Negara kita akan digempitakan sekali lagi oleh keputusan peperiksaan awam terbesar ini. Namun apa yang bakal terjadi tidaklah lebih penting daripada natijah keputusan yang diterima pelajar iaitu samada lepasan SPM 2017 ini mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi, diploma atau meneruskan cabaran akademik di Tingkatan 6 atau jalan lebih mudah iaitu bekerja.
Bagi yang ingin meneruskan cabaran akademik, tulisan ringkas ini menawarkan kepada lepasan SPM untuk pertimbangkan peluang ke institut pendidikan tinggi swasta , atau lebih dikenali sebagai IPTS. IPTA barangkali adalah pilihan lebih baik kerana infrastruktur, keutuhan sistem pendidikannya serta didokong oleh dana kerajaaan. Namun ini tidak lagi benar seratus peratus.
Enam sebab di bawah adalah IPTS wajar menjadi pilihan alternatif kepada pelajar lepasan SPM 2017.
Sebab pertama, peluang di IPTA terhad. Misalnya UiTM sahaja tidak cukup untuk menampung jumlah pelajar layak yang ramai. Program matrikulasi di bawah kendalian kerajaan juga masih tidak boleh menawarkan tempat yang mencukupi kepada calon-calon yang layak. Peluang ke Politeknik juga mempunyai limitasi yang sama.
Kedua, hal ini juga dikekangi oleh jurusan yang ditawarkan insititusi di atas tadi tidak semuanya sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar. Bahkan ada program yang tiada ditawarkan di institusi tersebut. IPTS yang kompetitif selalunya selangkah ke hadapan bagi memenuhi keperluan industri atau kehendak pasaran.
Sebagai contoh Program Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-kanak, Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Diploma Psikologi Kaunseling Kolej UNITI ditawarkan bagi memenuhi kehendak pasaran yang mewajibkan guru tadika dan pengasuh di taska memiliki diploma. Begitu juga kewujudan sekolah rendah Islam swasta yang memerlukan tenaga mahir dalam pendidikan sekolah rendah selain Malaysia kekurangan kaunselor dan pakar psikologi.
Ketiga, program diploma IPTS tidak lagi dilabel mahal seperti peringkat awal IPTS beroperasi dahulu. Ini kerana pelajar yang layak boleh dibiayai oleh PTPTN. Terdapat juga kemudahan atau bantuan kewangan dari pusat zakat negeri, pengeluaran KWSP ibu bapa, tabung-tabung pendidikan negeri seperti TAPEM (Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka) dan seumpamanya.
Keempat, pengambilan pelajar di IPTS tidak terikat dengan tarikh-tarikh tertentu. Ia sentiasa terbuka seperti yang diamalkan oleh Kolej UNITI Port Dickson. Ia tidak seperti IPTA yang pengambilannya telah ditetapkan. Pengambilannya lebih kerap bagi memberi peluang pelajar tidak tercicir peluang sambung belajar bidang kesukaannya.
Kelima, pembelajaran menjadi lebih baik kerana wujud hubungan erat dengan pensyarah. Ini kerana IPTS lazimnya lebih kecil dari segi saiz dan kapasiti untuk mengambil ribuan pelajar. Justeru lebih banyak ruang dan kesempatan pelajar untuk bersemuka dengan pensyarah mereka selepas atau sebelum kuliah.
Keenam, dari segi kualiti pendidikan ia tidak boleh diremehkan oleh mana-mana pihak kerana rata-rata kebanyakan program diploma IPTS telah mendapat akreditasi penuh MQA. Akreditasi adalah satu bentuk pengiktirafan bahawa suatu program akademik yang ditawarkan telah memenuhi keperluan dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sejajar dengan status ini program akademik tersebut juga diiktiraf IPTA untuk menawarkan program ijazah pula. Pada masa sama juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut mengiktiraf program tersebut di mana graduan IPTS tersebut layak memohon jawatan di sektor awam, sama seperti graduan daripada IPTA.
Kolej UNITI Port Dickson sentiasa memastikan program yang ditawarkan mendapat akreditasi dari pihak MQA. Malah, Kolej UNITI Port Dickson telah mendapat 6 Stars MyQuest (kategori kolej) menjadikannya antara 10 IPTS terbaik di Malaysia.
Dengan kelebihan-kelebihan ini maka pelajar sebenarnya mempunyai laluan alternatif untuk pengajian ke peringkat diploma. Sikap bergantung sepenuhnya kepada IPTA tidak lagi lagi boleh dipertahankan terutamanya kepada pelajar yang keputusan SPM mereka tidak cemerlang atau sekadar cukup-cukup makan. Asalkan cukup 3 kepujian (kredit), lulus Bahasa Melayu dan Sejarah anda layak memohon.
Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Dipersilakan memohon ke Kolej UNITI Port Dickson dalam program pilihan anda.
Fakulti kami menawarkan:
1) Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-Kanak (DPAKK)
2) Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah (DPSIR)
3) Diploma Psikologi Kauseling (DPK)
Anda berminat tahu lebih lanjut?
Boleh hubungi Puan Faridah (011-1650 5162) atau melalui WA.
Disediakan oleh,
- Cikgu Badrul Hisham Ithnin
- Pensyarah FPPM.
0 comments:
Post a Comment