PORT DICKSON, 2 APRIL- Baru-baru ini, seramai 37 orang pelajar
Kolej UNITI terdiri daripada pelajar jurusan Diploma Industri Halal, Diploma
Pengurusan Muamalat, Diploma Occupational in Safety and Health serta Diploma in
Graphic Design tidak ketinggalan berbakti kepada masyarakat setempat apabila
berjaya buat julung kalinya menganjurkan program ‘Jalinan Mesra Bersama Saudara
Baru dan Penduduk di Perkampungan Orang Asal, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program yang dirancang di bawah subjek Khidmat Sosial ini
merupakan peluang kepada pelajar untuk menyerlah kemahiran-kemahiran insaniyyah
(softskills) sebagai persediaan untuk menjadi graduan yang trampil dan
berkeyakinan selaras dengan PANCAKU UNITI.
“Pengalaman pengurusan program sebegini membantu saya dan
rakan-rakan untuk melakukan persediaan menghadapi fasa seterusnya iaitu latihan
industri dan lapangan kerja.” Jelas Rawaida Rusli, 19 tahun.
Antara objektif penganjuran program adalah untuk beramah-mesra
bersama saudara baru dan penduduk KOA Sunggala dan menyalurkan sumbangan
berbentuk bantuan asas makanan kepada keseluruhan ketua keluarga.
Slot ceramah “Indahnya Hidup dalam Islam” untuk saudara baru dan penduduk bukan Islam juga telah dijayakan oleh panel jemputan, Ustaz Shamsul Azhar Yahya, Pensyarah di Institut Islam Hadhari dan Pengerusi Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia. Di penghujung ceramah, beberapa saudara baru telah menerima sumbang berbentuk set telekog, sejadah, al-Qur’an, beras dan tepung.
Sambutan penduduk KOA Sunggala amat memberangsangkan untuk
memastikan program ini lancar. Kehadiran dan keterlibatan penduduk sepanjang
program berlangsung membantu jawatankuasa program mencapai objektif yang telah
disasarkan.
“Selaku penganjur, kami mengucapkan kepada semua penyumbang
yang telah menyumbang samaada berbentuk wang ringgit mahupun material sehingga
program yang telah dirancang hampir tiga bulan dapat dijayakan walaupun
berhadapan beberapa kekangan yang akhirnya dapat diatasi.” Jelas Zarif Reza
Shah lagi.
Sementara itu, Puan Faridah Mohd Tap, penyelaras subjek Khidmat
Sosial di bawah Jabatan Pengajian Umum sedang merangka program susulan dengan
kerjasama daripada agensi-agensi terplih seperti Islamic Outreach, Farmasi
Alpro, Perkim Malaysia dan lain-lain untuk terus mengadakan program berkala
bersama penduduk kampung.
0 comments:
Post a Comment