Cuti sekolah dah bermula.
“Mama ayah
dapat cuti, jom kita pergi bercuti”
"Hoooraaaa....hooreyyyyyy!!!!" melompat kegembiraan anak-anak.
Wah! gembiranya anak-anak bila ibu ayah dapat luangkan masa bersama. Lagi-lagi pergi bercuti ke luar dari kawasan
tempat tinggal dan ada melibatkan aktiviti-aktiviti di luar rutin harian. Sudah pasti, anak-anak kita berasa teruja.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara
yang ibu bapa perlu pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
untuk bercuti. Berikut empat (4) tip bagi membantu ibubapa merancang dan membuat
keputusan untuk bercuti bersama anak :
1.
Destinasi
percutian :
Pastikan destinasi
percutian adalah pilihan yang telah menimbang suaikan segala aktiviti mahupun
program yang bersesuaian dengan anak. Sekiranya ibubapa ada anak berusia
dibawah enam bulan adalah sangat tidak sesuai sekiranya merancang percutian yang
melibatkan aktiviti lasak di hutan misalnya aktiviti mendaki atau berkayak.
Demikian, pilihlah destinasi yang sesuai dan mesra dengan umur anak-anak.
Jangan pula kerana kesukaran menguruskan anak, percutian menjadi sesuatu yang
menyebabkan ibu bapa tertekan lalu mendatangkan masalah pula.
2.
Jarak
lokasi percutian :
Ibubapa perlu menentukan
jarak lokasi kediaman dengan menitikberatkan sekiranya lokasi yang terlalu jauh
misalnya sehingga memerlukan sembilan hingga 10 jam perjalanan dalam kenderaan boleh
menyebabkan anak bosan dan telah penat kerana melalui perjalanan yang jauh.
Demikian, ibubapa perlu memberitahu terlebih dahulu kepada anak lokasi serta
mood perjalanan supaya anak telah bersedia mental dan fizikal supaya anak faham
dan tidak membuat ‘perangai’ sepanjang perjalanan.
Sekiranya perlu, rancanglah
perjalanan dengan menaiki kapal terbang agar cepat tiba ke destinasi. Selain
itu ibu bapa sebenarnya telah berjaya mengelakkan dari menempuh kesesakan lalu
lintas yang tidak diketahui dalam perjalanan.
3.
Barang
keperluan :
Percutian yang mengambil
masa seminggu hingga berminggu-minggu lebih memerlukan persiapan yang
rapi terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Barang keperluan
termasuklah segala perkara misalnya baju yang mencukupi, keperluan ‘stroller,
‘carry bag’, keperluan ubatan mahu pun keperluan lain yang diperlukan dan sukar
didapati di tempat percutian atau jika ada harganya akan lebih mahal.
4.
Kemudahan
yang disediakan :
Jika berpeluang, ibu bapa
boleh menyemak dan mendapatkan maklumat kemudahan yang telah disediakan di
tempat percutiannya melalui semakan online. Demikian, ibu bapa tidak perlu
membawa barang-barang yang telah disediakan di tempat penginapan misalnya cerek
elektrik, air pemanas, katil bayi dan lain-lain lagi bagi memudahkan dan
menjadikan percutian semakin selesa dan menyeronokkan.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang merancang untuk
bercuti tanpa tekanan, ketahuilah bahawa bukan hanya nilai duit dan kemewahan
sahaja yang anak-anak perlukan sebaliknya kasih sayang dan masa dari ibu bapa
yang amat berharga bagi anak-anak. Maka carilah masa dan luangkanlah masa
bersama anak-anak kerana masa yang berlalu tidak mampu kita ulang. Kita akan
rindukan anak-anak kecil nanti. Selamat bercuti !
Disediakan oleh:
Hidayah
Binti Tokiman,
Dekan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Kolej UNITI Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment