Baru-baru ini seluruh media
digemparkan dengan isu penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) kembali menular.
Berita kematian seorang kanak-kanak akibat virus ini amat mengembarkan
masyarakat. Risaunya bukan kepalang apabila anak mula menunjukkan tanda-tanda
walaupun sekadar demam biasa.
Walaubagaimana pun, ketika ini di mana-mana
premis tadika dan taska berdaftar telah menguatkuasakan sekiranya ada anak yang
menunjukkan simptom tidak sihat dikehendaki untuk tidak menghadirkan diri dan
tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mendapatkan rawatan di klinik.
Di
sinilah peranan ibu bapa untuk mula memantau tahap kesihatan anak-anak. Ibu
bapa disarankan mengambil cuti untuk menjaga sendiri anak yang telah
menunjukkan simptom awal HFMD. Pastinya semua bersetuju dengan item ‘mencegah
lebih baik dari mengubati’.
Demikian, secara ringkas terdapat lima tips bagi membantu para ibu bapa untuk mencegah penyakit HFMD ini :
1.
Elakkan
membawa anak-anak ke tempat awam :
Kurangkan aktiviti luar dan
ke tempat awam yang penuh sesak misalnya ke kolam renang, pasar malam dan pusat
membeli belah. Tempat-tempat seperti ini mendedahkan anak-anak untuk mendapat
virus HFMD dengan mudah.
2.
Amalan
langkah kebersihan :
Latih anak untuk lazimkan
dengan amalan mencuci tangan dan kaki dengan sabun dan air bersih selepas
melakukan sesuatu aktiviti. Ingatkan juga untuk tutup mulut dan hidung semasa
batuk dan bersih. Seterusnya ibu bapa perlu memantau semua alat permainan
anak-anak dalam keadaan bersih dan selamat, sentiasa menjaga kebersihan rumah dan
memastikan sistem pengudaraan rumah dalam keadaan baik dan selesa. Jika perlu,
ingatkan anak-anak dan ibu bapa perlu mengawal untuk anak-anak tidak berkongsi
barang dengan kanak-kanak lain.
3.
Jaga
pemakanan anak-anak :
Pastinya ibu bapa ingin
melihat tumbesaran anak-anak yang sihat dan kuat. Demikian, ibu bapa perlu
mengambil langkah awal dengan menyediakan pemakanan seimbang untuk anak-anak.
Galakkan anak-anak minum air masak dan juga menyediakan rutin minum jus
buah-buahan dan lebih elok jika jus disediakan sendiri dari sumber buah segar.
Seterusnya bagi ibu bapa yang berkemampuan adalah digalakkan untuk menyediakan
supplemen vitamin seperti vitamin C yang boleh dibeli di farmasi juga sumber
buah-buahan segar sebagai menu wajib dalam setiap hidangan harian.
4.
Dapatkan
tidur dan rehat yang secukupnya :
Tidur bagi kanak-kanak
adalah sangat penting. Pastikan anak-anak mendapat tidur dan rehat yang
secukupnya bagi membantu dalam proses penyembuhan dan juga dapat membantu dalam
proses membina daya ketahanan badan anak-anak untuk melawan jangkitan kuman.
5. Bawa
anak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda atau simptom
jangkitan :
Sekiranya anak ada menunjukkan simptom
seperti demam, hilang selera makan, ulser di mulut, tanda ruam atau seperti
melepuh segeralah bawa anak berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk
mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Diharap perkongsian tip ini dapat
membantu para ibu bapa untuk bersama kita dalam mencegah penyakit HFMD ini.
Cegah sebelum terlambat.
Disediakan oleh:
Hidayah
Binti Tokiman,
Dekan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI, Port Dickson, NSDK.
0 comments:
Post a Comment