KOLEJ UNITI, PORT DICKSON 29
JANUARI- Keusahawanan secara atas talian sebagai sebuah gaya perniagaan
terkini memberi inspirasi kepada UNITIMART bagi mengadakan taklimat Ambassador
Unitimart.com kepada 20 orang siswa-siswi terpilih daripada Fakulti Pendidikan
dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson baru-baru ini.
Program Ambassador Unitimart.com telah dikelolakan oleh Puan
Norsa’adah Mohamad Bahri selaku Pengurus Operasi agensi di bawah Kolej UNITI Port Dickson bersama penggerak lainnya.
Antara objektif program tersebut adalah sebagai pendedahan kepada siswa/i FPPM Kolej UNITI Port Dickson tentang pasaran atas talian yang menjadi keperluan dan gaya perniagaan era ini untuk menjana pendapatan melalui komisyen dalam jualan.
Penganjurannya juga adalah sebagai usaha meningkatkan
kemahiran, keyakinan dan minat pelajar FPPM dalam bidang keusahawanan atas
talian selain dapat membantu pelajar membina kerjaya alternatif bagi
mengelakkan graduan FPPM tersenarai dalam
statistik pengangguran yang kian meningkat saban tahun disebabkan oleh
pelbagai faktor.
0 comments:
Post a Comment