“Papa! Tadi kat school, Haira tak dapat main! Kawan Haira tak nak kongsi mainan...”
Pernahkah kita sebagai ibu bapa mendengar keluhan atau rintihan anak-anak sejurus mereka pulang dari tadika? Apakah perasaan kita bila mendengar keluhan itu tadi? Apakah tindakan yang kita akan buat untuk mereka?
Wahai ibu bapa sekalian, anak-anakmu ini adalah amanah Allah SWT. Sebagai ibu bapa, menjadi kewajiban bagi kita untuk memenuhi segala keperluan mereka. Usah biarkan anak-anak merasai pengalaman yang tidak manis di waktu usianya yang masih kecil. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayani anak-anak, bahkan beliau menegaskan dalam sabdanya, “Bukan termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi anak kecil (Shahih Al-Jami’, No. 5444)
Bermain merupakan fitrah bagi anak-anak. Itulah hakikat alam mereka. Mereka seronok belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka sangat tinggi. Bermain juga adalah satu aktiviti pembelajaran simbolik dan memberi makna, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya.
Sehubungan dengan itu, program ARTERA adalah satu pelaburan yang sangat bijak dalam sistem pembelajaran anak-anak di tadika. Bagaimana ARTERA dapat merevolusikan pembelajaran anak-anak?
Pertama, program ARTERA adalah satu permainan yang lengkap. Set ARTERA yang dicipta khas ini lengkap dengan pelbagai kemudahan yang lain seperti manual mengajar untuk guru atau ibu bapa, manual pemasangan ARTERA, mainan, CD tutorial dan lain-lain lagi yang akan memudahkan lagi kerja-kerja guru dan juga ibu bapa. Jadi, tiada istilah bermain kosong.
Selain itu, set ARTERA ini juga adalah satu permainan yang meliputi pembelajaran yang berkesan untuk anak-anak iaitu merangkumi keenam-enam tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Jadi, program ARTERA ini lengkap dan dipenuhi dengan elemen yang meliputi perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Ibu bapa tidak perlu risau kerana sambil bermain dengan seronoknya, anak-anak akan membesar mengikut perkembangan dan di samping itu, mereka juga dapat mempelajari sesuatu yang baru.
Seterusnya, menariknya program ARTERA ini juga melatih anak-anak dalam mendidik dan mengasah bakat mereka untuk menjadi seorang jurutera dan arkitek yang berjaya suatu hari nanti. Kenapa? Set ARTERA ini melatih anak-anak untuk terus berfikir di luar kotak, kreatif dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Contohnya, mereka akan berusaha untuk membina 20 jenis model yang ditetapkan. Selain itu, mereka juga boleh mencipta model-model yang baru juga setelah selesai membina 20 model yang telah ditetapkan. Wahhhh!! Jangan pandang remeh anak-anak kita!...
Mahukan si cilik hebat dan genius seperti seorang jurutera dan arkitek? Sudah tentulah si cilik ARTERA laaaa....
Disediakan Oleh,
Syarfa’ Husna Binti Mohamad Semsudin
Pensyarah
Jabatan Pendidikan
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
Kolej UNITI Port Dickson
0 comments:
Post a Comment