'Big Book' atau buku besar adalah satu pendekatan pedagogi untuk kanak-kanak yang mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya ia membantu kanak-kanak membina pelbagai kemahiran seperti kemahiran membaca, kemahiran berbahasa, membina keyakinan diri selain melatih untuk kanak-kanak berdikari.
Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui 'Big Book' diperkukuhkan lagi dengan aktiviti seperti lakonan merupakan medium penyampaian mesej dan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dengan kaedah yang cukup menghiburkan.
"Pelajar DPS semester akhir diberi tugasan berbentuk 'Big Book' dan pementasan drama muzikal bertemakan keselamatan adalah bagi memenuhi tuntutan subjek Keselamatan Kanak-Kanak dan Perlindungannya. Selain itu, ia adalah langkah mempersiap-siagkan pelajar ini sebagai guru pelatih menjelang Januari 2015 tidak lama lagi, " terang Nur Akmar Mohd Arif, penyelaras subjek.
"Pada masa yang sama, kita mahu kanak-kanak Tabika Kemas Bistari Kolej UNITI menerima mesej keselamatan yang ingin disampaikan dan menjadikan pembelajaran ini lebih bermakna buat mereka," tambah Nur Akmar lagi.
Antara judul 'Big Book' dan drama muzikal yang berjaya dilaksanakan oleh pelajar DPS ini adalah Melintas Jalan’, ‘Kerana Sikap Degil’, ‘Jangan Bermain Api’, ‘Cuai cuai cuai, Aduh Sakitnya!!!’, ‘Akibat Tidak Mendengar Kata’ dan lain-lain lagi.
0 comments:
Post a Comment