Menurut E. Paul Torrance (1991), pelajar yang kreatif belajar melalui pemerhatian, penerokaaan serta persoalan. Setiap individu mempunyai kreativiti yang dianugerahkan secara semulajadi. Dengan adanya bimbingan ia dapat dilakukan dalam bentuk karya yang lebih menarik.
Seni memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kanak-kanak. Hal ini kerana gabung jalin seni dalam pembelajaran akan membuatkan mereka berasa lebih gembira dan seronok untuk belajar. Terapi seni juga berupaya meningkatkan tahap keyakinan dan optimistik dalam diri kanak-kanak.
Pendekatan dan penglibatan kanak-kanak dalam pelbagai jenis pengalaman adalah sangat penting terutama bagi kanak-kanak lelaki yang berada dalam lingkungan umur 4 – 9 tahun. Dimana dalam hal ini kanak-kanak belajar melalui pembelajaran sendiri yang mana memberi lebih kepuasan serta pengalam yang tersendiri. Proses ini meningkatkan perasaan estetika dan daya kreativiti kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita merupakan guru pertama bagi anak-anak. Kita pasti mengimpikan mereka menjadi seorang yang pintar. Dalam perkara sebegini kita seharusnya membiarkan mereka berkarya dengan bebas, berimaginasi dan memcuba apa yang ada disekeliling mereka. Setiap yang dihasilkan adalah luahan jiwa dan pengamatan mereka terhadap persekitaran mereka. Maka kita perlu berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka.
Perkara yang terakhir adalah mencari peluang untuk menggalakkan kanak-kanak lelaki mengembangkan komponen-komponen dasar semulajadi dalam diri meraka seperti seni visual, tingkah laku motor kasar dan motor halus, seni verbal, hubungan sosial, logik matematik dan kinestetik. Sekiranmya kesemua perkara ini berjalan dengan lancar maka masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak lelaki akan berkurangan dan kanak-kanak lelaki akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Catatan Penting:
- Perkara pertama adalah mencari peluang untuk menggalakkan kanak-kanak lelaki.
- Perkara kedua adalah berbangga dengan usaha yang dilakukan.
- Perkara ketiga amalkan sikap optimistik.
- Perkara keempat memberi pendedahan dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang sempurna. Kanak-kanak akan berupaya mengembangkan pemikiran kritis mereka.
- Perkara kelima adalah terima segala persoalan, pemerhatian, percubaan serta penerokaan yang mereka lakukan kerana melalui perkara sebegini sebenarnya kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif.
Disediakan oleh,
Fatimah bt Kamaruddin,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson,
Negeri Sembilan.
0 comments:
Post a Comment