Secara umumnya,
jaundice bukanlah sejenis penyakit. Jaundice
berasal dari perkatan Perancis "jaune"
yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati)
menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini tidak larut air
dan akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi larut air. Oleh itu, jika ia
tidak larut dan dibuang melalui sistem perkumuhan maka akan menyebabkan anggota
badan terutama di bahagian muka, badan bayi juga akan timbul warna kuning dan
jika tidak dirawat boleh menyebabkan sawan serta ada juga menyebabkan kematian.
Susu ibu merupakan ubat mujarab yang
terbaik dalam merawat penyakit bayi terutamanya penyakit jaundice ini. Penyusuan secara kerap mampu mengurangkan masalah
kuning jika diberi secara konsistan dan kerap dari awal kelahiran bayi. Namun,
bagaimana pula bagi ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan? Kadang-kala
si ibu telah bersiap sedia bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan terhindar
dari pelbagai penyakit antaranya dengan kerap mengambil makanan sunnah seperti
kurma,kismis, madu, susu kambing asli dan pelbagai produk makanan tambahan yang
lain. Namun, dalam beberapa hari kelahiran didapati bayi masih juga tidak
terlepas daripada masalah ini.
Kaedah
rawatan yang kerap digunakan oleh kebanyakan masyarakat tidak kira budaya atau
bangsa iaitu melalui rawatan tradisional. Anatara kaedah tersebut adalah
seperti berikut:
1. Sengkuang
cina (air buah sengkuang yang telah di blander diberi minum bagi memastikan
bayi kerap membuang najis)
2. Uncang
herba cina (buat mandian)
3. Serbuk
mutiara (dicampur dengan air suam dan disuapkan ke mulut bayi menggunakan jari)
4.
Titisan
susu kambing asli di mulut bayi(5-7 kali sehari)
5.
Hisapan
madu (letakkan sedikit di jari ibu atau ayah dan biarkan bayi menghisapnya)
6.
Beri
air perahan buah anggur hitam (7 biji sehari)
7.
Urutan
lembut di bahagian kening bayi sambil zikir dan selawat sebanyak 7x sehari
(bagi mengelakkan bayi terkena sawan)
Bagi cara moden, si ibu pelulah mengikuti
nasihat doktor dimana perlu membawa bayi ke hospital dengan mengambil ujian
darah dan menggunakan kaedah phototherapy
jika didapati tahap kuning semakin meningkat sehingga mencecah ke tahap 200 dan
ke atas. Phototherapy
adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi.
Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya
ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Kesimpulannya, terpulang kepada anda kaedah mana yang ingin dikuti.
Buatlah pilihan yang terbaik untuk anak anugerah terindah kita, yang paling penting
adalah usaha, doa dan tawakal dalam setiap perkara yang dilakukan terutama yang
melibatkan keselamatan dan kesihatan keluarga yang disayangi.
Disediakan oleh,
MOHD NOOR SHAFRIN BIN MOHD JAYA,
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA,
KOLEJ UNITI PORT DICKSON
0 comments:
Post a Comment