Zaman moden ini, biasa kita
tengok situasi dimana satu keluarga berkumpul
senyap sunyi sebab sibuk dengan gadget di tangan masing-masing. Lagi
membimbangkan bila kanak-kanak semuda satu tahun diberi gajet untuk mendiamkan
mereka.
Dengan gajet, anak-anak akan bermain seorang diri. Kajian
oleh Dr Gary Small mengatakan anak-anak yang menghabiskan terlalu banyak masa
dengan teknologi, akan mengurangkan interaksi dan mengganggu ketrampilan
komunikasi.
Zaman sekarang, anak-anak hanya dapat bermain pasir, buih,
rumput dan play-doh hanya di i-pad sahaja. Ini akan membantutkan perkembangan
diri mereka. Biarkan anak menyentuh dengan mengunakan tangan sendiri. Ia dapat
meransang kemahiran motor dan kemahiran deria. Mereka sepatutnya keluar rumah,
berjalan di taman dan bersosial dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak kecil
harus mampu melontar bola, melompat, berlari dan bernyanyi.
Banyak lagi kesan buruk pengunaan gajet berlebihan pada
anak-anak antaranya penurunan perkembangan otak, obesiti, temperamental,
terdedah kepada radiasi yang boleh menghancurkan sel otak kanak-kanak kecil,
merosakkan penglihatan mata dan paling ketara sekali apabila mereka kurang
berminat untuk bermain di alam terbuka.
Bimbang bukan? Bagaimana nak mencegah anak dari dunia
ketagihan gajet yang melampau ni? Antara pilihannya adalah Busy board. Apa itu
busy board? Ia adalah satu papan yang diletakkan aksesori dan peralatan dengan
fungsi yang berbeza yang dapat membuatkan kanak-kanak sibuk dan terhibur.
Pengunaan busy board ini telah digunakan secara meluas di
Negara luar seperti dan Rusia dan diakui keberkesanannya dalam meningkatkan
kemahiran motor halus kanak-kanak sama ada kanak-kanak normal, hiperaktif atau
lembam.
Ia juga dapat melatih anak-anak berfikir untuk
menyelesaikan masalah, sebagai contoh macam mana nak membuka mangga mengunakan
kunci, bagaimana membunyikan loceng basikal, menyalakan lampu dan macam-macam
lagi.
Busy board sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan dan keatas
atau bila anak anda sudah belajar untuk duduk dan bila mereka sudah menunjukka
minat pada barang-barang rumah seperti alat kawalan jauh, pintu, suis dan
lain-lain. Menariknya ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Lazimnya, kanak-kanak mampu bermain dengan
papan berkenaan sekurang-kurangnya 30 minit dan tempoh berkenaan cukup untuk
mereka melatih kemahiran motor setiap hari, selain memberi masa dan ruang untuk
ibu terutama suri rumah melakukan kerja rumah tanpa diganggu atau ketika
memandu.
Selain itu, penggunaan busyboard sangat
membantu untuk mengelakkan kanak-kanak terlalu tertumpu kepada penggunaan gajet
untuk . Anda boleh dapatkan busy board ini dari instagram busytodd_busyboard
atau Facebook busy todd busy board.
Disediakan oleh,
NUR LAILA BINTI AHMAD,
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN,
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA,
KOLEJ UNITI PORT DICKSON