Air tangan ibu adalah yang paling dirindui sampai bila-bila. Sejak kecil, penulis dibesarkan dengan masakan ibu dan jarang sekali makan di luar. Seingat penulis, tidak pernah sepanjang zaman persekolahan dan tinggal bersama kerana makanan kami sekeluarga telah disediakan oleh emak sedangkan emak keluar bekerja seawal jam 6 pagi dan pulang menjelang asar. Walaupun makanan yang dihidangkan hanyalah sekadar nasi berlaukkan telur mata dan kicap. Kelazatannya terasa hingga kini. Sesekali emak tidak sihat dan kepenatan, namun makanan untuk anak-anaknya tidak pernah putus. Menjelang perayaan pula, emaklah yang paling sibuk menyediakan pelbagai juadah. Hingga kini, setiap kali balik ke kampung halaman, penulis ternanti-nanti masakannya. Setiap kali itu juga, emak akan membekalkan dengan makanan kegemaran untukku sekeluarga apabila kami berangkat pulang.
Dari perhatian penulis, masakan hasil dari air tangan emak menjadikan hubungan kekeluargaan kami rapat walaupun secara fizikalnya anak-anak telah duduk berjauhan. Untuk melukakan hati emak jauh sekali, malah berusaha menggembirakannya dengan kejayaan untuk dikongsi bersama. Tautan hati yang terjalin adalah berkat dari air tangan emak yang ikhlas menyediakan juadah untuk keluarga. Penulis berasa kagum dengan kesungguhan para isteri/ibu terdahulu khususnya dalam menyediakan makanan kerana ia sangat memberi kesan kepada keteguhan ikatan perkahwinan suami isteri dan pembentukan peribadi anak-anak.
Dewasa ini, para isteri/ibu terpaksa keluar bekerja bagi meringankan bebanan ekonomi rumahtangga yang semakin mencengkam kehidupan. Namun, dari sisi negatifnya, kebanyakan isteri/ibu bekerjaya kehilangan masa untuk menyediakan juadah untuk keluarga melainkan cuti hujung minggu. Bagi yang berkemampuan, mereka mengambil pembantu rumah untuk urus segala termasuk menyediakan juadah untuk keluarga. Sebaliknya, ada juga yang membungkus makanan atau memberi wang kepada anak-anak untuk membeli makanan di mana-mana kedai makan sendirian.
Hakikatnya, air tangan seorang isteri/ ibu sangat besar maknanya kepada seorang insan bergelar suami dan anak-anak. Ia bukan sekadar makanan untuk mengenyangkan perut yang kelaparan tetapi lebih daripada itu. Air tangan yang dimaksudkan ialah tentang kesungguhan, kecintaan, keceriaan dan ketulusan hati seorang isteri/ ibu kepada suami dan anak-anak. Sentuhan dari hati diiringi dengan ucapan basmallah, doa-doa ringkas yang baik dan zikir itulah yang menjadikan makanan yang dimasak oleh isteri/ ibu terasa sangat enak dan dirindui tidak terbandingkan dengan hotel mewah sekalipun.
Acapkali, isteri/ ibu bekerjaya terasa penat seharian di tempat kerja dan apabila pulang terpaksa pula bertungkus lumus di dapur. Maka membeli sahaja makanan menjadi alternatif selain menjimatkan masa. Sedangkan puteri Rasulullah s.a.w Fatimah Az-Zahra pun mengeluh dan menangis kepenatan menggiling tepung dan kerja rumah lainnya inikan pula kita manusia biasa. Maka Rasulullah s.a.w memujuk dengan menyampai pesanan kepada puterinya itu agar terus bersabar. Pesanan dan nasihat Rasulullah s.a.w sebenarnya menjadi inspirasi dan motivasi untuk kita supaya lelah yang dirasa dalam mengurus hal ehwal rumahtangga merupakan salah satu jalan menuju ke syurga.
Rasulullah s.a.w memujuk puterinya dengan berpesan,
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan manapun yang menggilingkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah S.W.T akan menuliskan suatu kebaikan dan menaikkan darjatnya dari setiap biji gandum yang digilingnya.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang menggilingkan gandum hingga ia berkeringat, maka Allah S.W.T akan menjauhkan dirinya dari neraka tujuh buah parit.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang meminyakkan rambut anaknya kemudian menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian, nescaya Allah S.W.T akan mencatatkan pahala baginya seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang yang menghalangi hajat jiran tetangganya, maka Allah SWT akan menghalangi meminum air telaga Kautsar pada hari kiamat.
• Wahai Fatimah!, ketahuilah yang paling utama adalah bahawa redha suami adalah redha Allah S.W.T dan kemarahan suami merupakan kemarahan Allah S.W.T.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang sedang hamil akan dicatatkan kebaikan-kebaikan dan dihapuskan kejahatan darinya serta para malaikat akan beristigfar untuknya.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang hendak melahirkan anaknya, Allah S.W.T akan mencatatnya sebagai pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah SWT.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang telah melahirkan anaknya, maka dia terbebas dari dosa-dosa seperti keadaan pada hari dilahirkan oleh ibunya. Dan jika meninggal ia tidak menanggung dosa sedikit pun hingga kuburnya menjadi taman syurga bagi dirinya.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang melayani suaminya sehari semalam dengan baik, lemah lembut dan ikhlas maka Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya dan kelak akan mengenakan pakaian berwarna hijau di syurga dan memberikan kebaikan setiap helai bulu dan rambut yang ada di tubuhnya.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang tersenyum manis dan lembut dihadapan suaminya akan dipandang Allah S.W.T dengan pandangan penuh rahmat.
• Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang menyiapkan tempat istirahat bagi suaminya dan menata hias rumah dengan baik hati dan sabar, maka malaikat akan menyeru, ”Teruslah beramal, Allah S.W.T. akan mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan akan datang.”
• Wahai Fatimah! seorang perempuan yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumisnya, serta mengguntingkan kukunya, maka Allah S.W.T akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah S.W.T memudahkan saat sakaratul mautnya kemudian menjumpai kuburnya bagaikan taman-taman syurga. Selain itu, Allah S.W.T akan menyelamatkan dirinya dari api neraka dan selamatlah ia dari titian shirat.
Pesan-pesan Rasulullah s.a.w mengandungi daya penggerak yang menggetarkan nurani wanita untuk terus tersenyum melakukan tugas-tugas lazim sebagai isteri dan ibu walaupun dalam kepenatan. Antara tugas lazim seorang isteri/ ibu ialah memasak. Justeru, jangan sesekali mengabaikannya kerana air tangan yang mengalir dalam masakan yang disediakan mengandungi hikmah dan manfaat tertentu antaranya mengukuh jalinan cinta suami isteri, mengekalkan kebahagiaan keluarga, mengakrabkan hubungan ibu dan anak-anak dan membentuk peribadi anak-anak agar mudah mendengar kata dan taat.
Semoga dengan usaha-usaha para isteri/ ibu seperti memasak untuk membahagiakan suami dan anak-anak menjadi bakti untuk meraih syurgaNya. Bersyukurlah para isteri/ ibu jika masih berpeluang memasak untuk suami dan anak-anak kerana itulah momen yang akan dirindui sampai bila-bila sedangkan ramai yang mungkin tidak mampu untuk berbuat demikian dengan pelbagai sebab. Ingatlah, antara hikmah terbesar air tangan seorang isteri/ ibu ialah dapat mengukuh ikatan kekeluargaan untuk dikenangi oleh suami dan anak-anak agar sentiasa dekat di hati. Insha Allah dengan izin Allah.
Monday, 30 January 2017
BONGKAR!!! TEMPOH KRITIKAL PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK- Nur Akmar Binti Mohd Arif
Setiap anak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan dan asuhan terbaik seawal usia, terutama tiga tahun pertama, iaitu umur yang paling kritikal dalam perkembangan kanak-kanak yang akan memberikan kesan sehingga dewasa. Penyelidik Sains Neuro yang mengkaji otak kanak-kanak mengakui bahawa pembentukan kecerdasan bermula sejak kanak-kanak lahir dimana kajian perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa sejak lahir, malah semasa dalam kandungan lagi kanak-kanak telah mampu belajar.
Menurut Bredekamp & Copple (1997), dalam tiga tahun pertama, kanak-kanak belajar atau gagal belajar cara untuk bergaul, cara melerai konflik, cara berinteraksi, cara memujuk dan cara meneroka dunia persekitarannya. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberikan pengalaman pembelajaran dan rangsangan positif yang banyak dan kerap sejak lahir supaya hubungan sinaps yang terbentuk dalam otak menjadi kekal. Kajian Sains Neuro juga menunjukkan bahawa kebanyakan daripada hubungan sinaps yang akan kekal sepanjang hidup ialah yang dibina semasa tiga tahun pertama umur kanak-kanak.
Kajian-kajian dalam bidang neurosains (brains research) mendapati otak kanak-kanak berkembang dengan cara tertentu daripada pengalaman dan rangsangan yang diterima melalui deria-derianya. Contohnya, bayi baru lahir belajar mengenali ibu bapa, penjaga, pendidik atau pengasuhnya secara menghidu, melihat, mendengar, mengecam suara dan merasa kelembutan sentuhan mereka. Pengalaman melalui lima deria ini disimpan dalam bentuk hubungan sinaps dalam otaknya. Ini menunjukkan bahawa pengalaman awal kanak-kanak mempunyai impak yang besar kepada senibina otak kanak-kanak sehingga mereka dewasa kelak.
Kanak-kanak adalah insan yang fitrahnya sentiasa ingin bermain, meneroka dan belajar. Semenjak di dalam kandungan lagi, insan ini telah mulai belajar melalui perasaan ibunya dan boleh merasai kesan-kesan daripada setiap tindakan ibunya. Selepas dilahirkan, kanak-kanak ini akan belajar dengan lebih cepat daripada orang lain seperti pendidik atau pengasuh di TASKA serta dunia persekitarannya. Pembelajaran atau pengalaman awal ini yang akan membentuk sahsiah dan personalitinya kelak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, penjaga, pendidik dan pengasuh untuk menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran dengan penuh kasih sayang baik di rumah mahupun di TASKA.
Penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran awal membantu kejayaan kanak-kanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka. Pembelajaran awal adalah penting dalam membantu anak-anak ini mencapai perkembangan yang menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Hakikatnya, kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya kerana pada usia ini otak kanak-kanak adalah seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat daripada persekitarannya.
Kajian perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat. Oleh itu, cara terbaik untuk membentuk hubungan otak kanak-kanak kecil adalah dengan memberikan persekitaran yang selamat dan menarik untuk diterokai baik di rumah mahupun di TASKA serta dikelilingi oleh orang yang boleh memberikan respons kepada keperluan emosi dan intelek mereka. Ini menunjukkan betapa besarnya peranan pendidik dan pengasuh di TASKA selain ibu bapa dalam membantu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
Kanak-kanak yang membesar dengan persekitaran yang kaya dengan bahasa biasanya akan fasih berbahasa pada usia tiga tahun. Kajian otak telah menyatakan bahawa kanak-kanak kecil memerlukan kasih sayang, pendorong dalam kehidupan mereka yang akan menyanyikan lagu untuk mereka, memeluk mereka, berbual dengan mereka, membacakan buku untuk mereka dan berada di samping mereka. Seiring dengan pandangan Harlow & Zimmerman (1959), kanak- kanak memerlukan sentuhan dan perdampingan orang dewasa. Ini menunjukkan betapa pentingnya keprihatinan dan kasih sayang daripada ibu bapa, penjaga, pendidik atau pengasuh untuk kelangsungan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak baik di rumah mahupun di TASKA.
Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah terbentuk sebelum usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan baik di rumah mahupun pembelajaran di TASKA adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti mereka yang boleh berkekalan sehingga dewasa. Oleh itu, jika ibu bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai personaliti yang baik dan positif dalam perhubungan dan pengurusan diri, bijak berkomunikasi serta pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka berikanlah mereka pendidikan dan pengalaman awal yang berkualiti. Hakikatnya, peringkat kanak-kanak merupakan peringkat utama yang paling kritikal dan pesat perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.
Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti pada hari ini adalah penting untuk pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum merangkumi semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang perlu dibangunkan dan dikembangkan kerana mereka adalah modal insan dan generasi masa hadapan negara.
Disediakan Oleh:
Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson

“Jika kamu menyentuh saya dengan lembut dan halus,
Jika kamu melihat ke arah saya dan tersenyum,
Jika kamu berbual dengan saya dan mendengar,
Saya akan terus membesar dan membesar!”
-Jackie Silberg-
Disediakan Oleh:
Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson
SENI MENJADIKAN KANAK-KANAK LEBIH KREATIF- Fatimah Bt Kamaruddin
Seni merupakan satu perkara yang subjektif pada pandangan setiap insan. Sebagai manusia, kita menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi kepada seni lukis, seni muzik, seni lakonan dan lain-lain lagi. Seni visual merupakan satu seni yang mana merupakan hasil karya individu dengan menggunakan pelbagai teknik seperti melukis, mewarna, menampal, mengoyak, merenjis dan sebagainya.
Seni juga merupakan perkara yang dikeluarkan dari dalaman seseorang yang mana juga di kenali sebagai luahan emosi. Pendedahan dalam bidang ini sejak kecil akan memberikan kesan yang positif dalam diri kanak-kanak. Kebiasaanya pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan melalui proses perkembangan dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Oleh sebab itu kanak-kanak pada masa ini dilihat suka menyoal, meneroka serta mencuba. Pada usia sebegini perasaan ingin tahu sangat tinggi peratusannya dalam diri mereka. Pada peringkat ini juga kanak-kanak memang gemarkan aktiviti seni yang berbentuk hands-on.
Keinginan untuk mengetahui perkara-perkara yang berlaku disekeliling membuatkan kanak-kanak memerlukan pengalaman secara langsung. Malah kanak-kanak akan lebih berupaya atau berkembang secara aktif apabila terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka sendiri. Melalui pengalaman dan pengamatan sendiri, seseorang kanak-kanak akan lebih cerdas dalam aktiviti pembelajarannya.
Ramai pengkaji menyatakan pelajar yang kreatif adalah pelajar yang belajar melalui penyoalan, pemerhatian dan percubaan. Pengalaman menerusi kegiatan seni adalah ideal untuk mencambah, melatih serta merangsang daya imaginasi dan pemikiran kreatif kanak-kanak. Menerusi gerak kreatif, ia merupakan satu ruang yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk menunjukkan daya kreativiti mereka.
Maka untuk menghasilkan kraf yang menarik, alat-alat dan peralatan memang perlu disediakan dengan baik. Antara peralatan yang diperlukan adalah pensil, gunting, berus lukisan,batang aiskrim, gam, gam pistol, pen marker, kotak, pengasah pensil, kapas, pemadam, tali benang, cawan kertas, pita pelekat, kertas warna, warna air, tisu, pinggan kertas, kotak serbaguna dan banyak lagi bahan yang boleh diguna semula.
Bermain dengan alatan-alatan ini akan menarik minat kanak-kanak. Mereka akan merasa seronok dan lebih mudah untuk menerima pembelajaran. Kanak-kanak yang didedahkan dengan perkara sebegini semenjak awal akan menggunakan segala kreativiti dan kepintaran mereka untuk mencipta sesuatu yang lebih besar, lebih kreatif dan lebih menggagumkan.
Disediakan oleh,
Fatimah Bt Kamaruddin,
Pensyarah,
Jabatan pendidikan,
Fakulti pendidikan dan pembangunan manusia,
Kolej uniti port Dickson,
Negeri sembilan