Kolej UNITI, Port Dickson- Pelajar semester enam Diploma Pendidikan Pra Sekolah Kolej UNITI Port Dickson menjayakan acara pementasan drama muzikal dan 'big book' untuk menyampaikan mesej keselamatan dan perlindungannya bersama guru dan kanak-kanak Tabika Kemas Bistari Kolej UNITI yang berlangsung pada 7 dan 8 September lalu di Kampus UNITI Village.
Antara judul 'Big Book' yang dihasilkan para pelajar DPS ini ialah; ‘Awasi Si Penculik’, ‘Keselamatan Di Jalan Raya’, ‘Aduh Sakitnya!’, ‘Kecil Kawan Besar Lawan’, dan ‘Renjatan Elektrik’.
Pendekatan ini merupakan salah satu medium interaktif dalam menyampaikan mesej keselamatan kepada kanak-kanak dengan cara yang menghiburkan. Kanak-kanak Tabika Kemas Bistari sebagai tetamu undangan menzahirkan rasa gembira mereka apabila pelajar-pelajar mula mementaskan drama muzikal mereka mengenai keselamatan dan perlindungannya.
Kolej UNITI Port Dickson sentiasa berikhtiar untuk memastikan produk DPS yang dihasilkan menepati piawaian pasaran semasa dalam mendepani generasi z dan alpha yang kian mencabar. Pendekatan tradisional seperti ceramah kurang sesuai untuk diaplikasi dalam era kini. Justeru, para pelajar DPS Kolej UNITI Port Dickson sentiasa disiap siagakan dengan pelbagai kebolehan seperti menghasilkan 'big book' yang menarik, teater dan lain-lain strategi interaktif sebelum keluar ke realiti perguruan pra sekolah.
Galeri foto:
0 comments:
Post a Comment