SABTU, 21 Mac 2015- Sebuah program 'Selamatkah Anak Kita?' bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Port Dickson telah dianjurkan oleh FPPM bertempat di Dewan Za'aba, Uniti Village selama dua jam bermula jam 8:30 pagi.
Seramai 300 orang pelajar terdiri daripada pelajar Diploma Pendidikan Pra Sekolah semester 6 juga 12 orang pensyarah FPPM telah hadir mendengar sesi ceramah bersama Puan Zulida binti Zulkifli, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson (Bahagian Kanak-kanak). Beliau juga merupakan Pelindung dan Pegawai akhlak JKM PD.
Cik Noradilla Abdul Ghafar, Timbalan Dekan FPPM sedang memberi ucapan pembuka kepada para pelajar yang terlibat. |
Tambahan lagi, program ini juga menambahkan pengetahuan para pelajar yang terlibat mengenai keselamatan kanak-kanak serta perlindungannya daripada sebarang bentuk penderaan, pengabaian dan keganasan baik di rumah mahupun di taska/ tadika.
Penyerahan cenderamata kepada penceramah, Puan Zulida oleh Timbalan Dekan, Cik Noradilla diiringi oleh Ketua Jabatan DPS, Puan Hidayah. |
DISEDIAKAN OLEH,
0 comments:
Post a Comment