Satu Program Lawatan Santai anjuran para pelajar Semester 6
Diploma Pendidikan Prasekolah telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama
Taska Cahaya Tasneem Kolej UNITI pada 14 Oktober 2017 lalu.
Program
Lawatan Santai ke Muzium Tentera Darat Dan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini
telah melibatkan penglibatan ibu bapa dan anak-anak Taska Cahaya Tasneem Kolej
UNITI serta dimeriahkan lagi dengan penyertaan team UNITI Early Child Care yang
bernaung di bawah Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) Kolej
UNITI.
Program
yang dianjurkan oleh 22 orang pelajar Semester 6 ini adalah berkaitan dengan
tugasan mereka bagi Subjek Penglibatan Ibu Bapa di bawah bimbingan Puan Lina
Kiam. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 ptg
ini telah memberi pengalaman pembelajaran yang menggembirakan dan menyeronokkan
kepada anak-anak Taska Cahaya Tasneem. Program ini juga secara tidak langsung
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa, anak-anak TCT, para
guru, team UNITI Early Child Care serta para pelajar DPS ini sendiri.
“Komitmen
dan kesungguhan para pelajar DPS 6 dalam memastikan program penglibatan ibu
bapa ini dapat berjalan dengan lancar harus diberi pujian. Sokongan ibu bapa
Taska Cahaya Tasneem & Team UNITI Early Child Care terhadap program ini
juga amat luar biasa dan pastinya memberi kegembiraan kepada semua pihak”, ujar
Puan Lina Kiam selaku penasihat bagi Program Lawatan Santai ini.
Program
seperti ini yang menggalakkan penglibatan dan penyertaan ibu bapa dalam
aktiviti taska selain menggalakkan pergaulan sihat anak-anak dengan rakan
sebaya perlu diteruskan di masa akan datang bagi merangsang perkembangan
menyeluruh si cilik ini.
Galeri foto:
Disediakan
Oleh,
Nur
Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan
Pendidikan,
Fakulti
Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej
UNITI Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment