Dewasa ini kegusaran ibu bapa terhadap
anak yang masih belum boleh bertutur dengan baik atau anak lambat bercakap amat
membimbangkan hingga timbul tekanan di kalangan ibu bapa. Kebimbingan ibu bapa
ini banyak dipengaruhi oleh cerita-cerita negatif yang akhirnya memberi tekanan
secara tidak langsung kepada perkembangan anak mereka sendiri tanpa mereka
sedari.
Bagi ibu bapa yang
berkemampuan, mereka mempunyai pelbagai pilihan yang lebih meyakinkan misalnya
merujuk anak ke pakar-pakar yang lebih khusus di klinik atau hospital swasta.
Kebimbangan ini amat dirasai oleh ibu bapa yang mempunyai pendapatan sederhana
mahupun golongan tidak mampu dari segi ekonomi keluarga. Tambahan lagi ianya
akan terkesan kepada ibu bapa yang tiada atau kurang dalam pengetahuan
pendidikan perkembangan anak-anak. Oleh demikian, ini akan membawa kepada
ketinggalan perkembangan berbahasa kanak-kanak dan jika kanak-kanak mampu
bercakap di lewat usia 6 ke 7 tahun, maka akan berlakunya krisis keyakinan diri
kanak-kanak di peringkat perkembangan yang seterusnya.
Justeru, penulis
berpendapat, terdapat tiga cara bagi merangsang anak untuk bercakap. Pertama
adalah langkah paling mudah yang mampu dikuasai oleh semua ibu bapa iaitu ajak
anak untuk berbual. Teknik berbual atau bercerita ini boleh dipraktikkan sejak
anak di dalam kandungan lagi seterusnya apabila anak lahir. Kekerapan ibu bapa
untuk berbual dan melapangkan masa untuk anak-anak secara tidak langsung
memberi kesan positif bukan sahaja dari perkembangan bahasa anak-anak malahan
dapat merangsang emosi positif anak-anak. Kanak-kanak akan rasa dihargai dan
diberi perhatian. Ketika ibu bapa berbual bersama anak, anak-anak akan melalui
proses peniruan. Di dalam proses peniruan akan ada proses pengulangan, ketika
inilah anak akan mengumpul perbendaharaan kata.
Langkah kedua adalah ajar
anak-anak menggunakan perkataan positif. Langkah ini dapat dibentuk ketika
proses berbual atau bercerita bersama anak tadi. Ibu bapa boleh mendorong anak
untuk bercakap dengan bahasa yang mudah dan sopan misalnya ucapkan “terima
kasih mama”, “minta maaf ayah”, “janji tak buat lagi” dan sebagainya. Mungkin
pada mulanya anak-anak agak sukar untuk mengucapkannya tetapi apabila ada
kelaziman, maka ucapan ini akan mudah digunakan dengan tindakan yang selaras
dengan ucapan contohnya meminta maaf sambil bersalaman. Ini membawa kepada
perkembangan nilai-nilai murni dalam diri anak. Disamping pengunaan perkataan
positif, harus ada pemantauan bagi ucapan kata-kata negatif. Ibu bapa adalah
cermin bagi anak, demikian anak akan bertingkah laku dan bertindak mengikut
pantulan cermin itu. Tegak cermin itu, tegaklah pantulan itu dan sebaliknya.
Walaubagaimanapun,
pendedahan di luar kawalan ibu bapa menyebabkan anak-anak mudah meresap dan
meniru pertuturan kata yang tidak sesuai. Perkara pertama wajib dibuat oleh ibu
bapa adalah tegur sejurus perkataan yang tidak sesuai diucapkan. Teguran ini
dibuat bagi menyedarkan anak-anak bahawa ucapan yang digunakan adalah salah dan
tidak sopan. Jika teguran di buat dalam masa yang sesuai, selitkan bersama
nasihat dan nyatakan alasan mengapa tidak boleh menggunakan perkataan yang
tidak sopan. Pastikan ibu bapa menasihati anak dalam keadaan yang waras. Jangan
pula nasihat anak dalam keadaan emosi marah kerana apabila marah tidak mustahil
ibu bapa akan menggunakan kata-kata negatif yang secara tidak langsung akan
menurunkan motivasi anak. Ibu bapa juga perlu melatih diri untuk memberi
nasihat secara berhikmah dan tidak berlebih-lebihan.
Seterusnya, langkah ketiga
bagi merangsang anak untuk bercakap adalah dengan melatih anak untuk
menggunakan sebutan yang betul. Situasi yang selalu kita lihat pada hari ini
ialah ibu bapa pula yang berlebih-lebihan bercakap pelat di hadapan anak-anak.
Ini akan menggalakkan anak-anak untuk meniru dan mengulang percakapan pelat.
Tindakan awal yang dapat ibu b
Ibu bapa berperanan sebagai
model tingkah laku yang terbaik dalam usaha untuk menggalakkan anak bercakap.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tegasnya hanya
kesedaran, kesabaran dan keprihatinan ibu bapa sahaja yang dapat membantu dalam
proses perkembangan anak untuk bercakap dengan lebih lancar.
Disediakan oleh:
Hidayah Binti
Tokiman,
Pensyarah
(Jabatan Pendidikan)
Fakulti
Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
Kolej Uniti
Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment