10 Ogos 2017- Sebuah
bengkel “Teknik Penggunaan Patung Baby Anne” telah diadakan khusus untuk
pensyarah Jabatan Pendidikan FPPM bertempat di Bilik Kuliah 11, UNITI Village. ini
memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang tips hadapi situasi kecemasan
dan bagaimana memberi pertolongan cemas kepada kanak-kanak jika berlaku
kecemasan di tadika mahupun di taska.
Bengkel ini
memberi pengetahuan berguna kepada pensyarah tentang teknik penggunaan patung
baby anne dengan cara yang betul, lebih yakin dan selamat oleh jurulatih bertauliah,
Puan Sharifah Aini, merangkap Pengarah Urusan Tadika Bistari yang juga
merupakan pengusaha Tadika Bistari Petaling Jaya.
Bengkel ini telah
memberi peluang kepada semua pensyarah Jabatan Pendidikan FPPM untuk melakukan
simulasi pertolongan cemas bagi rawatan kecemasan bayi tercekik dengan
menggunakan patung baby anne.
Kepentingan kemahiran pertolongan cemas
Pertolongan
cemas merupakan kaedah, perkara atau bantuan yang boleh dilakukan oleh
seseorang yang berada di tempat kemalangan untuk merawat mangsa yang cedera
atau sakit. Ia juga merupakan pertolongan pertama, sementara dan segera atau
serta merta tetapi tidak dapat menggantikan pihak doktor, jururawat atau
paramedik.
Kemahiran
pertolongan cemas ini perlu dikuasai oleh semua pensyarah supaya teknik ini boleh
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dalam
aktiviti hands on bersama pelajar dalam bilik kuliah.
Ia juga
menjadi bukti betapa tenaga pengajar adalah terlatih dan komited dalam
melahirkan graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah dan Diploma Pendidikan Awal
dan Asuhan Kanak-Kanak di Kolej UNITI Port Dickson.
Disediakan oleh,
Nur Akmar Mohd Arif,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI, Port Dickson.
Foto Galeri:
0 comments:
Post a Comment