Berikut adalah antara momen-momen para pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah Semester 6 ketika melaksanakan tugasan berbentuk simulasi keselamatan kanak-kanak.
Simulasi ini dibahagikan kepada beberapa aktiviti iaitu keselamatan ketika berlaku kebakaran, ketika berkelah dan bermain, ketika di jalan raya dan ketika di taman permainan.
Simulasi ini adalah sebagai memenuhi keperluan subjek keselamatan dan sebagai persediaan kepada bakal guru tadika yang akan berpraktikal tidak lama lagi.
Pelajar sedang membuat simulasi keselamatan ketika kebakaran. |
Pelajar sedang membuat simulasi keselamatan ketika sukaneka |
Pelajar sedang bersiap sedia untuk membuat simulasi keselamatan ketika berkelah dan bermain air |
Simulasi keselamatan menaiki kenderaan awam |
Simulasi untuk keselamatan jalan raya |
Simulasi keselamatan di kawasan permainan |
Cik Nurul Hidayah Sahrom,
Pensyarah Program Keselamatan Kanak-kanak.
0 comments:
Post a Comment