematian. Hakikat yang perit untuk diakui, ia bukan sahaja di
Malaysia, tetapi ia adalah isu global. Persoalannya, apa sudah jadi dengan
manusia hari ini?
Apa itu penderaan
kanak-kanak?
Merujuk
kepada laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, MyHEALTH, penderaan kanak-kanak merangkumi
semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian
atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang
boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi
'survival', perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana
pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau
pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak - WHO
Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.
Penderaan
Kanak-kanak secara umumnya dikategorikankan kepada empat (4) jenis penderaan
termasuk :
1.
Penderaan
fizikal
2.
Penderaan
seksual
3.
Penderaan
emosi
4.
Pengabaian
Bagi
menangani kes-kes penderaan ini dari terus berleluasa, Kerajaan melalui Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menghantar Draf Pindaan Akta
Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman lebih berat kepada ibu bapa cuai
sudah diserahkan kepada Peguam Negara untuk penelitian. Menurut menterinya, Datuk
Seri Rohani Abdul Karim; hukuman berbentuk pendidikan dan pengajaran turut
dimasukkan di dalam pindaan tersebut. (Astro Awani)
Berikut
adalah data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan
penderaan kanak-kanak di Malaysia dari tahun 1997 hingga 2006 mengikut negera
dan telah disemak pada tahun 2012.
Tahun
|
|||||||||||
Negeri
|
1997
|
1998
|
1999
|
2000
|
2001
|
2002
|
2003
|
2004
|
2005
|
2006
|
Jum
lah |
Perlis
|
10
|
29
|
17
|
16
|
26
|
21
|
16
|
26
|
30
|
44
|
235
|
Kedah
|
25
|
14
|
21
|
33
|
33
|
39
|
63
|
26
|
66
|
102
|
422
|
P.Pi
nang |
106
|
130
|
125
|
75
|
85
|
130
|
131
|
154
|
131
|
184
|
1251
|
Perak
|
72
|
118
|
105
|
79
|
85
|
80
|
131
|
145
|
172
|
147
|
1134
|
Sela
ngor |
212
|
201
|
300
|
349
|
327
|
412
|
368
|
474
|
446
|
498
|
3587
|
KL
|
353
|
343
|
191
|
112
|
127
|
269
|
153
|
287
|
415
|
435
|
2685
|
NS
|
118
|
80
|
46
|
24
|
39
|
40
|
55
|
67
|
124
|
147
|
740
|
Me
laka |
57
|
41
|
35
|
51
|
36
|
24
|
65
|
64
|
26
|
31
|
430
|
Johor
|
109
|
111
|
119
|
116
|
126
|
115
|
156
|
126
|
115
|
91
|
1184
|
Pa
hang |
17
|
23
|
17
|
5
|
25
|
27
|
8
|
38
|
56
|
91
|
307
|
T'ganu
|
23
|
17
|
21
|
17
|
24
|
20
|
17
|
33
|
16
|
41
|
229
|
Kelan
tan |
46
|
54
|
20
|
24
|
24
|
11
|
31
|
51
|
14
|
8
|
283
|
Sara
wak |
NA
|
NA
|
24
|
31
|
14
|
17
|
19
|
144
|
189
|
180
|
618
|
Sabah
|
NA
|
NA
|
63
|
NA
|
65
|
36
|
176
|
21
|
0
|
6
|
367
|
La
buan |
1
|
0
|
3
|
2
|
0
|
1
|
1
|
0
|
0
|
0
|
8
|
Jum
lah |
1149
|
1161
|
1107
|
804
|
1036
|
1242
|
1390
|
1656
|
1800
|
2005
|
13480
|
Tahun
|
2000
|
2001
|
2002
|
2003
|
||||||||
Jenis Pen
deraan |
L
|
P
|
J
|
L
|
P
|
J
|
L
|
P
|
J
|
L
|
P
|
J
|
Terbiar
|
50
|
21
|
71
|
35
|
35
|
70
|
53
|
68
|
121
|
50
|
48
|
98
|
Penga
baian |
99
|
84
|
183
|
154
|
149
|
303
|
189
|
168
|
357
|
184
|
205
|
389
|
Fizikal
|
175
|
187
|
362
|
155
|
132
|
287
|
182
|
172
|
354
|
200
|
210
|
410
|
Seksual
|
24
|
234
|
258
|
26
|
225
|
251
|
22
|
302
|
324
|
28
|
402
|
430
|
Emosi
|
3
|
21
|
24
|
22
|
34
|
56
|
15
|
17
|
32
|
5
|
27
|
32
|
Lain-lain
|
12
|
24
|
36
|
36
|
33
|
69
|
31
|
23
|
54
|
13
|
18
|
31
|
Jumlah
|
363
|
571
|
804
|
428
|
608
|
1036
|
492
|
750
|
1242
|
480
|
910
|
1390
|
Nota : L = Lelaki P = Perempuan J = Jumlah
Semakan Akhir
|
:
|
27 April 2012
|
Penulis
|
:
|
|
Penyemak
|
:
|
Dr. Ranjini S.
Sivanesom
|
(Sumber: MyHEALTH.gov.my)
Sebagai
sebuah Fakulti yang menawarkan Diploma Pendidikan Pra Sekolah dan Diploma
Asuhan Kanak-kanak, isu penderaan kanak-kanak ini amat memilukan. Kami sentiasa
komited melalui silibus pembelajaran pelajar-pelajar diploma kami bagi menerapkan eleman kasih-sayang,
keseronokan dan harga diri yang seharusnya diterapkan kepada setiap
kanak-kanak. Ini penting supaya kanak-kanak dapat membesar dan menjadi insan
dewasa yang berjaya.
Usaha
ini juga dimanifestasikan dalam gagasan besar Fakulti iaitu ‘Helping Boys, Nurturing Girls’ yang
mementingkan kaedah pembelajaran dan pendidikan yang sesuai mengikut fitrah
gender.
Akhir
kata, kanak-kanak berhak untuk mempunyai sekurang-kurang seorang dewasa untuk
menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar menjadi manusia berguna di
kemudia hari.
“Selamat Hari Kanak-Kanak
kepada semua anak-anak seluruh Malaysia dan seluruh dunia”.
Sayangi Kanak-Kanak |
(Nota: Hari
Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam
bulan Oktober)
Puan Faridah Mohd Tap
Pensyarah di Jabatan Pengajian Umum,
Fakulti Pendidikan dan Pra Sekolah, Kolej UNITI.