Pages

Sunday 23 July 2017

PERLAKSANAAN ARTERA SECARA RASMI DI TADIKA BIJAK ILMU- Nur Akmar Mohd Arif

Kolej UNITI, Port Dickson, 17 JULAI 2017- Satu majlis ringkas penyerahan produk Artera kepada para guru di Tadika Bijak Ilmu (TBI) telah diadakan dengan jayanya sebagai simbolik penggunaan produk Artera secara rasmi di Tadika Bijak Ilmu yang bernaung di bawah Kolej UNITI.

Majlis penyerahan produk Artera yang merupakan satu program baru dari Kolej UNITI ini telah disampaikan oleh CEO SERVCO UNITI, Encik Taufiq Rosidi kepada Puan Norashikin dan Puan Marsella selaku guru di Tadika Bijak Ilmu serta diiringi oleh Pengurus Tadika Bijak Ilmu, En Asyraf Azeman.

Majlis ini turut dihadiri oleh Team UNITI Early Child Care, Cik Nurshaqila Binti Toha dan Cik Nur Filzahhana Binti Ramlee yang juga merupakan pensyarah dari Jabatan Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) Kolej UNITI.


Apa itu Artera?

Artera merupakan satu sistem pembelajaran alat mainan yang paling lengkap untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kreatif di peringkat prasekolah yang dilengkapi dengan rancangan pengajaran, tutorial video dan manual pemasangan bagi memudahkan pengajaran serta pembelajaran merentasi mata pelajaran sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (STREAM).


Tadika Bijak Ilmu telah menjadikan Artera sebagai salah satu program pembelajaran aktif dalam usaha untuk mengasah kemahiran pemikiran aras tinggi dan penyelesaikan masalah. Pembelajaran secara bermain (toys learning system) yang digunapakai ini pastinya dapat menarik minat dan memberi keterujaan kepada kanak-kanak TBI ini selain dapat mencungkil bakat dan kreativiti mereka.


Produk hebat ini dijangka dapat meningkatkan daya pembelajaran dan kreativiti anak-anak di Tadika Bijak Ilmu serta memberi pengalaman yang sangat berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran STREAM yang lebih menyeronokkan dan berkesan.




Disediakan oleh,


Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM),
Kolej UNITI Port Dickson



Galeri Foto:









0 comments:

Post a Comment