Pages

Sunday 16 July 2017

Hanya 140 pakar psikologi di Malaysia-Portal Islam dan Melayu


KUALA LUMPUR, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Malaysia hanya mempunyai 140 ahli psikologi klinikal yang berkhidmat di seluruh negara, kata Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, ahli psikologi klinikal penting ketika ini untuk merawat mereka yang terjebak kemurungan atau petanda awal penderitaan mental menggunakan kaedah psikoterapi.

Ini kerana katanya, kecenderungan untuk bunuh diri dalam kalangan remaja yang dikaitkan dengan masalah kesihatan mental perlu ditangani segera.

Tambahan pula ketika ini, nisbah ahli psikiatri kepada jumlah penduduk di Malaysia ialah 1:200,000 (satu doktor merawat 200,000 pesakit mental) jauh lebih rendah daripada 1:10,000 yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jelas beliau lagi, ahli psikologi berbeza dengan pakar psikiatri, sebagai doktor perubatan dan memberikan ubat kepada pesakit yang disahkan menghidap sakit jiwa.

“Selain kekurangan pakar psikologi, negara juga menghadapi kekurangan ahli psikiatri dengan sebanyak 360 pakar psikiatri berdaftar di sektor awam dan swasta di seluruh negara.

“Negara masih kekurangan 3,000 pakar psikiatri untuk mencapai nisbah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam satu kenyataan.

0 comments:

Post a Comment