Malaysia pernah dikejutkan dengan pendedahan kadar buta
huruf yang tinggi di negara ini. Pada 2012, laporan berita menyatakan lapan
peratus daripada 6, 667 pelatih PLKN adalah mereka yang tidak boleh membaca.
Justeru, ia mencetuskan polemik apatah lagi negara ini merupakan negara yang
sedang membangun.
Di peringkat antarabangsa, pada tahun 2006, Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyatakan
terdapat 800 juta penduduk berusia 15 tahun ke atas gagal untuk membaca mahupun
menulis nama mereka sendiri. Namun begitu, kadar literasi di Malaysia semakin
baik kerana statistik juga menunjukkan penurunan saban tahun.
Sebagai ibu bapa adalah menjadi harapan yang besar supaya anak-anak mereka boleh membaca seawal usianya. Oleh itu, ibu bapa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan awal terbaik agar berkebolehan membaca lebih awal. Sehubungan dengan itu, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) dengan kerjasama Institute Helping Boys and Nurturing Girls (IHBNG) Kolej UNITI telah menganjurkan Program “Cepat Baca dan I Can Read” sebagai keprihatinan kepada keperluan itu.


Tambahan lagi, menurut beliau, penganjuran program tersebut
adalah bagi meningkatkan kemahiran pengajaran 'Cepat Baca' dan 'I Can Read' di
kalangan pelajar sebagai persediaan menjalani latihan mengajar atau praktikum pada
bulan Mei 2016 ini.
![]() |
Seorang siswa DPS sedang mengaplikasi kaedah 'Cepat Baca' dalam program 'Cepat Baca dan I Can Read' |
Manakala, Zakri Mohd Zain merangkap Pengurus Institut HBNG
berkata, inisiatif ini adalah bagi mendedahkan kepada pelajar contoh-contoh
permainan dan aktiviti pengayaan perbendaharaan kata lalu meningkatkan
kemahiran membaca dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan
di tadika.

0 comments:
Post a Comment