Pensyarah subjek DPP 3243, Cik Hidayah (kiri) dan Cik Akmar (kanan). |
Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Kolej UNITI dan bacaan doa, kemudian disusuli pula dengan ucapan prakata oleh Dekan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Umum (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson En. Zakri bin Mohd Zain. Ceramah kemudiannya diteruskan oleh En. Zamrus bin Mohd Sharif selama dua jam sebelum simulasi dilakukan oleh pelajar sendiri.
Dekan FPPM, En Zakri sedang memberi ucapan prakata. |
En. Zamrus bersemangat menyampaikan ceramah kebakaran kepada pelajar. |
"Program ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pengalaman yang bermanfaat kepada para pelajar Semester 6 Diploma Pendidikan Pra Sekolah (DPS) yang mengambil subjek DPP 3243, iaitu Keselamatan Kanak-kanak dan Perlindungannya", terang penyelaras subjek, Cik Akmar.
Dalam program ini, para pelajar telah diberi pendedahan tentang panduan keselamatan kebakaran, kaedah memadamkan api kebakaran serta ciri-ciri keselamatan penubuhan tadika mengikut standard/piawai yang diiktiraf/diluluskan oleh Jabatan Bomba. Selain itu, para pelajar telah diberi peluang melakukan simulasi memadamkan api kebakaran dengan bimbingan sembilan orang pegawai bomba dari Jabatan Bomba Telok Kemang.
Seorang pelajar lelaki DPS Sem 6 mencuba untuk lakukan simulasi memadam api |
Seorang wakil siswi juga tidak ketinggalan melakukan simulasi memadamkan api kebakaran. |
Program yang disertai oleh 341 pelajar sem 6 DPS ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran pelajar dan sebahagian pensyarah.
Laporan oleh:
CIK NUR AKMAR BINTI MOHD ARIF
Pengarah Ceramah dan Simulasi Latihan Kebakaran.
1 comments:
Congrate sem 6 dps......
Post a Comment