Sebahagian peserta kursus sedang mendengar pengisian dari wartawan Majalah I |
Didorong oleh
maksud Kalam Allah Ta’ala di atas, Unit Media dan Unit Latihan Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI, Port Dickson telah
menganjurkan sebuah bengkel penulisan melibatkan 35 orang pensyarah di bawah
fakulti tersebut sebagai medium latihan penulisan dan perkongsian ilmu kepada
masyarakat awam.
Sdr. Mohd Irsyadi mengelolakan bengkel penulisan |
Menulis ialah jihad
Menurut Mohd
Irsyadi, menulis merupakan salah satu cabang dalam jihad ilmu. Beliau menegaskan para akademia perlu menulis
untuk perkembangan ilmu kepada masyarakat awam yang ketandusan bahan bacaan
ilmiah untuk pembinaan ketamadunan bangsa yang agung. Beliau juga mengatakan,
media cetak akan terus relevan walaupun masyarakat kini bergantung kepada media
elektronik.
Selain itu, jika
kita menekuni sejarah penulisan Al-Qur’an dan Hadith pula, maka kita akan
dapati besarnya kepentingan penulisan dalam kehidupan seseorang. Atas kesedaran
kepada kepentingan menulis itu, maka kita dapat menyaksikan para ulama muktabar
dan para ilmuwan bukan sahaja menggali ilmu dengan membaca dan mengajarkannya
kepada masyarakat, tetapi turut sama serius medokumenkan khazanah ilmu dalam
bentuk penulisan untuk diabadikan selepas pemergian mereka untuk rujukan dan
manfaat masyarakat kemudian.
“Penganjuran
bengkel penulisan yang julung kali dianjurkan ini oleh FPPM adalah sejajar dengan
fungsi Kolej UNITI Port Dickson sebagai sebuah institusi pendidikan, kami berhasrat
ingin membangunkan potensi para pensyarah untuk berkongsi ilmu dalam bidang
masing-masing untuk manfaat umum melalui penulisan di media samaada blog, mahupun
media cetak dan elektronik selepas mengikuti bengkel ini.” Jelas Nur Akmar Mohd
Arif, Pengarah Program.
Akhirnya, bengkel
penulisan tersebut diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua. Ia juga dapat meningkatkan imej positif kepada
Kolej UNITI Port Dickson sebagai sebuah institusi pendidikan swasta yang
berwibawa dalam perkembangan ilmu khususnya dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak, pendidikan Islam dan pengajian umum.
Oleh:
Puan Faridah Mohd Tap,
Unit Media,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI
Port Dickson, N. Sembilan.
0 comments:
Post a Comment