(Jauhi Korupsi!!!!)
Laporan
Transparency International (IT) Malaysia telah mengeluarkan sebuah laporan baru
mengenai Indeks Persepsi Rasuah (IPR) bagi tahun 2011. IT- M merupakan sebuah
badan bukan kerajaan bebas, institusi non-partisan yang komited menentang
rasuah atau korupsi sama ada dalam sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan
juga institusi sivil melalui advokasi, kajian, serta pendidikan. Badan ini
telah berdaftar dengan badan pendaftar, Registrar of Societies Malaysia (ROS) dan
telah mencapai standard antarabangsa.
Laporan
menunjukkan skor IPR bagi negara ini telah jatuh daripada 4.4 kepada 4.3 pada
tahun 2011 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-60 daripada 178 negara yang
dipantau berbanding tangga ke-56 dua tahun berturut-turut sebelumnya.
Tahun
|
Kedudukan
negara
|
Skor
IPR
|
Jumlah
negara-negara yang dipantau
|
2001
|
36
|
5.0
|
91
|
2002
|
33
|
4.9
|
102
|
2003
|
37
|
5.2
|
133
|
2004
|
39
|
5.0
|
146
|
2005
|
39
|
5.1
|
159
|
2006
|
44
|
5.0
|
163
|
2007
|
43
|
5.1
|
179
|
2008
|
47
|
5.1
|
180
|
2009
|
56
|
4.5
|
180
|
2010
|
56
|
4.4
|
178
|
2011
|
60
|
4.3
|
178
|
(Sumber: www.malaysiakini.com, Dis 5,
2011)
Laporan
statistik juga menyaksikan kepada kita bahawa gejala rasuah di negara ini tidak
menunjukkan sebarang penurunan walau pelbagai usaha pencegahan dan membendung
rasuah telah dilakukan. Malah, dapatan ini mencerminkan kelemahan tadbir urus yang
sedang membarah dalam pentadbiran negara.
Takrif Tadbir Urus Baik.
Cabaran
besar ke arah mencapai tadbir urus yang baik (good governance) adalah membanteras rasuah daripada menjadi
lingkaran syaitan (vicious circle) yang tidak berkesudahan. Apa yang
dimaksudkan dengan ‘good governance? Organisasi Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD) telah mentakrifkan ‘good governance’ sebagai ‘ the management of government in a manner
that is essentially free of abuse and corruption, and with due regard for the
rule of law. Terdapat beberapa ciri penting kepada tadbir urus yang baik
sepertimana digariskan oleh OECD yang diambil dari portal rasmi unesco.org,
iaitu keterlibatan (participation),
ketelusan (transparency),
akauntabiliti (accountability),
kedaulatan undang-undang (rule of law),
efektif (effective), kesaksamaan (equity), membuat keputusan secara
bersama (consensus decision) dan responsif
(responsiveness).
Untuk
mencapai tadbir urus yang baik, antara perkara pertama yang perlu diselesaikan
adalah soal ketelusan (transparency) dalam
pentabiran sepertimana yang ditulis oleh Saladin al-Jurf (1999) dalam
makalahnya ‘Good Governance and
Transparency: Their Impact on Development’. Menurutnya, mana-mana kerajaan
tidak boleh terlibat dalam tadbir urus yang baik seperti pengurusan negara yang
bagus tanpa menggalak dan mempromosikan ketelusan. Justeru, kepimpinan politik
negara terutama Tun Hussien Onn , Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi
(Pak Lah) begitu giat membanteras korupsi sebagai matlamat perjuangan dalam
memimpin dan mentadbir Negara. Malah tidak ketinggalan, Perdana Menteri kita
hari ini, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak juga menyuntik semangat WAWASAN 2020
dalam Pelan Transformasi Kerajaan yang bertujuan untuk memperkasa tadbir urus
yang baik.
Ironinya, persepsi umum kian merosot
kerana statistik rasuah negara saban tahun meningkat. Rakyat mula mempertikai
keberkesanan program untuk membasmi gejala tidak sihat ini daripada terus
membarah. Usaha untuk membentuk dan menghidup suburkan tadbir urus yang baik
akan terencat jikalau gejala rasuah ini tidak ditangani dengan
bersungguh-sungguh oleh semua pihak samaada kerajaan ataupun swasta, samaada
pemimpin mahupun rakyat jelata.
Implikasi Rasuah: Cabaran ke Arah Tadbir
Urus yang Baik.
Gejala rasuah meninggalkan impak yang
besar sehinggakan sesebuah tamadun, empayar dan bangsa boleh runtuh dalam
sekelip mata. Sebagai memetik sebahagian ucapan YB Dato’ Sri Najib (sekarang
Datuk Seri) di Seminar Muafakat Memerangi Rasuah di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) pada tahun 1997, beliau mengatakan, “ Empayar Rom, Empayar Uthmaniah,
Dinasti Ming, yang tidak terurus pentadbirannya menyebabkan tentera dan
kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhimva hancur.
