Pages

Tuesday 3 October 2017

Kelebihan permainan ARTERA berbanding gajet-Noor Badriah Binti Zolkffree

Ramai ibubapa moden  mengakui bahawa memiliki sebuah atau lebih IPad memudahkan urusan mereka. Alasan yang lazim diberikan ialah memudahkan ibubapa melakukan kerja rumah, mudah bagi mereka mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan ataupun di kedai makan. Walaupun begitu, ramai yang tidak sedar implikasi yang ditinggalkan akibat daripada membiarkan  anak leka bermain IPad. 


Adakah anda tahu bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet kecil molek itu boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah tiga tahun?


Gajet yang dimaksudkan itu juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang ditonton dan terhad dalam sebuah kotak. Doktor Christakis yang juga merupakan Pengarah Center for Child Health, Behavior & Development di Seattle, melaporkan bahawa anak-anak di bawah umur tiga tahun berkemungkinan besar mengalami masalah untuk fokus di sekolah kelak jika dibiarkan menonton televisyen untuk tempoh yang lama.  Malah, dalam kajian beliau mendapati, setiap satu jam tontonan sehari akan menyebabkan 10% masalah fokus.



Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti mereka. Ibu bapa harus memilih dan menyediakan ruang atau bahan yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan imaginasi mereka dengan cara bermain secara kreatif. 

Salah satu  aktiviti kreatif yang dapat membantu kanak-kanak berfikir bagaimana menghasilkan dan  menrekacipta sesuatu ialah bermain dengan permainan #ARTERA. Permainan Artera dapat membantu perkembangan kreativiti kanak-kanak dan mengurangkan kanak-kanak daripada bermain dengan gajet sahaja.


Permainan Artera ini dapat mengasah minda kanak-kanak, cara kanak-kanak berfikir, dapat meningkatkan kemahiran bersosial kanak-kanak. Kelebihan permainan Artera dapat membantu perkembangan motor halus dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa kerana mereka akan bermain bersama-sama. Permainan Artera juga dapat dimainkan dengan cara pertandingan dengan menghasilkan sesuatu yang paling kreatif.


Secara kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa permainan Artera mempunyai banyak kelebihan berbanding gajet kerana permainan Artera dapat dimainkan dengan pelbagai cara dan kaedah mengikut kesesuaian kanak-kanak tidak kira peringkat umur mereka. 


Disediakan Oleh,


Cik Noor Badriah Binti Zolkffree
Pensyarah
Jabatan Pendidikan
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
Kolej UNITI Port Dickson



0 comments:

Post a Comment