Pages

Sunday, 8 April 2018

TUJUH Cara Artera Meningkatkan Kredibiliti Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Nur Akmar Binti Mohd Arif


Arteraaaaaa......Pertama kali dengar tentangnya?

Apa itu Artera?Ada apa dengan artera???

Apakah perkaitannya Artera dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak?

Meh rapat-rapat sini..

Penulis teruja untuk berkongsi info tentang produk Artera ini, iaitu satu sistem pembelajaran melalui permainan (Toys Learning System) yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. 

Memang sesuai sangatlah serta lengkap untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika tau...

Jadi, bolehkah Artera meningkatkan kredibiliti institusi pendidikan awal kanak-kanak masa kini? 
Tapi...apakah kelebihannya?Bagaimana caranya???Jom... check it out!

1. Belajar Sambil Bermain 


Kaedah pembelajaran secara bermain (Toys Learning System) yang digunapakai dalam pembelajaran Artera ini pastinya dapat menarik minat serta memberi keterujaan kepada kanak-kanak yang fitrahnya suka bermain dan meneroka. Pembelajaran kanak-kanak juga berfokuskan pada kemahiran dan bukan lagi akademik semata-mata seiring dengan keperluan dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini.


2. KBAT

Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam produk permainan Artera menjadikan pembelajaran anak-anak lebih kreatif, seronok dan bermakna! Pembelajaran Artera menggalakkan pembelajaran aktif serta penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak.


3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 

Jangan risau...Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) tetap dijadikan rujukan dan disesuaikan dalam sistem pembelajaran mainan Artera. Sistem pembelajaran mainan Artera adalah berdasarkan tema-tema dalam KSPK seperti diri saya, peralatan dan lain-lain lagi. Bukan sahaja menepati keperluan kurikulum tetapi juga mengikut kebolehan kanak-kanak di peringkat umur 4 hingga 6 tahun. 


4. STREAM

Penggunaan Artera yang merentasi semua mata pelajaran merangkumi sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (STREAM) dapat meningkatkan daya pembelajaran kanak-kanak yang lebih kreatif merangkumi semua aspek perkembangan. Pastinya program Artera ini dapat melahirkan arkitek dan jurutera cilik yang kreatif dalam pembelajaran yang menyeronokkan lagi menguji minda!


5. Pengurusan sumber yang berkesan 

Pemerolehan produk Artera yang mudah diakses dan mencukupi untuk keperluan semua kanak-kanak, cara penggunaan Artera yang betul dan selamat, serta penyusunannya di ruang dalam tadika juga perlu dititikberatkan. Hasil binaan model Artera yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak berdasarkan tema-tema dalam KSPK perlulah disusun dan dipamerkan dengan baik di tadika untuk rujukan kanak-kanak, guru dan ibu bapa.


6. Keselamatan


Kualiti produk Artera juga dinilai dari aspek keselamatan bagi memastikan kanak-kanak di tadika menggunakan produk mainan yang diiktiraf tahap keselamatannya. Pendedahan mengenai cara penggunaan produk mainan Artera yang betul dan selamat dalam kalangan kanak-kanak juga perlu dititikberatkan oleh tenaga pengajar di tadika.


7. Latihan Artera Untuk Guru

Kualiti tenaga pengajar juga dititikberatkan di mana para guru diberi latihan untuk mengendalikan produk mainan Artera dengan cara yang betul dan selamat selain boleh menghasilkan pelbagai model binaan yang menarik dan kreatif. Selain rancangan pengajaran berpandukan KSPK, para guru juga didedahkan dengan tutorial video dan manual pemasangan model binaan Artera yang akan dijadikan rujukan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pastinya kelengkapan ini memudahkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika!

Kesimpulannya, Artera adalah produk mainan yang dapat mengasah kemahiran berfikir 
aras tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Keberkesanan produk Artera dapat 
meningkatkan kredibiliti Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan lahirnya ramai 
arkitek dan jurutera cilik yang hebat dan kreatif dalam pembelajaran yang menyeronokkan!


Disediakan oleh,



Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.

0 comments:

Post a Comment