Demikian juga dengan kisah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka akibat berlakunya
amalan rasuah di kalangan raja dan pembesamya. Kerajaan Nasionalis China Kai
Shek di China, Richard Nixon di Amerika, Marcos di Filipina dan akhimya
Presiden Mobuto di Zaire tumbang kerana gejala yang sama.” Sedari itu, YAB Datuk Seri Najib
menggalas amanah yang maha berat bagi memastikan keberlangsungan negara bebas
rasuah. Ia memerlukan sepenuh kesungguhan dalam membanteras gejala ini sebelum
Malaysia mengalami nasib yang serupa seperti dalam ucapan beliau.
Semua masyarakat beragama dan bermoral
menolak rasuah sebagai satu jenayah moral yang keji. Kesan rasuah bukan sahaja
melibatkan segelintir individu pengamal rasuah tetapi ia melangkaui lebih
daripada itu. Ia melibatkan segenap aspek negara dari segi keadilan sosialnya,
kestabilan politiknya, kemakmuran ekonominya, juga nilai dan etika rakyatnya.
Nah, sudah terang lagi bersuluh, inilah cabaran yang harus ditempuhi sebelum
mencapai tadbir urus negara yang unggul.
Keadilan sosial tidak mungkin tercapai
jika si kaya terus menjadi kaya-raya, manakala rakyat terus miskin terhimpit
sehingga keperluan asas manusia yang seharusnya dijaga sukar diperolehi lalu menyebabkan
kemunculan jenayah lainnya seperti merompak, samun, rasuah dan pelbagai lagi di
kalangan rakyat. Keselamatan masyarakat tergugat oleh manusia yang terhimpit
dek desakan hidup. Rakyat mula marah, maka mengancam kestabilan politik.
Para
penguasa korup mula kerut dahi mengenang kebangkitan rakyat yang akan mengancam
kekuasaan politiknya. Akibat daripada keadaan politik negara yang kucar-kacir,
para pelabur asing mula takut untuk melabur. Maka, kemakmuran ekonomi terjejas
kerana pelaburan asing amat perlu bagi menjana pendapatan dan membangun ekonomi
masyarakat seterusnya negara. Kos-kos
tambahan yang wujud dari amalan rasuah ini pula ditanggung oleh pihak lain dan
rakyat. Lingkaran (vicious circle)
ini akan berterusan tanpa kesudahan jika tiada komitmen bersungguh oleh semua
bagi menghentikan budaya korupsi hingga ke akar umbi.
Sehingga artikel ini ditulis, media
baru sahaja melaporkan hukuman penjara selama setahun kepada bekas Menteri
Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan
rasuah melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah
Alam pada 29 Mei 2007 yang melibat jutaan ringgit. Mahkamah juga telah
melucutkan hak pemilikan hartanah tersebut kepada kerajaan Malaysia. Terbaru,
sedang berlangsung kes National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan
seorang lagi pemimpin politik serta keluarganya. Bagaimana kesudahannya? Kita
sama-sama menunggu laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setelah
selesai siasatan keatasnya.
Penyalahgunaan Kuasa dan Amalan Korupsi
Penyalahgunaan kuasa oleh barisan
kepimpinan Negara hanya memudaratkan keberlangsungan hidup rakyat jelata yang
terpaksa bekerja-keras untuk mencari secupak rezeki untuk diri dan keluarga. Lord
Acton menyatakan, “power tends to
corrupt, absolute power corrupts absolutely.” Hanya iman dan moral
kemanusiaan yang tinggi mampu menyelamatkan diri sang penguasa dari terjebak ke
lembah hina rasuah. Pemimpin harus sedar tanggungjawabnya kepada rakyat jelata
yang membayar cukai dalam memastikan sesebuah kerajaan berfungsi. Kerajaan pula
haruslah berfungsi sebagai sebuah entiti yang mengamalkan governans yang baik
demi kesejahteraan rakyat.
Pemimpin kerajaan serta organisasi
sosial lainnya yang korup seperti bidalan Melayu, ‘bagai telur di hujung
tanduk.’ Banyak contoh telah menyaksikan kita bagaimana satu-persatu pengamal
rasuah di kalangan pemimpin jatuh tersungkur, rebah di bumi apabila rakyat mula
menunjukkan kemarahannya lantaran sekian lama rintihan dan derita tidak
didengari. Begitulah yang terjadi kepada Kesultanan Melayu Melaka yang akhirnya
tumbang sekelip mata apabila rasuah menjadi budaya raja dan pembesarnya.
Fikir-fikirkanlah nasib untung rakyat yang baru separuh abad mengecap
kemerdekaan setelah ratusan tahun dijajah oleh para kolonial barat dan Jepun
(Asia) suatu ketika dahulu akibat dari amalan rasuah ini.
Oleh:
CIK FARIDAH MOHD TAP
Pensyarah Jabatan Pengajian Umum,
Kolej UNITI, N9
(Pernah diterbitkan di Majalah Dewan Masyarakat (Februari 2012) dan MilineaMuslim (Julai 2012 dan Berita Harian ruangan Forum).
0 comments:
Post a Comment