Aktiviti yang saya nak kongsikan di sini ialah aktiviti membuat buku kolaj abjad! Wahhh, seronoknya.
Projek membuat buku kolaj abjad ini boleh menjadi sukar atau semudah yang kita mahukan!
Idea ini banyak memberi manfaat untuk mengembangkan lagi kemahiran semasa membuat buku abjad ini sendiri. Setiap halaman akan menampilkan huruf abjad yang berbeza.
Kita boleh menggunakan seluruh abjad atau menggunakan huruf pilihan seperti huruf yang ada dalam nama kita.
Nak buat macam mana yea? Jom baca untuk yang seterusnya.
Bahan-bahan yang diperlukan :-
• Majalah lama
• Surat khabar lama
• Gunting
• Gam
• Cardboard
• Tali atau reben
• Hole puncher
• Krayon
Cara-cara membuat :-
1. Gunting apa sahaja huruf yang terdapat dalam majalah atau surat khabar.
2. Kemudian tampalkan huruf-huruf tersebut di setiap halaman cardboard yang telah dipotong saiznya mengikut citarasa masing-masing.
3. Setelah semua gam yang ditampal di setiap halaman telah kering, susun setiap halaman dengan urutan yang sesuai dengannya.
4. Seterusnya, tebuk lubang setiap halaman dan ikatkan dengan tali atau reben.
5. Di bahagian muka depan buku kolaj boleh dihiaskan dengan seni kolaj dan juga warna krayon.
Yeayyy! Sudah siap buku kolaj abjad kita. Aktiviti ini bukan sahaja boleh mengisi masa lapang dan memberikan keseronokan pada anak-anak. Malah, banyak kemahiran yang kita boleh kembangkan lagi dalam diri mereka seperti kemahiran kemahiran motor halus, Kemahiran membaca, Kemahiran sosial, Kemahiran seni kreatif dan lain-lain lagi. Kolaj abjad ini juga boleh diubah mengikut citarasa masing-masing seperti tukarkan huruf abjad dalam majalah dengan batang mancis, tali, tisu, pasir, beras dan lain lain lagi.
Gunakan masa yang ada dan berseronoklah membuat buku kolaj abjad anda sendiri! Selamat mencuba!
Disediakan oleh,
Syarfa' Husna Mohd Semsudin,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Kolej UNITI Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment