Satu program khidmat sosial telah
berjaya dilaksanakan oleh para pelajar bagi Diploma Pendidikan Prasekolah
Semester 4 Kumpulan C, daripada Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI.
Program khidmat sosial yang dinamakan sebagai ‘Semarak Kasih’ ini
telah dilaksanakan pada 19 Mac 2016 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu. Tempat
penganjuran program ini adalah di Rumah Kebajikan Asnaf Murni, Nusari Bayu 3,
Sendayan, Negeri Sembilan. Program yang bertemakan ‘1 Hati 1 Ukhwah’ ini telah
bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Program yang
berlansung ini melibatkan seramai 31 orang peserta dan seorang pensyarah
pengiring.
Antara objektif
bagi program ini adalah untuk menyemai dan menerapkan sikap saling
tolong-menolong atau bantu-membantu dalam kalangan para siswazah khususnya dan
masyarakat secara amnya. Selain itu, melalui program ini sumbangan dalam bentuk
tenaga dan usaha, kewangan, makanan dan peralatan dapat disalurkan kepada rumah
kebajikan yang dipilih.
Tujuan lain program ini diadakan adalah untuk
mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta iaitu sebagai pelajar dengan
kelompok masyarakat yang berada di sekeliling mereka dan menjadikan program ini
sebagai medium amal bakti untuk bekalan diakhirat kelak. Program ini juga
diadakan sebagai memenuhi kehendak dan syarat tugasan subjek MPU 1012 Khidmat
Sosial.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program
ini adalah gotong royong membersihkan Asrama Perempuan di Rumah Kebajikan Asnaf
Murni . Selain itu, sumbangan dalam bentuk makanan, peralatan penjagaan diri,
alatan tulis dan wang ringgit turut disampaikan kepada penghuni Rumah Kebajikan
Asnaf Murni.
Impak atau kesan
daripada pelaksanaan program ini adalah para pelajar memperoleh pengetahuan
serta pengalaman bagaimana untuk mengadakan seterusnya mengendalikan sesuatu program dari mula sehinga ke
akhirnya. Selain itu, elemen kerjasama dan kesepakatan dalam diri para peserta
dapat dipupuk dan disemai sepanjang tempoh melaksanakan program ini.
Kemahiran soft skill juga dapat diasah dan
diterapkan kepada para peserta. Selain itu, dapat membuka mata masyarakat
sekeliling bahawa golongan remaja atau belia khususnya mahasiswa bahawa mereka
mahu, bersungguh dan komited untuk menyumbang khidmat dan bakti kepada
masyarakat dan bukan hanya leka mencari kebebasan dan keseronokan semata-mata.
Melalui program
ini juga, elemen kasih sayang dan menghargai sesama manusia dapat dipupuk terutama
terhadap penghuni Rumah Kebajikan Asnaf Murni yang rata-ratanya masih kecil.
Selain itu, dapat menerapkan elemen bersyukur dalam diri peserta akan nikmat
yang mereka telah miliki berbanding kesukaran dan kesusahan yang dialami
penghuni di Rumah Kebajikan Asnaf Murni.
DITULIS
OLEH,
CIK
SYAZWANI ABD JALANI
PENSYARAH
JABATAN PENDIDIKAN
FAKULTI
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
0 comments:
Post a Comment