Pages

Friday 27 October 2017

Tips Keselamatan Semasa Aktiviti Main Air @ Berenang- Nur Akmar Mohd Arif

Aktiviti main air atau berenang merupakan antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak baik di Taska mahupun di Tadika. Aktiviti ini dapat memberi kegembiraan dan keseronokan kepada kanak-kanak kerana air bersifat terapuitik yang menjadi terapi menghilangkan tekanan serta kebosanan dalam kalangan kanak-kanak. 


Walaubagaimanapun, kemalangan atau kecelakaan boleh berlaku di tempat main air jika aspek keselamatan tidak dititikberatkan sepanjang aktviti tersebut dijalankan. Maka, setiap pendidik di Taska mahupun Tadika perlu membuat persediaan senarai semak keselamatan semasa aktiviti main air dijalankan bagi memastikan kanak-kanak beraktiviti dalam persekitaran fizikal dan emosi yang selamat.


Berikut ialah tiga tips keselamatan semasa aktiviti main air dijalankan di Taska/Tadika yang perlu diberi lebih perhatian:


  1. Pastikan air bersih

Guru perlu memastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak keruh, dijauhi daripada najis binatang, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jejentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.


  1. Pakaian yang sesuai

Guru perlu memastikan pakaian mandi yang sesuai dan selesa dipakai oleh kanak-kanak semasa main air. Jauhi pakaian yang boleh menyekat pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti main air bagi mengelak risiko kemalangan.


  1. Peralatan main air yang selamat

Peralatan main air yang digunakan perlulah bersih, tahan lama, tidak berkarat, tidak tajam dan tidak mudah rosak seperti pelampung, google, gayung dan apa sahaja yang boleh digunakan, disesuaikan dan dimanfaatkan dalam aktiviti main air. Ini bagi memastikan kanak-kanak dapat meneroka segala bahan dan peralatan main air yang selamat dalam persekitaran yang selamat.


  1. Kedalaman air yang cetek

Kedalaman air yang digunakan untuk aktiviti main air perlulah cetek dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. Ingat! Membiarkan kanak-kanak mandi di kolam renang yang mempunyai kedalaman air yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan risiko lemas. Air walaupun pada kadar 2.5cm boleh menyebabkan risiko lemas!


  1. Pemantauan guru


          Guru bertanggungjawab memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan                membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama                rakan sebaya tanpa pemantauan guru kerana ‘malang tidak berbau’. Jelaskan pada              kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan                  arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum            masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi                    mengelak kemalangan yang tidak diingini.



Kesimpulannya, tips keselamatan semasa bermain air perlu diambil berat oleh guru bagi memastikan kanak-kanak dapat meneroka aktiviti bermain air dalam persekitaran yang selamat dan meyakinkan!


 Galeri Foto:









Disediakan Oleh,

Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.


0 comments:

Post a Comment