Sumber Imej: Pinterest.com |
“Abang, comelnyaaaaaa mainan nie...nak beli la. Eh, eh... Yang nie
pun comel jugak. ‘cute’nyaaa...arghhhhhh, semua comellll... ambik semua
lahhh...”
Wahhh,
seronoknya rasa bila kaki kita mula melangkah masuk ke kedai barangan baby kan? Semuanya nak beli, tapi ingat
dulu yea ibu-ibu, berbaloi ke jika kita borong semua mainan baby yang comel-comel tu? Mahal tu satu
hal la nak membayar, anak-anak kita nanti nak ke main semua mainan yang kita
beli tu?...eeeeiiii, membazir jer taw!
Bermain
bukan semata-mata aktiviti yang boleh memberikan keseronokan pada anak-anak,
malah penting juga untuk para ibu fikirkan waktu yang berkualiti untuk bermain bersama anak mengikut peringkat umur bagi perkembangan
otak bayi tersebut.
“Eh, mainan baby pun nak kene beli ikut
peringkat umur jugak ke?”
Mestilah
puan-puan...
Dah beli mahal-mahal tapi baby tak pandai main. Mesti rasa ralat kan?
Mungkin mainan yang kita beli terlalu sukar
untuk mereka mencuba, silap-silap nanti anak-anak akan berasa marah dan cepat
putus asa.
Begitulah sebaliknya jika kita tersilap beli mainan yang terlalu
mudah dan tidak mencabar minda anak-anak menyebabkan mereka tidak berminat
untuk menyentuhnya.
Haaa, lagi satu. Kita juga perlu hati-hati dalam memilih
mainan anak-anak yang sesuai dengan usia mereka.
Kebiasaannya, bayi cenderung
untuk menggigit dan menghisap apa sahaja yang dipegangnya. Jadi, pastikan
mainan yang dipilih selamat dan bebas dari bahan kimia.
Jom, baca tips menarik
untuk memilih mainan bayi yang sesuai:
BAYI
0-3 BULAN
Seelok-eloknya bayi di usia ini didedahkan dengan
perkara-perkara yang merangsang stimulasi deria. Mainan yang paling sesuai
adalah yang mempunyai warna terang serta memiliki pelbagai tekstur dan bunyi.
Contoh: Patung lembut
yang bergantung pada katil, ‘rattle’ yang
boleh dipakai pada kaki atau tangan.
BAYI
3-6 BULAN
Bayi pada usia ini memiliki kemahiran memegang dan
menarik objek. Jadi, permainan yang selamat dipegang, boleh ditarik, diputar,
berbeza tekstur dan mengeluarkan bunyi tentulah menarik minat mereka.
Contoh: Itik getah yang
berbunyi, soft toys, baby gym, rattle jenis
ringan dan kebanyakan mainan fabrik amat sesuai.
BAYI
6-12 BULAN
Pada usia ini, bayi
lebih berminat terhadap ‘soft book’. Mereka
mula belajar memegang objek dengan cara yang lebih tepat terutamanya
apabila sudah pandai duduk sendiri.
Kebanyakan bayi
mula tumbuh gigi pada usia ini. Jadi, pastikan mainan tersebut selamat untuk
digigit dan lebih baik jika ia direka khas untuk melegakan gusi mereka.
Contoh : ‘Activity playmat’, ‘teething ring’,
blok mainan jenis besar dan lembut serta mainan fabrik seperti bola berloceng.
BAYI
9-18 BULAN
Kebanyakan bayi pada usia ini sudah boleh bergerak dengan laju, tidak kiralah sama ada
mengengsot, merangkak atau bertatih. mereka lebih tertarik kepada sesuatu yang
bersifat interaktif.Pada usia ini juga bayi sudah mula memahami konsep
penyelesaian masalah dan mereka punyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.
Contoh: Telefon mainan,
blok mainan kayu, shape sorter dan
buku kulit keras jenis interaktif (boleh ditarik, pelbagai tekstur).
BAYI
18-24 BULAN
Waktu ini, bayi lebih berdikari dan ingin meneroka
alam di sekitar mereka seluas-luasnya! Lebih-lebih lagi bayi yang boleh
berjalan dan berlari, hampir semua benda mahu disentuhnya.
Contoh: ‘Play house’
atau khemah mainan, ‘tea party’, ‘puzzle’ mudah, set kereta api, alat tulis yang
selamat.
BAYI
24-30 BULAN
Apabila anak kecil sudah pandai bercakap, mereka
akan mula mempelajari lebih banyak perkara dan imej yang sentiasa dilihat
berulangkali. Oleh itu, mereka mampu mengkategorikan objek mengikut saiz, warna
atau bentuk. Memori mereka juga sedang terbentuk dengan aktif. Maka, tidak
hairanlah sesetengah anak kecil di usia ini sudah bijak mengenal huruf dan
nombor.
Contoh: Blok mainan yang
boleh diketap (seperti Lego), set alat muzik, alat tulis, bola, mainan tunggangan
setempat seperti kuda dan alat tolak seperti wagon.
bayi 30-36
BULAN
Pada usia begini, anak kecil sudah mula
menggemari sesuatu karakter dan cuba mengulangi aksi perbuatan mahupun
percakapan mereka. Mereka juga lebih bijak berimaginasi dan melakonkan watak
yang dilihat dalam buku atau televisyen. Disebabkan itu, mereka mula minat
untuk ‘pretend play’ iaitu
permainan lakonan seperti main ‘masak-masak’, ‘cikgu-cikgu’, jadi superhero dan sebagainya.
Contoh mainan: Set alat
memasak mainan, topeng superhero, set pakaian atau alat dandanan (topi, cincin,
mahkota) dan set ‘toolbox’. Mainan
tunggangan seperti basikal roda tiga dan motosikal elektrik.
Mudahkan ibu-ibu jika
kita ikut tips yang diberikan ini?
Pembelian barang mainan untuk
anak-anak juga akan lebih terurus, jimat dan paling penting bermanfaat
untuk perkembangan otak anak-anak kita.
Okey, bye-bye!
Disediakan oleh,
Syarfa' Husna Mohamad Semsudin,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment