Ihsan imej: istockphoto.com |
Semua permintaan ibu bapa ditolak bulat-bulat dengan jawapan “tak nak lah”, “tak reti”, “adik takut lah” walaupun ditemani oleh ibu bapa.
Mengapa ini terjadi ?
Di bahagian manakah kurangnya perhatian diberikan ?
Situasi lazim yang biasa saya perhatikan adalah ketika membuat pembayaran di kaunter pasar raya misalnya; ibu bapa menyerahkan duit dan meminta anak kecil yang membayar dan menjalankan akad urus niaga sambil diperhatikan oleh ibu bapa.
Urus niaga itu berjaya dilakukan tetapi mengapa anak saya tidak mampu melakukan sedemikian ?
Bagaimanakah cara untuk saya mendedahkan anak dengan situasi di atas ?
Berikut adalah EMPAT (4) tip bagi membentuk keyakinan diri anak.
Pertama, permulaan latihan membentuk keyakinan diri anak adalah di rumah. Ibu bapa boleh memberi tugasan ringkas kepada anak. Misalnya anak berumur empat tahun dan mahukan susu. Minta anak sediakan botol atau cawan kegemarannya terlebih dahulu. Disini ibu bapa sebenarnya memberikan anak tanggungjawab dalam masa yang sama anak akan bebas membuat pilihan.
Kedua, semakin hari tugasan menyediakan botol susu telah menjadi rutin, ibu bapa boleh tambahkan kepada tugasan mencabar misalnya padanan botol dengan susu, “ini botol adik, ni susu adik”, “ini botol kakak, ini susu kakak”. Perlu diingat tugasan tidak boleh keterlaluan.
Ketiga, beri kepercayaan kepada anak. Usah bimbang anak buat salah, segera tegurlah mereka. Itu tandanya mereka sedang belajar. Apabila anak berjaya menyelesaikan cabaran, hargai mereka.
Keempat, penghargaan yang diberikan boleh melalui pujian dengan ucapan “pandailah kakak tolong mama”, “bagus anak mama”, tepukan juga boleh usapan dengan penuh kasih sayang. Demikian, tidak mustahil apabila ia telah menjadi rutin, tanpa paksaan anak akan menawarkan diri dan seronok membuat tugasan tersebut.
Tuntasnya, keyakinan diri anak telah terbentuk seawal di dalam rumah lagi. Maka mudahlah bagi ibu bapa meneruskan konsep yang sama apabila berada di luar rumah dan apabila anak bergaul dengan rakan sebaya yang lain.
Ironinya, tanpa kita sedari kadangkala ibu bapalah sebenarnya punca kepada kekurangan tahap keyakinan diri anak kerana sikap ibu bapa yang “tidak percayakan anak”.
Maka bermula hari ini, ubahlah persepsi anak saya “tak pandai”, “tak boleh” kepada “cuba dulu”, “mesti boleh” dan gunakan seluruh potensi dan bakat terpendam dalam diri anak.
Maka keyakinan diri anak akan terserlah.
Cubalah !
Disediakan oleh:
Puan Hidayah Binti Tokiman,
Dekan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson, NSDK.
1 comments:
Lucky Club Casino Site - Lucky Club - Login - Lucky Club
Lucky Club is a casino in Cape 카지노사이트luckclub Town. Find out if Lucky Club Casino is an online casino, sports betting, slot games, live betting, roulette
Post a Comment