Pages

Thursday, 20 November 2014

BANGKITLAH JIWA ANAK MUDA TERHEBAT!

Wahai jiwa-jiwa sang anak muda!
Mana perginya keberanianmu?
Mana hilangnya semangat membaramu?
Mana hapusnya cekalmu?
Mengapa disembunyikan kehebatanmu?


Beranimu hanya di alam siber penuh fantasi.
Semangatmu hanya di pentas-pentas rancangan realiti.
Cekalmu untuk hiburan duniawi yang tiada tepi.
Mengapa disembunyikan kehebatanmu?
Wahai jiwa-jiwa sang anak muda!
Mengapa disembunyikan kehebatanmu?
Bertanya lagi.


Sungguh kasihan pada kamu jiwa-jiwa sang anak muda.
Potensi dirimu...dibiar sepi, tersembunyi lalu mati sia-sia.
Adakah kamu ingat, hebat di alam maya itu berjaya di dunia nyata?
Sedarlah itu agenda jahat para yang memusuhi.


Wahai sang anak muda!
Dunia ini bukan seperti yang kau sangka.
Indah dengan ciptaan yang bersifat sementara.
Dunia ini untuk sang jiwa gagah berani.
Yang lahir dari kepompong selesa ke belukar yang penuh duri.
Tidak pula gagal menabur bakti.
Walau dicemuh jua dimaki.
Kerana jiwa-jiwa sang hebat sudah pun lali.


Ayuh...BANGKITlah!
Wahai jiwa-jiwa sang anak muda!
Umatmu sudah tenat.
Sana sini,
kanan kiri,
atas bawah juga di tepi,
dipijak henyak tak dikasihani.


Jangan menjadi racun membunuh dalam sunyi.
Kerana jika itu yang terjadi,
umat terkemudian pasti mencelamu,
seumur hidup pasti menyesali,
tinggalan generasi sudah layu tidak dapat diselamatkan lagi.


Wahai jiwa-jiwa sang anak muda!
Percaya akan dirimu.
Engkau terhebat seluruh dunia pun tahu.
Jelaskan matlamatmu.
Hapuskan segala kerungsinganmu.
Hilangkan semua kekusutanmu.
Tinggalkan bisikan yang menggagalkanmu.
Jauhkan diri dari tipu daya yang melalaikanmu.

Kerana ENGKAU TERHEBAT WAHAI JIWA SANG ANAK MUDA!







Nukilan oleh,

Faridah @ mimosa
Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Rabu, 18 November 2014
3:48 petang.









0 comments:

Post a Comment