
Seramai 11 orang kanak-kanak di Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI Port Dickson telah mengikuti lawatan sambil belajar Ke Port Dickson pada 10 Ogos 2016 yang lepas. Lawatan ke Port Dickson ini telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada ibu bapa dan barisan Ahli Jawatankuasa Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI. Lawatan Sambil Belajar yang kebiasaannya diadakan dua kali dalam setahun ini telah diiringi oleh dua orang guru Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI.
Tempat-Tempat Lawatan
Tempat-tempat lawatan yang dipilih adalah bersesuaian dengan kanak-kanak untuk menggalakkan pembelajaran mereka selain selamat dan bersih untuk dilawati bagi mewujudkan kesan pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak ini. Antara tempat-tempat yang telah dilawati pada 10 Ogos tersebut adalah Pusat Ikan Hiasan Telok Kemang, Balai Bomba Telok Kemang, Muzium Tentera, Port Dickson Dream World (Pameran Dinasour), KFC dan lain-lain lagi. Untuk langkah keselamatan sepanjang lawatan luar ini diadakan, kanak-kanak ini berpakaian lengkap baju sukan Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI, memakai kad nama dan berkasut bagi memudahkan pergerakan selain untuk memudahkan kawalan dan pemantauan para guru.
Kepentingan Lawatan Sambil Belajar


Selain itu, pembelajaran luar kelas ini dapat menarik minta kanak-kanak untuk belajar dan meneroka selain merangsang perkembangan mereka dari semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Selain itu, lawatan luar ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka selain dapat mendidik mereka untuk berdikari dan berdisipilin sepanjang berada di luar tadika. Kanak-kanak ini juga didedahkan tentang peraturan dan keselamatan diri sepanjang mengikuti lawatan ini. Lawatan ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama guru dan kanak-kanak di Tabika ini.

Disediakan oleh,
Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
0 comments:
Post a Comment