Para peserta Bengkel Melakar Kejayaan baru-baru ini. |
Kolej UNTI, 11 Mac 2013 –
Unit Pembangunan pelajar dengan kerjasama Koordinator pelajar Diploma Pendidikan
Prasekolah Semester satu telah menganjurkan sebuah Bengkel Melakar Kejayaan
bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan prestasi mereka dalam
akademik.
Program
ini dilaksanakan susulan daripada prestasi pelajar yang kurang memberangsangkan
dalam keputusan ujian satu yang diadakan
pada penghujung Februari yang lalu.
Hasil
dari mesyuarat bersama dekan, fakulti telah memutuskan untuk melaksanakan beberapa
program pembetulan bagi mencegah pelajar-pelajar daripada gagal dalam subjek
yang mereka telah daftarkan pada semester ini.
Terdapat
tiga objektif utama program tersebut iaitu mengeratkan hubungan silaturahim
antara para pelajar, merancang keputusan peperiksaan dan membina serta melakarkan
impian mereka.
Di
peringkat awal bengkel tersebut, para pelajar berasa malu untuk berkongsikan
impian hidup mereka. Walau bagaimanapun, setelah menggunakan teknik psikologi dengan
memuji, para pelajar mula berani dan bersemangat untuk berkongsi impian mereka
di masa hadapan. Paling menarik, salah seorang pelajar yang paling ‘bermasalah’
telah berkongsi impiannya yang hebat.
Para
pelajar juga didedahkan dengan teknik merancang keputusan peperiksaan secara
berkesan. Daripada tinjauan kasar, hanya sekitar 30% pelajar yang merancang dan
mensasarkan keputusan mereka. Justeru, program sebegini dianjurkan bertujuan
untuk membolehkan pelajar merancang keputusan mereka supaya peratusan
pencapaian lemah dan gagal boleh dikurangkan atau sifar.
Kesimpulannya,
program ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar menggapai impian mereka bukan
sahaja sebagai hadiah kepada diri sendiri, tetapi juga sebagai hadiah berharga
untuk ibubapa mereka.
0 comments:
Post a Comment