Pages

Tuesday 22 August 2017

Bangkitlah Remaja Islam- Faridah Mohd Tap



"Buku karya Faridah Mohd Tap ini telah berjaya mengumpulkan skop yang luas bagi bidang aktiviti dan capaian yang harus ditangani para remaja. Yang istimewanya, beliau telah berjaya menggarap isu remaja dalam persepsi tempatan dan sangat relevan dengan remaja kita hari ini."
"Para kumpulan remaja, pelajar IPT, kumpulan usrah dan NGO belia boleh menjadikan buku ini antara modul dan rujukan dalam sesi latihan, majlis usrah dan halaqah malah bahan muzakarah. Semoga penggarapan isu remaja ini sampai ke sasarannya." 
(Dato' Haji Muhammad Zakaria, Aktivis Belia, Dakwah Antarabangsa dan Misi Kemanusiaan) 


Persoalan tentang "Siapakah aku?" seringkali bermain-main di minda dalam kalangan golongan remaja untuk mencari identiti diri. Justeru, tempoh remaja amat kritikal kerana remaja mula membentuk identiti sama ada secara positif atau negatif.

Hakikatnya, zaman muda adalah zaman penuh kegemilangan seorang manusia jika dibangunkan jiwa kepemudaannya berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka akan lahirlah sosok belia yang hebat.

Dalam Al-Qur'an juga banyak aspek kepemudaan dinukilkan dalam firmanNya antaranya dalam surah Ar-Rum, ayat 54 yang bermaksud,

"Allah yang menciptakan kamu bermula daripada keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia yang menciptkan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."


Justeru, penulis rangkumkan keprihatinan penulis yang membelenggu remaja hari ini  menerusi kompilasi artikel berkaitan remaja agar mengorak rasa dan langkah untuk 'Bangkit' menjadi sosok yang hebat dan berjasa.


Buku ini merupakan kompilasi pelbagai aspek remaja, gender, cinta, sosial, pendidikan dan politik yang boleh membantu adik-adik remaja untuk membuat anjakan paradigma bahawa era belia bukan untuk berseronok tanpa hala tuju. Tapi, anda adalah lebih lagi....

Dapatkan senaskah hari ini dengan berhubung terus dengan penulis merangkap pensyarah di bawah FPPM Kolej UNITI menerusi talian: 013- 611 5468 atau layari Telaga Biru untuk previu dan belian online:

http://www.telagabiru.com.my/produk/buku/bangkitlah-remaja


0 comments:

Post a Comment